Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, December 29, 2010

Piala AFF Suzuki milik Malaysia akhirnya!





Setelah berhempas pulas mempertahankan kelebihan bekalan 3-0 yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil, akhirnya Malaysia berjaya juga membawa pulang piala AFF Suzuki yang sekian lama diidamkan.



Kejohanan Piala AFF Suzuki yang diadakan setiap dua tahun sekali ini adalah kesinambungan Piala Tiger dan Kejohanan Bola Sepak Asia, dimulakan pada tahun 1996 dengan penyandang juara sulungnya adalah Thailand dan kita menjadi naib juara dengan jaringan 1-0. Singapura pada 1998, diikuti Thailand (2000 & 2002) kembali ke Singapura (2004 & 2007) dan pemecah rekod, pencipta sejarah Vietnam pada 2008. Malam ini, 29 Disember 2010, Malaysia dinobatkan sebagai juara baru Piala Aff Suzuki.



Sekalung tahniah buat skuad Harimau Malaya yang nyata tidak gentar walau bermain di tempat lawan dan berdepan dengan (ancaman segelintir) puluhan ribu peminat Indonesia. Safee Sali menjulang 'title' penjaring terbanyak atas bantuan dari rakan-rakan sepasukan. Sayang sedikit, Norshahrul Idlan dan Kunalan dikawal rapi pemain lawan. Meskipun begitu, semangat juang tetap tinggi.

Dengan pelbagai provokasi dan kata-kata kesat berbalas-balas di laman sosial Facebook dan Twitter antara penyokong kedua-dua buah negara yang banyaknya menjurus kepada isu kenegaraan, semangat Harimau Malaya memang tiada tandingan. Paling membanggakan, apabila pemain bolasepak ternama dunia dari Manchester United juga mengucap tahniah melalui laman Twitter beliau:-



Namun begitu, setinggi-tinggi ucapan tahniah (secara peribadinya, saya kalungkan) kepada penjaga gol Kelantan yang menyarung dan menggalas tugas berat sebagai penjaga gawang negara untuk Piala AFF Suzuki ini, tidak lain dan tidak bukan; Khairul Fahmi Che Mat. Tangkapan kemas, sentiasa peka dan bersedia, perkiraan yang tepat dan perwatakan tegas dan tenang sepanjang permainan, amat membanggakan. Anda hebat!! Bolos beberapa gol? Anggaplah itu sebagai saguhati kepada pihak lawan. :)






SYABAS, HARIMAU MALAYA!!!

(gambar-gambar kredit kepada affsuzuki.com, berita harian dan EliaFahmi)

p/s: penangan final Piala AFF Suzuki, majoriti kawan2 menjadi pengulas sukan tidak rasmi di facebook! woohooo!!

p/s/s: Hari Jumaat 31 Disember 2010 diiystihar cuti umum di Malaysia. woohoooo lagiii!!

Ancaman? Persetankan itu semua, wahai Putera2 Harimau Malaya!!



Selepas dengan hensemnya menumpaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF Ahad lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini penentuannya di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Wahai Harimau Malaya, bersiap sedia untuk menggempur hingga ke saat akhir. Jangan leka dan terlalu selesa dengan bekalan 3-0 kelmarin. Baca doa banyak-banyak. Buat solat hajat. Sebelum keluar menuju ke tengah gelanggang untuk berjuang, mohon kalian membaca ayatul Kursi. Ingat pesan akak ni, dik oiii!!!

Garuda sedang mengasah paruh dan kuku.
Harimau Malaya, berhati-hati dan bersedia tunjukkan belang dan taringmu!
Untuk para penyokong Malaysia, identiti, maruah, kredibiliti dan kedaulatan tanahair kita juga tergalas di bahu anda. Jangan buat ONAR di tempat orang! Jaga nama baik negara. Jadi manusia yang berwibawa.

Semoga sorak sorai kemenangan kita, menggegak-gempitakan Jakarta!
Insya Allah!

Monday, December 20, 2010

ada sedikit kecewa di jiwa..

bila sales yang di harap, tidak membuahkan hasil.

yup! penjualan Mate5 aku merudum. saaaaaaaaangat merudum. no sale..at all.

Nak salahkan siapa? Bila aku buat promo, akan ada yang bertanya pula, samada produk aku Ori atau palsu, hatta banyak pula berita dan canangan ttg yang palsu, dari yang aslinya. Umum tahu, pengasasnya bertindak agak diluar batas dalam promosi filem sulung beliau, dan tempiasnya, membadai pada 'dealer' baru, termasuklah aku.
walau dah banyak kali aku jelaskan, 'kalau u benci dr rozmey, u jgn la benci i yg jual produk dia ni. i buat sales based on my own experience. orgnya tak bagus, u serah pd tuhan la. u jgn hukum i, sbb i jual produk dia yg bagus ni je..kan dah banyak bukti..' dan potential customer akan jawab 'tp i tak suka la tgk dia tu. kat kotak mate5 pun ada gambar dia. kat katalog pun ada gambar dia. i jadi menyampah. tak nak simpan la muka dia kat rumah i.' dan aku pun terkedu.. haih!

2 minggu lagi..

2 minggu lagi, cuti sekolah akan tamat. Sesi persekolahan baru akan bermula. Persiapan, tidak membimbangkan sangat. Cuma perasaan. Perasaan ini yang sepatutnya dirisaukan. Melangkah ke alam sekolah rendah, dan mula menjejak kaki ke alam persekolahan bukan sahaja gangguan perasaan pada anak-anak, tapi juga mama papanya! Errr.. mungkin papanya tak ada apa sangat, mama yang kecut lebih.

Yes. Butterflies are way too many in my stomach and increasing each day as the moment is coming so soon, now.

Dalia nak masuk darjah satu. Apa sangat la yang mama dia bimbangkan ni? Aku tak bimbang akan waktu sekolah dia.Tidak juga bimbangkan cara berkawan dia nanti. Cuma bimbang waktu makan. Memang boleh bawak bekal tapi sampai bila tidak mahu di ajar dia membuat urusniaga kecil di kantin sekolah? Perlukah aku menunggu dia di kantin untuk memerhati urusan 'jual-beli' nya nanti? Sesungguhnya, aku risaukan penipuan dan adegan tolak-tolakan, rebut-rebutan. Aku risau, kalau aku berada di sana memerhati, dan ditakdirkan apa yg tidak aku ingini berlaku di depan mata, si penipu mungkin lebam pipi aku tumbuk, atau mungkin saja aku akan memalukan anak aku by making a scene, in order to 'save' my child?

Go with the flow? Perhaps I should. Sesungguhnya aku yakin dgn Dalia. Cuma aku risaukan persekitarannya nanti. Dalia pun boleh tahan barannya juga. hahaha..! I'll prepare her meal for as long as she'd asked for. Besides, she's not a heavy eater. Dia tak makan nasi lemak kecuali nasi lemak kosong dgn telur rebus sebiji. Itupun dia makan telur kuningnya saja. Dia tak makan mee goreng atau nasi goreng atau bihun goreng kalau ada kelibat sayur taugeh, kucai, sawi hatta bawang! Dia cuma gemarkan western-like meal. hahaha.. Fine, blame me. Takpe. Aku akan masak nasi lemak, mee goreng atau apa jua makanan Malaysia tanpa aksesori untuk dia. Tapi, aku akan tetap ajar dia urusniaga jual beli juga. Dengan penuh kesabaran, diharapkan. hhehehehe.. She may wants to buy something like nuggets etc, like her friends, I presumed. Ok..ok..

As for Ziyad, I do worry about leaving him at school, since he's mama's boy. He may seem tough, may sounds naughty and loud, but truly, he's loving and caring and sensitive. Don't worry about meal time, for he'll indulge almost everything. Just be prepared, for his criticsm if the food's sucks. He'll say it out loud. hahahaha!

Ya Allah, berikan aku kekuatan dan kesabaran menghadapi situasi yang aku risaukan nanti. Hanya padaMu aku berharap.

Wednesday, December 15, 2010

cakap siang pandang-pandang...cakap malam dengar-dengar..

terma tersebut hanya boleh digunapakai oleh mereka yang suka mengumpat dan mengata sahaja. terima kasih.

hahahahahahahahahahahaha!

andai saya ada pernah terumpat atau terkata, mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, ya!

andai anda juga pernah terumpat atau termengata saya, saya maafkan anda!

saya mahukan jiwa yang tenang dalam meniti usia. :)

politik?

bila sebut isu politik, mesti banyak silent reader (walau cuma 3 org..byk la tu, kan? :P) yang akan mula angkat kening dan lebarkan telinga, dan mula menunggu peluang untuk mengetuk kunci kibod utk menghentam hujah aku, kan? ehh? :)

dalam facebook, mcm2 kerenah, mcm2 gelagat, mcm2 perkataan penggiat dan penyokong tegar parti politik ni. no matter which side they are on, they turn out to be the same. LOL!

kenapa agaknya aku berkata (bleh dengar ke?) sedemikian rupa? sebab aku pernah nyatakan kat status fb aku dulu, dan aku ulang sekali lagi di sini,

Ko kutuk dia, dia kutuk ko, bahasa korang sama, caci maki pun sama, makanya korang semua sama sahaja!
makin sakit hati aku bila terima macam2 timbunan sampah updates dari page2 yg kononnya menyatakan hanya isu politik semasa. tak ada kerja lain agaknya la diorang ni, kan? nak jugak aku tau, kalau dia lelaki, tah dah ada keluarga ke, tidak ke, anak bini ko cukup makan pakai ke, tidak ke, etc..bla..bla.. dan kalau ko perempuan pulak, ko takde laki nak jaga ke, takde anak nak suap makan ke, atau mungkin takde keje kat opis nak buat ke? bla..bla.. jugak..

kelakar pun ada jugak kadang2. tapi yang lebihnya mestilah sakit hati. i have stated over and over again; aku pro kerajaan. tapi tak bermakna apa yang kerajaan buat, aku sokong membuta tuli. aku pun tahu hak aku sebagai warganegara. don't underestimate me.

ironinya, mereka2 yang menentang secara lantang SETIAP cadangan dan pergerakan kerajaan ni, mereka yang makan gaji dgn kerajaan. mereka yang hidupnya bergantung dgn gaji yg diberi kerajaan. kelakar tak? bila di tanya, di pertikai akan tindakan mereka, merek akan cakap, mereka kerja dgn tulang 4 kerat mereka dan gaji itu adalah sememangnya hak mereka, regardless of the politics matter. tapi, cuba timbang tara betul-betul. kalau ko duk satu umah dgn mak abah ko, tp ko kurang ajar dgn mak abah ko, ko sesuka hati memaki mak abah ko, sedangkan mak abah ko tu yg bg ko makan, apa pekdahnya ekk? berkat ke?

Islam itu indah. tak payah dipolitikkan. aku pun tak suka bila ada menteri2 yg sindir2 parti lawan dgn perkataan yang tak menggambarkan kebijaksanaan. sebab aku akan labelkan mereka sama je. tak payah sebut la menteri mana yang lantang tu. ada juga yg tak berapa lantang tapi bila disoal atau diminta memberi ulasan balas, akan juga berkata yg tidak elok dan tidak sedap di dengar. anda beragama Islam, balas dengan peringatan ringan je, tanpa menggunakan perkataan yang agak mengarut, tak boleh ke? berkias-kias, sambil selit ayat quran dan hadis, lagi pedas kot.. tapi, mungkin juga politik ini tak boleh pakai bab kias-kias.. sebab masing2 takkan faham atau juga buat-buat bodoh piang, takmo faham.

sukati korang la nak berpolitik.

Thursday, December 9, 2010

Food Poisoning!

Been 3 days.

The worst was (of course) last Dec 7. I should have posted an Awal Muharam wish for my 'virtual' reader friends but I only managed to post simple status on my FB. Salam Awal Muharam 1432, my muslim friends. Hope it is still valid and not too late. :)

I am okay, as at to date. Normal effect; can't eat much. Lost 1kg due to purging a lot! huhuhu.. What an easy yet excruciating way to lose weight. *__*

Not really in the mood of updating anything. Will try again, tomorrow. Insya Allah.

Monday, December 6, 2010

What the heck is going on now in Malaysia?



Kidnapped? by her own father? I've been tagging and spreading this around on Facebook. Luckily (can it be called 'lucky'?) I have 'befriended' some of TV3's personality including the boss, Farid Ridzuan long ago. They have been tagged too. Why bother tagging those on TV3? because this wanted man, is the brother of TV3's Nightline presenter, Praevitriana Yuliawiratman!!! He (the culprit) is said to have known many high class persons or should I say, cables. Isn't Malaysia safe anymore? Why do we keep on receiving this kind of 'news' lately? What does the authority do? The mother said, even the police mocked her. What is exactly going on? Know what, this may be a small matter to some with 'big titles'. But to a mother, this means, life!! kindly watch the video (chronology of the kidnapping) HERE..

Open up your eyes, friends. AND be humane!!!!

SPREAD AROUND, KAWAN-KAWAN! BIAR SAMPAI KE TANAH SEBERANG, BIAR SAMPAI MERENTAS DUNIA. PLEASEEEE!!

Saturday, December 4, 2010

Please....Say 'NO' to child abuse!


Just click on the picture above, to show how much you care. Thanks!

Child abuse? How can anybody being abusive to a child? Don't they have feelings? Humanity? Oh, of course, they are worst than animals, for even animals love their young! If it happens before my very eyes, I won't hesitate on scolding or even raise my voice as a warning. Oh yeah. Done that before!

Being a mother open up my eyes. How children are adorable, regardless how naughty and stubborn they are (ha..ha..speaking here based on my OWN experience now, ok..). Just look at their smile. Simple. Try it. Find a naughty child (naughty, not devilish ones..ha ha..!) and ask him to smile. You'll see a sinical cute smile on his face that will make you TOO, smile. Even a pale smile, still a a smile, right? Now, get a cute sweet child, and ask him to smile, he'll give you a smile which lead to a peck on his cheek. And you? You'll smile too, probably with tears on the corner of your eyes.

Children, are gifts from God. Take a good care of them, and in return (insya Allah) they will take good care of you. Treat them bad, and they'll do the same or maybe even worse (nauzubillahiminzaalik!).

Watched a tvc which features Afdlin Shauki saving up for his son's college? Where his son kept on complaining this and that? What did the father (Afdlin Shauki) do? And in the end, what did the father get, in return of what he did? Some believe in karma, and I believe in Allah's deed. God has promised us good deeds in return of any, and He never lied. Be grateful, be thankful, be humane and be loved.

Friday, December 3, 2010

Maher Zain makes me cry!

Yes, he does.

I find it hard to hold back my tears, while I'm listening to his songs. Especially, 'Always be there'. Yes. 'Always be there' is my favourite. Many would take 'InshaAllah' as their special song, but I feel small and in awe, with 'Always be there'.

Well, we have our own opinions, right? We have our own likes and dislikes. Not to say that I don't like 'InshaAllah' but it fells second on my list. If you are a married man, and somewhat looking for what's there to be proud of with your significant other, please and please, listen to 'The rest of my life' as you will find it the most beautiful song to be dedicated to your wife. Believe me when I say, you will find what you have never discovered about your wife, after you hear the song. You will find that your wife is the chosen one for you, the perfect match for you and worth the respect and love from you.

Writing this put tears on my eyes!!

See you next year, Maher! Insha Allah..

Wednesday, December 1, 2010

Love is all around..

LOVE.

Even small kids know the meaning. Well, at least showing the reaction.

Look around, and try to detect some love. Feel it. Embrace it. I am lucky to have my loved ones around me. Oh, yes, amazingly tiring and sometimes annoying, handling and attending to the love of my life but it worth the 'hardwork'!

I had the chance to visit the KLIA Mosque a few days ago and I can feel the love around me. Unlike the surau at Dengkil's Rest & Recover (rehat dan rawat a.k.a R & R), or Seri Kembangan's, even the crowd was full but the love is not there. I can't feel it. Maybe (just maybe), He had shown His love by inviting us to His 'house' which my kids and I been longing to visit. See, He granted our wish that day, with a gift of love and a funny story to remember.

I was greeted with smile by every ladies who walked by me; in the ablution area and the patio. Let alone inside the praying area. I was so relieved. I just don't know how to explain it. I felt so, welcomed.

We took our chances to perform a prayer by turns. My husband went in first, while I waited in the car with the kids. When he had done, I took along my girls inside, and my husband with the boys; to let them run around in the park nearby.When I have finished, I was greeted by a huge smile on my husband's face to my wonder. And guess what? I really thought they had fun running around here and there, the boys. But I was told by my husband that my 4-year-old boy wet his pants, in the toilet!! Yet, I am amazed by my husband's patience that day. He seldom had that kind of self-control but lately, he seem so calm and accepting.

I think, He had granted me another wish of mine. Thank You. Alhamdulillah.

Friday, November 26, 2010

Bahasa jiwa bangsa...

Ok. Hari ini kita berbicara secara separa serius.

Selama ini kita bernaung di bawah satu bendera, kan? MALAYSIA. Negara berdaulat ini mempunyai bahasa ibunda, iaitu Bahasa Malaysia. Diakui, tidak semua antara kita di Malaysia ini yang berbahasa formal dalam pertuturan seharian. Maka itu bahasa yang kita gunakan dalam perbualan seharian dinamakan 'bahasa pasar'.

Apa motifnya catatan ini dinukil?

Kerana saya sudah tidak tahan lagi dengan penggunaan bahasa yang meruntun jiwa di sebuah stesen radio swasta kendalian AMP Radio Network! Perlu ditekankan di sini bahawa saya bukan pendengar tegar stesen radio yang kononnya mengangkat martabat muzik tempatan (dengan memberi ruang kumpulan-kumpulan 'indie' bernafas dalam industri muzik tanahair) berkenaan. Cuma, bila mahu mendengar carta setiap hujung minggu (kerana ada artis berkumpulan yang kami kenali bertanding), atau juga bila terdengar anak jiran memasang radionya kuat-kuat, saya jadi marah, malah menyampah! Telinga jadi sebu. Apatahlagi bila rakaman 'braderlove' tersiar di laman sosial Facebook tidak berapa lama dahulu, perkataan 'meluat' telah ditambah dalam kamus ketidakpuasan hati ini. Kalau bukan kerana 'adik-adik' yang bertarung merebut takhta carta, memang tidak kuasa menadah telinga, menyakitkan jiwa!

Bagaimana mungkin penggunaan bahasa yang sedemikian rendah kualitinya, dapat dilepaskan siaran ke seluruh negara? Tidak ada lagikah rasa malu atau mungkin juga rasa sayangkan maruah bahasa? Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, tak pantau atau tak dapat nak pantau? Menterinya yang sering berbahasa molek dan sedap didengar, baik dalam bahasa ibunda atau dalam bahasa utama dunia, takkan pula terlepas pandang? Stesen radio tersebut mensasarkan pendengar MELAYU berusia 10-29 tahun. Mana mungkin bahasa sedemikian buruk dijadikan halwa telinga kanak-kanak semuda 10 tahun? Melayu pula tu? Sakit hati saya bertambah bila membaca keterangan/ penjelasan servis mereka, di sini.



Pernah saya suarakan ketidakpuasan hati saya tidak lama dulu di ruangan sembang stesen radio berkenaan, apabila mereka menyatakan hanya mengudarakan 100% lagu-lagu penyanyi/ buatan tempatan, namun mereka sering (malah, setiap hari) memutarkan lagu dari Ahli Fiqir. Seorang dari penyampai stesen berkenaan yang bernama Aimee, menyatakan dengan tegasnya bahawa Ahli Fiqir adalah rakyat Malaysia, membuat saya sedikit tersentak. Penyampai radio jenis apa, yang tidak tahu cerita dalam industri? Tangkap muat? Oh ya. Beliau sekadar finalis sebuah rancangan realiti.

Adalah lebih baik, setiap penyampai radio ini, baik kerajaan atau swasta, diberi kursus terlebih dahulu. Kursus penggunaan bahasa, kursus berbahasa, kursus pengetahuan hal-hal industri penyiaran dan kursus pendedahan perihal industri muzik semasa.

Kalau masa arwah Tok Mat ada dulu, rasanya industri penyiaran lebih 'kemas dan teratur'. Pendapat saya sahaja. Mungkin ada yang membangkang. Terpulang!

Tuesday, November 23, 2010

The Social Network?

Apa yang istimewanya tentang filem ini? Tatkala menonton 'trailer' nya, secara otomatik kita akan teringatkan 'facebook'. Justin Timberlake? Pancingan yang baik dengan menggunakan penyanyi pop kesayangan ramai itu (kesayangan saya juga!). Cumanya, saya berpendapat, JT (Justin Timberlake) lebih sesuai memegang watak Mark Zuckerberg kerana wajahnya lebih mirip kepada ikon Facebook itu. Tak pasti? Tak setuju? Cuba lihat gambar ini. Apa kata anda?


Sean Parker & Mark Zuckerberg


Justin Timberlake & Jesse Eisenberg


Filem diadaptasi dari sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich ini pastinya jadi buruan peminat-peminat JT dan para pengguna 'Facebook'. Malah, tidak mustahil juga, akan ditonton oleh mereka yang berangan-angan dan bercita-cita mahu menjadi jutawan segera seperti Mark Zuckerberg. Ya, lupakan sahaja promosi program affiliate atau bidang MLM. Mula berangan sekiranya anda mempunyai idea yang 'di luar kotak'. Seandainya anda seorang yang genius, mulakan langkah anda untuk jadi 'The Accidental Billionaires' sekarang juga! Oh, ya. tak perlu lagi wujudkan sebuah laman sosial, ya, kerana sudah berlambak di laman sesawang dan idea itu sangat tidak genius!

Saya sukakan filem 'The curious case of Benjamin Button'. Apa kena mengenanya dengan 'The Social Network'? Pengarahnya! David Fincher, mengarah TCCoBB dengan baik sekali dan kesannya amat mendalam pada saya. Tak sabar juga untuk menonton hasil genre drama/komedi David Fincher dalam The Social Network selepas deretan filem berbentuk 'thriller' seperti 'Panic Room' & 'Zodiac' dari beliau.

Anda pengguna Facebook? Anda meminati Justin Timberlake? Sila ke pawagam berhampiran anda kerana ia akan mula ditayangkan di TGV Sunway, pada 29 November ini!

Friday, November 19, 2010

Tolong, maaf & terima kasih....

Tiga ungkapan hebat.

Namun jarang2 dapat kita dengar secara kerap. Betapa ego manusia itu terlalu tinggi.

Aku juga begitu. Betapa payahnya mahu memberi ungkapan maaf, mahu menerima ungkapan terima kasih. Mungkin kerana perkataan tolong jarang mahu meluncur keluar dari mulut. Namun aku sedang menjurus ke arah yang lebih baik. Setidaknya aku mencuba! Perkataan 'tolong' dan 'terima kasih' sudah lancar di bibir. Sudah menjadi nahu harian juga di kalangan anak2 di rumah. Sukarnya menerap nilai murni, sesukar mencari jarum emas di antara jerami!

Tolong aku, para sahabat. Merubah apa yang perlu diubah. Berdikit-dikit, agar tidak perit.

Maafkan aku juga, rakan taulan. Andai selama ini aku kalian kenal dengan perihal ego sombong dan perasan! Tegurlah aku. Kenalilah aku dengan lebih mendalam. Nescaya kalian akan lebih faham.

Terima kasih, teman. Kerana sudi bersama dengan aku, dari kecil sampai dewasa, dalam susah senang tangis dan ketawa. Sesungguhnya, Dia juga yang mampu memberi ganjarannya!

kepada suami tercinta: Kau sahabat, rakan, teman dan kekasih. ucapan terima kasihku, hanya tergambar dalam kasih sayangku tiap waktu.

kepada mak ayah dan adik2: kalian kesayanganku. Insya Allah hingga akhir waktu!

kepada anak2, buah hati penawar dan racun: sesungguhnya sayang mama tiada bandingan terhadap kamu!

Wednesday, November 10, 2010

yeay! anak buah baru...

SMS jam 5.39am mengejutkan aku. terperanjat. sapa pulak bg mesej awal2 pagi. tahun lepas, mesej awal pagi yang aku terima, mengkhabarkan berita sedih; pemergian ibu sahabat, di tanah suci. Alhamdulillah, pagi ini aku terima berita baik.

salam, kak. zue dah nak bersalin. kat um.
membacanya dalam samar2 cahaya, dalam mamai2 kepala, membuatkan aku pening kerana bingkas tiba-tiba. sesungguhnya malam tadi aku bermimpi yang indah (namun tidak jelas butirannya), tidak ku sangka mimpi itu petanda akan mendapat khabar gembira!

setakat jam 6.35am ini, zue (adik iparku) masih dlm labour room. aku menunggu dalam keterujaan mesej pemberitahuan dari adik aku nanti. hehehehe.. adik ipar aku yg nak bersalin, aku yang eksited lebih!

Kakak doakan yang terbaik, ngah. Semoga semuanya selamat. Insya Allah!

Sunday, November 7, 2010

kelakar juga, kadang-kadang..

aku selalu dpt email.. dari salah seorang ahli keluarga. forwarded email, though.. takpelah.. ingat la kiranya tu kat aku. tah ingat sebab care atau ingat sebab nak perli, tak tau lah. hahahaha.. today aku bukak email and came across his'. baca dan senyum dan angguk2.. then bila sampai end of the email, aku ternampak satu pesan, mungkin dari original sender:-

It is not WHAT you have in your life,
but WHOM YOU have in life that counts!


kenapa aku rasa kelakar? sbb si pengirim kemungkinan besar tidak perasan akan pesanan di atas. atau mungkin dia takde perasaan dgn pesanan di atas. atau mungkin juga selama ni dia tak pernah perasan akan apa yg dimaksudkan dengan perasaan berkenaan pesanan di atas atau mungkin juga dia hanya ada perasaan di atas pada org yg sgt dekat je dgn dia. why, coz to me, he only cares about what he has, not whom he has.

eh..? aku, suami dan anak2 aku juga dekat dgn dia tau.. ;) bukan bau2 bacang. tp yg bertanggungjawab hantar sampai ke liang!

Tuesday, November 2, 2010

sgt sibuk minggu lepas...akan sibuk hujung minggu ini dan hujung minggu depan..

hujung minggu ni, walau deepavali jatuh pada hari jumaat, tak dapat ke mana-mana.

sebab,

1. sepupu aku nak kawen (belah mak and we are close) sabtu ni. errr.. dah kawen, kira ni majlis bertandang. me and my hubby in charge on PA system.

2. Dalia nak konvo, the next day. 7.30 am plak tuh!! mak aih...

so, maybe, on deepavali tu, pg jalan2 ambik angin jek. that too, depends on financial status. hahaha.. apa, ingat jalan2 jek pun, tak payah pakai duit ke? minyak je dah rm50. tol lagi. anak2 nak makan minum lagi. haaaa... kos sara hidup tinggi weh.

malam sabtu tu, kemungkinan besar pg umah mak yong (mak kpd sepupu aku yg kawen tu..merangkap kakak sulung mak aku..paham? hehehehe).

Ahad lepas, umang aihh... sangat hectic. tp best. dalia ada hari sukan. eventhough cuma sukaneka. maklum, budak tadika, kan. but hey, it was fun! seronok tgk dalia ber aktiviti. aku pg dgn yad jek. papa dah volunteer nak jaga darling dgn a-een di rumah. mujur juga a-een dah boleh minum susu botol. kul 10.30 papa call. lapar katanya. nak pg kedai beli, leceh plak sbb ada anak2 kecik. haaa... aku suh tgk dalia, aku dok umah, dia tak mau.. hehehehehe... balik dekat kul 12 tgh hari. si a-een, nampak jek mama, mula la merengek. nak nyusu. hahahaha.. bagi la dulu. dah puas, baru urus benda2 lain. aku dah ada, baru papa pg kedai, makan. ptg tu, dalia demam. pg klinik. ada lelah pulak anak mama ni. mujur isnin cuti. but today pun dia MC! now adik2 dah ikut plak, memasing mula selsema + batuk. kena pg klinik lagi la jawabnya ni!

sabtu depan, aku ada reunion. kali kedua, anjuran aku. this time, aku dapat banyak bantuan dan kerjasama dari kawan2. compared to the 1st one. Alhamdulillah. cumanya, aku masih terkilan dengan perangai last minute dan takmo respon dari kawan2 aku ni. ye lah, aku tau korang keje. respon je pun dah memadai. nanti kalau aku tak list kan nama, korang bising. bila aku tak update, korang byk bunyi. nak join, ckp nak join, beb. bak kata orang dulu2,

kalau padi katakan padi,
tidak hamba tertampi-tampi
kalau sudi katakan sudi,
tidak hamba ternanti-nanti
penat woi, menanti2 jawapan. dateline nak kena kejar. tempat nak kena book. nak booking kena bayar deposit. nak bayar deposit kena tgk majoriti confirmation. hah! tak tension ke? mujur aku suka bab2 dealing and organizing ni tau. kot tak, mampus aku tak nak layan semua nih.

apa yang penting? KERJASAMA!

so many things to do, yet so little time i have

really?

so little time?

nahhh...it's all about time management.

bored and lazy. that's the most common reason not to do the 'many things to do' and such excuses are given.

yeah..yeah.. same here too!

somehow, i can say that i'm not really good at time management. but sometimes, i am the most perfect time-matter person!

lately, i'm being tested, regarding time. still, i can't complaint. why? because i know, it's all my bad. accepting, for i know it's my fault, is a pressure but hey, it is somewhat calming. in other way, it helps me know better about me, my mistake, and how and why it happened.

And it's all about faith.

Wednesday, October 13, 2010

anak ini sudah membesar dengan semakin pintar... dan makin nakal! :)




dia memang buah hati semua orang. mama, papa, kakak, abang.
dah makin bijak dalam banyak perkara. untung dia sebab ada banyak 'teacher'. dia memerhati dan mengamati apa ahli keluarga dia buat dan dia mudah tangkap, cepat belajar. anak-anak sekarang, kan.. dah pandai buang sampah dlm plastik sampah, dah pandai merajuk, dah pandai mengajuk bunyi kereta lumba (sambil duduk atas vacuum cleaner), dah pandai ambik hanger nak pukul kakak2 dan abang dia (bad influence..very bad!) dan dah pandai mengamuk-ngamuk gegar gril pintu bila papa nak pegi keje! nak ikut la tu. tapi kejap je. cuma jgn sampai dia menangis. sebab susah nak berhenti. sama macam kakak darling dia.

dia suka tengok pororo, special agent oso dan wordworld. sangat takut tengok cerita pocoyo! dia bleh kejung menangis meraung tp tak bergerak. takut sangat la tu, kan? sangat comel bila senyum. sangat geram bila mengada-ngada nak nenen. hahahahaha! pandai mintak pujuk. pandai bodek. pandai bergayut kat kaki papa, bila papa dah bersiap-siap. naik tangga? heh.. pantang lampu tangga terbukak. tak takut pun dia sorang2 kat atas tu. dengan syarat pintu bilik mesti tutup. kot tak, abih tah apa-apa dibongkarnya. pandai buat bunyi mercun 'pow!' bila dengar bunyi. bila naik kete, lalu kat line kuning (yg suh slow kan pemanduan tu) mesti dia buat bunyi 'aaaaa', just nak dengar gegar2 suara dia bila kereta gegar2 lalu kat laluan tu. bijak tak? dia baru setahun 4 bulan, tau!

dia pandai joget, ye. (err..semua baby pun pandai, kan?)
on cd KRU, dia joget otomatik. hahahahaha! mak dia racun anak suh minat KRU. kehkehkeh!

bercakap, belum lagi. setakat 'mama' 'papa' 'nak' 'nah' je. favourite word dia, 'dadi'. hahahaha.. dah pandai kiss, tp suka kiss mama je. pandai lambai tangan, pandai angkat tangan, pandai buat signal 'habis' dan pandai geleng kepala bila papa suh kiss! hahahahahaha! sangat sayang dengan dia.

bantaan lebih baik dari tambang!

uhhh?

apa yang aku merepek kali ini?

idea tercetus bilamana bersembang pagi dengan suami, tatkala beliau melangkah keluar mahu menghantar si anak ke sekolah.

apa maksud perkataan di tajuk entry di atas?

my mom-in-law is a sabahan, a cocos ethnics. (what is cocos? find it HERE. ) and those words are cocos' words.

bantaan means degil and tambang means nakal. (if any of cocos people read this, correct me if i'm wrong, ya..).

we were actually talking about my beautifully grown first daughter, Erza Dalia. when at some point, my husband ask me whether she's naughty or not on her daily activities at home and i answered 'she's not naughty, she's just stubborn.' and my husband said to me, 'uhhmmm.. just like her mama.' and that's when i replied, 'bantaan lebih baik dari tambang!' and my husband laugh as he went into the car. why did he laugh? only he knows. :)

keluarga adalah nyawaku...


betapa aku sangat menyayangi mereka ini.

betapa aku mencintai suamiku sepenuh hati.

betapa dalamnya kasih sayang dan ingatanku pada mak ayah dan adik-adik tersayang.

semoga mereka semua tahu, betapa merekalah jua nyawaku!

Tuesday, October 12, 2010

tragedi kemalangan ngeri di km224 kelmarin..

sebenarnya aku terlewat sehari mengetahui berita tersebut. kejadiannya 10-10-10, tapi aku tahu lewat petang 11-10-10.

aku tak tengok berita agaknya, la. paper pun tak baca. malam tadi baru berkesempatan tengok berita penuh. sayu tersayat hati aku menengok keadaannya. aku takde pulak terbaca, atau terdengar ada kanak-kanak yang terbunuh dalam tragedi tersebut. kalau ada, lagi lah luluh hati aku ni. menonton berita saja sudah cukup menggenangkan airmata. yang pertama terlintas di fikiran, pastinya 'andai aku di tempat mereka.. ' andai mereka yang aku sayangi dengan sepenuh jiwa ini pergi, hanya Allah saja yang tahu, betapa aku tak mampu menerimanya nanti. Ampunkan aku, ya Allah. lindungi mereka yang istimewa ini dari segala musibah dan malapetaka, ya Allah.

aku tak sanggup untuk melihat gambar-gambar ngeri kemalangan tersebut yang dipapar di mana-mana. malah di youtube juga ada yang memuatnaikkannya. di kongsi pula di laman facebook! sangat ngeri. tapi kalau ada yang teringin melihatnya, boleh lihat di SINI.

sebagai manusia biasa, perasaan takut pasti ada. cumanya, beringatlah. baca doa naik kenderaan, kalau mahu ke mana-mana. setidaknya, bacalah ayatul kursi. paling kurang, bacalah bismillahirrahmaanirrahim. semoga kita semua dalam lindunganNya, insya Allah.

Saturday, October 9, 2010

kebelakangan ini hati selalu panas..

mungkin sebab cuaca. (alasan jek nih..!)

lately sering marah-marah. sikit² tercuit, sekejap² terusik. hal kecik pun boleh jadi besar. aku malas nak fikir yg bukan². kalau aku tgh marah, jgn kacau. jgn bersuara. jgn cuba tenangkan. nanti aku bagai api yg disimbah dgn minyak tanah. lagi marak!

ahhh... jangan pula ada yang kata aku membawak budak lagi.. takdenye..

pagi ni, dan pagi² dan hari² semenjak dua menjak ini, aku marah dgn hubby. cepat betul marah dgn dia. semalam, aku ckp kat dia (waktu dia memilih baju kerja dia + beberapa baju aku yg nak dihantar ke dobi utk digosok, sambil mengeluh-ngeluh), 'kalaulah setiap kerja yang mama buat dalam rumah ni, mama mengeluh, boleh menanah telinga awak dengar, tau..' kasar ke bunyi nya? hmm.. kasar sebab aku, seorang isteri, ckp macam tu, dgn suami, kan? syurga kat tapak tangan suami, kan? (bukan tapak kaki suami ya.. tapak kaki utk ibu jek..)

aku cepat rimas. banyak benda dlm rumah ni yg perlu dibuat. tp, bila bangun pagi, kena siapkan anak, buat itu ini seorang diri, aku panas hati. dgn anak2 yg celik mata je dah banyak kerenah dan ada 'angin' sendiri, aku memang rimas. (dah lah si darling lately dah makin cengeng. sket² nangis, meleleh. geram betul!)

honestly, rimas dan lemas sebab aku kena deal sorang2. 4 anak, aku sorang yg ngadap! karang nak siapkan + hantar anak sekolah lah, buat sarapan lah, anak kecik nak menetek lah, yg no 3 nak susu lah, yg bapak nak makan lah, yg no 2 nak milo lah, macam2! memang, tugas seorng isteri/ ibu takkan habis. dan kalau nak pahala, jangan komplen. tapi hati aku ni makin hari makin bengkak, kepala aku makin hari makin sakit, tau. nanti kalau orang cakap, 'beranak je tau, jaga anak tak tau' marah pulak, kan? kalau ada yg berani cakap macam tu kat aku, cuba lah cakap depan². kot nak rasa penampar sulung dari aku laa...

bantu.. aku perlu dibantu..

Wednesday, October 6, 2010

dah sedia nak melangkah ke alam rumah tangga? jadi isteri, jadi suami, jadi ayah, jadi ibu?

depan rumah aku ada sorang surirumah. anak dia ada 4. yg sulung darjah 5, perempuan. yg lain2, lelaki. dia dulu kerja di kilang panasonic (kalau tak silap aku), husband dia kerja lagi. kat kilang juga, di Bkt Raja. memang pendapatan mereka di tahap sederhana. aku pun (laki aku). ehh...mcm mana aku tau pasal pendapatan dia? haaa.. aku tlg e-filing kan income tax diorang. jadi aku tau la, sbb kena tgk borang EA/EC. knp aku leh tlg e-filing LHDN? mak aku kan keje LHDN. org kat sini tau. jadi secara tak langsung aku jadi duta kecik LHDN. ok..faham dah? orait. back to subject.

akak tu, kini bergelar surirumah, sejak 4 thn lalu, hari2 akan membasuh at least 1 bakul besar pakaian. dia bgn pagi2, hantar anak dia dan anak2 org pg sekolah. karang pukul 7.30am, antar budak2 tadika plak. dah tu kul 11, pg ambik budak balik sekolah agama. 11.30 ambik budak tadika balik plak. kul 12.30 pg antar budak yg sekolah sesi petang. kul 4 ambik budak sek agama balik, kul 6.30 ambik lagi. oh man! itu la yg dia buat hari2. tp dia memang popular. mereka berdua suami isteri AJK rukun tetangga kejiranan aku ni. dan dia pandai masak! sedap sungguh masakan dia. tapi, anak2 dia semua kurus2 belaka. sama mcm dia, ibu mereka. cuma suami dia nampak berisi sket. dikhabarkan, suami dia tak boleh memandu sgt. tak boleh juga buat kerja terlalu berat. kakinya sakit. bekas eksiden dulu. kesian, kan? tp diorang sangat kuat semangat. aku kagum.

apa yang nak aku tekankan dgn cerita biasa keluarga akak itu? TANGGUNGJAWAB. KESABARAN. KECEKALAN & AMANAH.

now that i am married, with kids, all of the above chores (though i dont send and pickup other kids than mine) i do everyday. hard, indeed but its an obligation. a responsible needs to be carried out properly (at least trying to..!)

if you never cook, don't even know how to cook, please start learning now, IF you ever think of settling down; get married and have kids (growing up kids eat more than 4 times a day, you know!). at least the basic ones like:-

rice
eggs (varieties)
vegetables
chicken soup (the least)

don't be lazy no more! get up early. do your chores; washing dishes, do laundry etc. because once you got married, it will all piled up on your daily schedule, double volume! learn obeying orders and rules. because you will soon, receiving some from your husband, giving some to your wife and start making some for your family.

when making love, please, please and please ask yourself whether you are really ready to be parents. patience is a virtue. start 'absorbing' it. to raise a child, requires expenses. when you are ready, then just go for it!

giving birth; please choose Govt Hospital for they are cheaper. save for the future. you don't know what will become, to you, your spouse or your child. even if you make more than RM5k per month, both husband and wife, to waste it on hospital bill to give birth, is not worth it. C-Sect cost on Govt Hosp is approximately RM1k and normal birth is around RM300. Private, cost up to RM11k for c-sect (operation) and at least RM3k for normal delivery. please, please, please consider and re-consider. UNLESS there's a problem with the pregnancy that needs expertise hands or equipments from private hospitals. but FYI, Govt. Hospitals are far more equipped than the private's!

bukan susah nak jadi isteri, suami, ibu atau ayah. yang susah adalah menjalankan tanggungjawabnya. yang susah juga adalah menahan sabar akan pelbagai kerenah hidup di alam rumahtangganya. yang susah juga menghadapi masalah dalam setiap langkah berkeluarga dan bagaimana menyelesaikannya CARA BIJAK DAN BERHEMAH.

jika anda sudah bersedia, kerana mendirikan masjid itu juga satu ibadah, maka laksanakanlah ia!

selamat berkeluarga!

p/s: jgn lupa hantar kad jemputan ya.. ;)

Tuesday, October 5, 2010

sape nak keje? area sri kembangan..

4 Technician (electrical/ air-cond) & 4 General worker needed! Call Mr. Eriq at 019-2110106

kejenye ialah:-

pagi2, punch in kat opis di tmn equine, sri kembangan. pastuh, siap sedia pg service maintenance kat celcom tower. SELURUH SELANGOR.

kelayakan:-

Technician: sijil/ diploma berkaitan elektrikal.

General worker: Lulus SPM

ada transport sendiri. lelaki sahaja. sape cepat, dia dapat.

resume, hantar pada
efr_ent@yahoo.com

budak tadika pun ada exam, ekk?

Ujian Penilaian Kanak-kanak. Itu yang tertera dalam surat yang diberi oleh cikgu Dalia.

aih.. aku jadi gelabah sket. aku tau dalia pandai, tapi aku yang lebih2 risau. kadang2 bukan apa, takut dia sambil lewa, tersalah baca arahan soalan atau tak baca langsung. maklum, aku dulu cenggitu juga. hahahahaha!

tapi! seingat aku la, masa aku tadika dulu, takde exam, beb. err.. ntah la.. benda dah berlalu lebih 20 tahun lepas. mana nak ingat sgt, kan?

apa pun, as a mother, of course i would like to see her strive to success. walaupun dia baru 6 thn. pendedahan awal tu, bagus. nanti dia tahu, betapa dalam hidup ini, kalau nak berada di tempat yang selesa, kena ada ilmu yang baik. ilmu akademik yang bagus, ilmu ketatasusilaan yang cemerlang, ilmu akhirat yang gemilang, dan ilmu sopan santun, hormat menghormati yang molek. ye la.. dah jadi mak orang ni, takkan kita nak anak2 kita buat hal2 tak elok, kan? kalau kita dulu jahat, dan kita tak nak anak2 kita pun jahat, maka itu bermakna kita sudah di beri hidayah (walau sedikit, syukur!) oleh Allah untuk berubah dan mencuba yang terbaik dan paling molek untuk anak2 kita, kan?

orang selalu cakap, anak ni ibarat kain putih. kosong, bersih dan suci. kita sbg mak bapak yang mencorakkannya. betul. memang betul. tapi banyaknya orang kita, hanya tahu berkata-kata dan berkias sahaja. buatnya, idak juga. seumpama si ketam mengajar anaknya berjalan lurus. kot dah senget tu, senget lah juga, kan?

sesungguhnya menjaga anak bukanlah perkara yang senang dan mudah. banyak cabaran dan dugaannya. banyak kerenah yang perlu dilayan dan banyak hal yang perlu diambilkira. tak kira lah anak satu ke, anak lima, hatta anak 10 sekalipun, cabaran setiap satunya adalah sangat berbeza. aku 'salute' para ibu yang mempunyai tahap kesabaran maha tinggi. aku? punya decibel suara yang sangat tinggi; terutama bila marah!
tapi, aku sudah banyak berubah. kalau dulu, pantang dicabar, aku akan laju je nak bergaduh. ni, bila dah ada anak, aku cuba sedaya mungkin utk tidak 'bergaduh' dgn anak2 pulak. sebab tu suara aku lantang sampai ke hujung jalan, bila amarah aku sudah naik dengan tingkah anak2.
(nota: andai anda sedang marah anak2, sampai meruap-ruap dan berombak-ombak dada, bacalah a'uzubillaahiminasyaitonnirrajim. sesungguhnya marah itu adalah syaitan!)
kalau la diinterview anak2 aku ni, apa agaknya yang bakal diorang ckp tentang mak bapaknya ni, ye? aku takut nak dengar jawpan diorang, bila mana nanti akan ada jawapan 'mama & papa jahat, suka pukul2 kitorang'.

haishhhhh! mintak simpang!

so, mulai hari ni (ye la..tah2 esok lusa baru nak start!) aku dah mula ambik 'tindakan' meng 'grounded' kan dalia. no tv, no dvd, no online games. (err.. of course la ada jadual. tadika je plak. bukannya nak SPM.) segala macam buku kerja yang dah dibeli, aku suh dia buat. TAPI, check punya check, dlm jadual peksa ada ujian jawi, tp buku kerja jawi, tak ada!!!! iqra' jek dia ada. ahhhh...sudahhh!! terpaksa aku mengasah bakat mengajar jawi pulak. mim alif kaf nun, makan. alif ya mim, ayam. dah mcm citer pendekar bujang lapok plak rasanyaaaa!

nasib baik aku terer baca jawi! (sambil angkat2 kening penuh eksen..)

Sunday, October 3, 2010

Bila seseorang itu bergelar surirumah..

  • sila jangan pandang beliau sebelah mata.
  • sila hindarkan jauh2 pandangan sinis anda kepada beliau.
  • mohon selidik dahulu latar belakang beliau.
  • jangan suka-suka menghakimi tingkah laku beliau.
  • jangan juga fikir yang bukan-bukan tentang beliau.

jauhkan juga tuduhan sebegini, yang selalu mendakwa surirumah:-

  • tak sekolah
  • hanya goyang kaki di rumah
  • boleh tidur banyak
  • makan senang
  • banyak rehat
  • bodoh piang
  • tahu beranak saja
  • suka bergosip (ada juga, tp tak semua..)
  • gemar bersidai buang masa
  • tak pandai bersosial (salah besar!)
Ye, tak semua wanita yang bergelar surirumah itu suka buat benda2 mengarut seperti di atas. Tak semua juga yang tak bersekolah. Di kejiranan aku ni, ada surirumah yang memegang segulung ijazah, tahu!

Para suami, tolong hargai isteri anda yang berpenat lelah di rumah. Dengan segala urusan rumah dan anak2 yang perlu dilayan, dengan tuntutan suami yang perlu diurus, dengan segala macam tekanan jiwa dan perasaan yang perlu di hadapi, tugas kami sbg isteri, ibu dan surirumah, bukan mudah!

Tak hairan, ada yang bertindak lari dan bunuh diri.

Hanya kepada Tuhan, kami berserah. Aku percaya, kerana DIA dan anak2, jadi punca kekuatan dan kewarasan akal fikiran. Cuma, jangan terus-terusan membebani akal dan perasaan kami. Kami juga manusia biasa.

Adakala, kami tewas juga dengan bisikan durjana syaitonirrajim!

*kalau isteri anda yang bergelar surirumah marah2 di rumah, itu tandanya beliau sedang dlm perubahan hormon; mungkin mengandung, mungkin nak datang bulan, mungkin juga sebenarnya SEDANG marah dengan anda.

Thursday, September 23, 2010

hari raya: mercun dan bunga api; sesuatu yang dilarang tapi mesti!

sangat kelakar juga adanya.

polis larang main mercun, beb.. nanti kena tangkap. tapi, apsal ramai gila jual mercun/ bunga api? hatta kat tepi2 jalan pun? agak2 la, perlu ke aku tanya tan sri musa hassan, a.k.a ex KPN yg juga merupakan pak long kawan aku?

aku rasa pelik gak, sbb ada kawan juga yg menjual mercun dan bunga api ni. diorang kata, kena ada permit. mai mana permit? polis bagi. aisehh!! pi amik mercun/ bunga api pun kat balai sana. dah tuh, lagu mana yang tak bleh main? kot bleh juai, bleh laa main.. betui dak?

jenis apa yg bleh main, yang tak bleh main? semua pun depa pakat juai. mai explain sket, kot2 ada yg tau..sharing is caring!

haru betui!

Monday, September 20, 2010

HariJadi, Hari Ulang Tahun dan Hari Raya Aidilfitri...

apa sinonimnya?

hari bahagia.. (hopefully..).

hari khamis lepas, 16 september, adalah hari Malaysia. tarikh itu juga merupakan tarikh lahir anak aku yang ke-3. 3rd bday of my 3rd child. oh, yes..she's 3!

dari secomel dan setembam ini (4 bulan)

hingga secantik dan selincah ini (3 tahun)


Hari ini, 20-9-2010, turn kakak dia pulak, mencecah usia 6 tahun. we managed to buy some goodies yesterday. that was what she asked for, as a gift for fasting for 20 days; to celebrate her birthday with her schoolmate. the glow in her eyes, the blush on her face, it was indescribable. she looked so happy and satisfied. i am lost for words, actually. don't know how to explain it. maybe, this is how moms around the world feel.





birthday girls, september babies!


love you girls, so much! make me proud. make your papa proud and make the whole family; both sides, proud too! go, grow up..be good, be bright, my dear princesses, mama selalu berdoa hanya yang terbaik untuk kalian!


tonight's, we're gonna be at mom's. celebrating my parents anniversary (33 years and going!!!) SUPPOSEDLY celebrated last Saturday but we had a family meeting (mom's side). we're also gonna celebrate these lovely girls' bday along with Mak Ngah's (angah's wife, Zue) bday; she'll turn 30, tomorrow! what a celebration. Thank you Pak Ngah (Eriq Faisal Rusli) for the kind sponsorship!

Wednesday, September 15, 2010

aku jual mate5, minyak wangi 'allstarperfumes' dan juga merupakan reseller agent TM (talian tetap dan streamyx)

kenapa? tak percaya?

cuba klik2 sket link2 yang dah aku letakkan di sidebar blog aku nih. nanti dapat tau sendiri.

mate5, aku guna dah lama. berjaya turunkan berat badan dari 98kg ke 81kg sekarang. lama mana? pg tgk blog mate5 aku, ya.

minyak wangi tu, aku suka2 je join. beli utk diri sendiri. so, kalau ada yg minat, klik2 juga lah yer. tak mahal pun, rm60 je. bukan kena paksa beli ulang2 pun. tak payah cari downline pun takpe. bukan MLM. hehehe.. (aku suka women's set no. 2.. best!)

reseller TM. haa... saper yg nak pasang tepon kat umah, sekali dgn streamyx, sila lah klik2 link/ banner streamyx aku tuh. sementara tgh promo free activation & installation fee nih. details, ada kat blog streamyx aku tuh...(mak teh, kot nak, bg era fotostat i/c jek ye..)

ingat tak boring ke duk umah aa? biz online la best. mcm2 boleh jual, mcm2 boleh buat. tapi ingat, cari dan jual/ buat yang HALAL saja ye. tu, yg segera2 nak dapt duit tu, jgn sesekali terpedaya. mana ada senang nak cari duit halal ni? tuhan suruh berusaha cara betul, ya. bukan cara promosi website yang ntah apa2 dan tak tahu apa yang dipromosikannya. bahaya beb!

perlukah politik dalam kehidupan berumahtangga?

"politik itu kotor!"

kata seorang teman fb.

ya, kalau kotor caranya, kotor lah ia. tapi, setakat yang aku tengok, alami dan amati, memang kebanyakannya kotor. berpeluang menjadi naib ketua puteri cawangan (walau sekejap) memang jadi satu pengalaman berharga. bukan membangga diri, tapi itu ilmu hidup yang perlu dihargai. betapa dalam politik kita boleh sekelip mata menilai manusia. baik yang terang dan nyatanya bertopeng iman berhati nista, mahupun sebaliknya. kasihan, memang kasihan. atas sebab itu jugalah aku meletak jawatan. banyaknya hanya membuang masa. mungkin hanya di cawangan tempat aku ditawar jawatan, aku tidak tahu. kalau ya, memang malanglah nasib aku! :)

walau aku aliran perdana, tapi tidak bermakna aku sokong segalanya. walau aku bukan minoriti, tapi tak sepenuhnya aku bangkang membuta tuli. akal yang tuhan bagi, perlu diasah dan diguna pakai secara logik dan hakiki. punyai suami yang berfikiran terbuka, dikurniai ayah yang luas pengalaman dan akalnya dalam berbicara, menjadikan aku matang dalam berfikir tanpa dipaksa. saat berpeluang meluang masa bersama ayahanda memang aku suka. dia idola aku dalam isu semasa. dia juga idola aku dalam menentu arah tuju kehidupan yang penuh pancaroba. suami, penguat semangat aku untuk terus berlayar dalam arus deras hidup ini. anak2, penyeri bagi setiap langkah yang aku ambil, demi masa depan yang stabil. aku suka bila berbicara soal berkaitan politik dan semasa dengan suami. dia pendengar yang setia. tidak terus memotong bicaraku dan mematahkan hujahku andai ianya bukan sesuatu yang dipersetujuinya. bidasan akan diberinya, dengan cermat dan penuh hemah. ya.. dia macam ayah. sebab itu aku mempersuamikannya! :))

oh ya.. walau aku bergelar suri rumah sepenuh masa, jangan pandang aku hanya sebelah mata. sebab kebanyakan mereka yang merendah2kan aku, dan menolak mentah2 pandangan seorang ibu yang duduk di rumah seperti aku, akhirnya tunduk malu kerana kalah tipis berhujah denganku!

ehh.. bunyi macam membangga diri ke? ampun.. jauh sekali dari niat di hati!

beraya ala kadar sahaja..

saat posting ini di taip, aku berada di melaka. bukan beraya, tapi bercuti saja. kelakar ke? since aku di 'kategori' kan sebagai orang bandar, maka raya adalah sesuatu yang boleh dianggap biasa sahaja. feel nya, kurang. sejak dulu lagi mmg begitu. waktu kanak-kanak, mungkin kemeriahannya bila dapat mengutip duit raya. dah menginjak usia remaja, wang di dalam sampul sudah makin kurang jumlahnya. :) .. Jadinya, dah tak ada apa yang nak direbutkan dan dikejarkan sangat. bila dah berkerjaya, lagi sibuk. sibuk sebab kawan2 akan berebut mintak ganti cuti (sebelum atau selepas raya, ikut turn), sebab diorang nak balik kampung beraya. maklum, aku takde kampung nak dituju. kot ada pun dekat aje, kan..? makanya, memang sejak kenal erti beraya, sambutannya sangat biasa dan ala kadar sahaja.

bila dah berumahtangga, rasa seronoknya beraya sebab ada giliran. ya.. giliran sudah mula jadi salah satu dari peraturan kehidupan. tapi, aku best. tak payah sibuk2 gaduh2 nak pi balik umah mak sapa dulu. mana2 pun boleh sebab masing2 duduk dekat2. sepelaung jek. hehehehe... bila dah ada anak2 ramai, uami aku putuskan untuk beraya di rumah dulu (ye la...dah ada rumah sendiri, kan..) dan akan bergerak ke rumah bonda (ikut turn yg telah ditetapkan) selepas solat aidilfitri. but last year, raya celebration was made at our home. both my husband's and my parents, along with my siblings and in laws family were gathered together merrily. why? because last year's eid fell on the 20th September and that was the date of my 1st daughter's birthday. sangat meriah!

bab duit raya, anak sulung aku dah pandai buat kira-kira. magik la gamaknya. budak2 ni tanpa di ajar akan berbunyi kalau nak dpt duit raya. lebih2 lagi kalau TAK dapat duit raya. chehh!! yang best, aku pun dapat duit raya.. dari mak. tiap2 tahun dapat. termasuk la laki aku. adik ipar aku pun dapat. pendek kata, anak2 dan menantu, semua dapat. seronok, kan? rasa macam kanak2 pula. hehehehehehe. segan tu memang segan juga. sebab kita yang sepatutnya bg dia duit raya tapi apakan daya, blom mampu nak bagi lagi. insya allah, one day..mesti akan bagi! semoga mak dan ayah aku dilimpahi kemurahan rezeki dan kesihatan yang baik. aminnn...

Tuesday, September 14, 2010

bila yang diuar-uarkan menjadi tidak relevan, ianya umpama pepatah 'bagai anjing menyalak bukit' atau juga pepatah 1 Malaysia'cakap tak serupa bikin!'

  1. Bila jalan2 ke taman tasik shah alam, dengan niat mahu memperkenalkan dan menyemai kecintaan anak2 pada alam sekitar dicemar dengan keadaan yang kotor dan penuh sampah sarap; memang tak memberangsangkan dan bukan hari yang baik dan bertepatan dengan konsep yang ingin diterapkan. apatahlagi, ianya bertempat di shah alam, sebuah nama 'gah' di selangor yang bakal menyambut usia 10 tahunnya bergelar bandaraya 10.10.10 ini. sangat tidak best!
  2. bila negara sibuk 'disuruh' menyokong barangan buatan malaysia dan jenama tempatan tapi dalam masa yang sama, memberi ruang pula pada jualan murah (kononnya) barangan berjenama. tambah kelakar bila situasi ini berlaku di pusat pentadbiran negara, PUTRAJAYA.
  3. bila pihak berkuasa sibuk suruh patuhi undang2 jalan raya, tapi mereka tidak berbuat demikian; memandu melulu tanpa ada siren atau lampu dihidupkan dan TIDAK memakai tali pinggang keledar. ok, memang tak banyak dah yg mcm ni berbanding dulu, tp ianya tetap umpama 'ketam mengajar anaknya berjalan lurus'.
  4. bila banyak bantuan dihulur keluar negara, sedang dalam negara masih banyak yang memerlukan bantuan segera.
  5. bila iklan hari raya menjadi iklan 'satu malaysia' oleh stesen tv swasta utama negara, tanpa mengambilkira sensitiviti agama, sedangkan peneraju stesen tv tersebut adalah mereka yang mengaku beragama Islam, khususnya!
banyak lagi sebenarnya. tapi cukup2 lah dulu. yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. peringatan juga pada diri sendiri.

Monday, September 13, 2010

Salam AidilFitri!

asyik post nak marah2 je kan? nyampah btol! :p

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari kami sekeluarga. MOHON MAAF ZAHIR BATIN juga.

aku dilahirkan di spital klang. dan dibesarkan di shah alam. so, takde kampung. hahaha.. yang ada cuma kampung mak ayah aku. mak di slim river, ayah di pulau indah. both my grandparents on my mom's side dah tak ada, rumah atuk pun dah roboh. jadi, tak ada lah kami ke slim lagi. kadang2 je. itupun menumpang ziarah rumah family makyong. pulau indah, sebab dekat, mmg selalu jadi singgahan. suami, kampungnya nuuuuuunnnnn jauh di sandakan, sabah. nak balik, hangkut semua budak2, memang besar kos nya. belum ada rezeki. tunggulah dulu. lagipun, abah dan mami juga dah menetap di semenanjung. cumanya, yang boring kali ni, abah mami balik sabah. kesian my beloved hubby. kami mmg tiap2 thn beraya di sekitar kapar/ shah alam je. selalu habiskan boring time raya dgn pg bercuti. awal2 raya, nak sergah umah org pun, org takde!!

esok, kami ke melaka. cuti, bukan beraya. maka, kawan2 yang kenal, kot nak sergah umah aku ni, sila calling2 dulu yer!!

ehhh??!! dah raya ke? :)

Salam AidilFitri 1431H.

dah raya rupanya. 10 hari terakhir ramadhan, aku diserang bendera merah. bengkek juga la.. tp apakan daya, itu qada' dan qadarNya, kan? kot takde dibagi bendera merah tu kang, dah terganggu pulak sistem dalaman badan kita ni, kan? org perempuan ni sangat kompleks kejadiannya. tapi sangat indah. (ya..ya, aku puji diri sendiri..).

anak dara aku, si erza dalia berjaya mempuasakan diri selama 20 hari setengah. dah hujung2 dia byk terkantoi dgn masakan aku yg tak brp istimewa tp sedap dan marvellous di mata dan hidung dia. takpe. she's only 6.

ada cerita best yang nak dikongsikan bersama. malam raya, aku konon2 nak try last minute bargain di Kompleks PKNS shah alam. pergghhhhh!!!! lautan manusia, jgn cuba2 nak tanya aku mcm mana keadaannya! namun, disebabkan si kecik ensem aku lom ada baju raya (ni kes lengah2 punya pasal, takmo follow up dgn kedai baju dan angah yang salah informasi....haih!!) dan aku pun masih mandom2 sebab takde baju kebangsaan kebanggaan, maka ku redah juga lautan manusia di situ. yang menjadi cabaran, aku terpaksa mengangkut no 2 dan no3 bersama (yad dan darling) sebab no 1 dan no 4 tido, jadi papa malas nak angkut semua. so, papa dan anak2 yg tido tunggu dlm kete yang berhawa dingin sambil mendengar lagu2 best dari cd KRU ULTIMATUM. takpe..takpe..

nak masuk je, aku rasa ada 10 minit beratur. ya Allah..memang giler punya ramai org yg suka shopping last minute di kompleks pkns ni! long story short, after about 45minutes (kot laa..) cari2 dan ushar2 dan kemudian membeli, siap jumpa jiran lama yang bukak booth jual bj melayu lagi, dengan si darling yang kejap2 nak dukung, kejap2 nak lepas, kejap2 memberatkan diri dan kejap2 hilang di balik gantungan baju2 kurung cantik dan menarik, maka kami pun bergerak keluar. melalui jalan sama yang kami masuk tadi, barisan agak panjang dgn para insan yang mahu masuk dan keluar. kebetulan pulak, ada peniaga yang dah nak balik juga melalui jalan yang sama maka satu lane dia dah conquer dgn rak2 baju dia. disebabkan aku bawak anak, maka aku menahan sabar. biasa, mahu tunjuk contoh yang baik pada anak2. si darling ku kendong dan si ziyad aku pegang kemas di hadapan aku. bergerak amat perlahan, mata tetap melilau kot2 ada yang menarik atau terjumpa manusia yang aku kenal. sambil2 deria rasa menjadi extra peka sebab bawak handbag yang dah terkebelakang sebab dukung darling. bukan la ada duit banyak sangat pun, tp dokumen penting tu yang utama dirisaukan. mujur la handbag aku bukan berjenama. malah dah tanggal2 kulitnya. mungkin itu jadi penyebab tidak menarik untuk dicopet! hushhhhh... mulut cabul! dalam pada gerakan yang slow-mo itu, aku terasa ada tolakan di belakang.

aku sound 'saya bawak budak!'.

mula2 slow, lepas tu ada 2 manusia ni (couple, malay) main redah je barisan tadi, mahu memotong queue.

aku sound lebih keras, 'aku bawak budak ni. tak payah la redah2, org lain pun nak balik jugak!'

si minah memandang kerek pada aku. aku balas pandangan dia dengan jegilan.

pastu dia berbunyi, 'cakap elok2 sikit tak boleh ke?'

ehhhh!!!??!!! dia sound aku balik???

aku balas, 'abih, perangai awak tu yang main redah2 je tu, elok ke?' sambil angkat2 kening aku bercakap.

dia dah nampak macam nak berhenti dan mungkin nak bergaduh. oh man, how I was so ready at that time. why? because she was so skinny and i was very confident that i can put her down just with one smack! but lucky her, the man whose accompanying her shoved her away from the scene.

tapi, sambil berlalu dia dengan lancang nya berbunyi lagi 'sapa suruh bawak budak?!'

aih? sebagai seorang manusia yang bergelar ibu, agak2 la, aku naik hangin ke, tak?

lantas aku membalas, 'sukahati aku la nak bawak budak ke, tak. aku ada anak. ko takde anak apa sibuk??!!'

dia dah pusing belakang dah. aku dah mempercepatkan langkah untuk sampai pada dia. memang nak aku tembi muka dia yang penuh jerawat batu itu. nasib baik la laki dia (kot..ntah boipren ke, mana aku tau) tarik dia pergi. nasib baik juga aku ada bawak anak. nasib baik lagi, dia park kat sacc (myvi, kaler hitam). nasib baik aku tak nampak no plat dia. kot tak, memang dah bergaduh kat kompleks pkns di malam raya! oh yeah..!

aku, org boleh maki. tapi, kalau dah libatkan anak2, aku mmg tak boleh kompromi!

sampai di kereta, aku bgtau hubby. dan hubby, as usual akan geleng kepala sambil berkata, 'susah betul kalau dah ada darah banjar ni. nak bergaduh je kejenye..' heh!! nyampah plak bgtau dia. bukan selalu aku bergaduh. masuk ni baru 2 kali jek. (last time, kat shah alam mall, aku marah sorang makcik konon vogue yg umur dlm55 dan mungkin takde cucu, tgh makan dgn kawan dia yg muda sket dr dia kat laksa shack, sebab dia sound anak2 aku bising main2 kat apa jadah toy yang bleh naik kena masuk coin depan laksa shack tu. itupun sebab laki aku cabar aku. hahahaha). masa bujang lain laa.. ada la ntah brp kali ntah.. itupun sebab org kacau adik2 aku. bukti tu, aku ni penyayang orangnya. hahahahaha!

takpe, sebab sekarang dah raya, aku malas nak gaduh2 lagi. cuma perlu diingat, jgn jolok sarang tebuan ye. aku jenis yang susah nak maafkan orang. kalau jumpa balik minah dan org tua tu, hopefully diorang tak cabul mulut. sebab, takkan ada maaf next time, melainkan penampar hinggap di pipi. ya, aku ingat betul muka diorang.

sama kes mcm makcik2 aku yang maki2 mak aku dulu. sampai sekarang aku tak maafkan diorang. 2 org itu, memang aku benci, sampai mati. mak aku kata, yg lepas tu lepas la, jgn dendam2 sebab nanti hanya akan samakan aku mcm diorang (tengok! betapa baiknya mak aku). aku tau tu tapi hati aku memang panas. demi mak aku, depan diorang aku sangat tenang. mcm tak ada apa berlaku. sebab aku tak nak diorang kata mak aku tak pandai jaga anak. TAPI, andainya peristiwa itu berulang kembali, korang jgn lupa, darah yg ada dlm badan korang, yg kononnya menyebabkan korang bermulut lancang tanpa fikir panjang, ada juga mengalir dalam tubuh aku. bersedia aje lah. setiap detik dan butir peristiwa lalu masih segar dalam ingatan aku ni. tangisan korang, masa salam mak aku time raya, hanya lakonan. i can see it! salam konon.. mintak maaf, tp belakang, bunyi2 jugak.. jgn ingat aku tak tau.

makteh dan maktam aku (adik2 ipar ayah aku, biras mak aku), mungkin tau dan mungkin tak tau cerita. tau, mungkin dari side sebelah sana. takpe. moga diorang tak alami masalah sama mcm mak aku. maktam aku, hebat orgnya. mulut dia, saper pun takleh lawan. lantang. tapi berpada. aku suka. dia pandai masak juga!!!! makteh aku, dlm keletah2 dia bersuara, hati dia lembut. mak aku kata, dia jenis yg simpan perasaan juga. ini dua org manusia yg aku sayang. aku sayang pak tam aku juga. dia baik. dia tak suka campur hal org. dia tenang orangnya. dia pandai melukis, mcm ayah aku. malah, dia juga kelihatan mcm ayah aku! cumanya, dia kurus, ayah berisi! anak2 diorang (sepupu aku) pun aku sayang. diorang budak2 baik. sopan dan berbahasa. bagus. ambik yang baik je, adik2! yang buruk campak jauh2 ke laut sana!

(makteh, kes cik imah dulu, masa nenek blom sakit, era tau..)

p/s: makteh aku baca blog aku ni weiii!! hahahahaha.. sayang makteh!!

Wednesday, September 1, 2010

bercakap itu memenatkan

semua nak kena cakap!

penat la. cakap sekali tak nak dengar, berkali-kali pun tak nak dengar.

dah nak terberak baru sibuk nak cari jamban. dah sakit nak mati baru sibuk nak makan ubat!

rimas. sangat rimas!!

bila aku cakap tak nak dengar, dah jadi baru teringat apa yg aku cakap? baru nak kata, 'kalau la aku ikut ckp ko aritu...'? dah lambat beb. mintak maap pun tak guna dah. hati aku kalau dah sakit, susah nak ubat, ko tau! ko nangis airmata darah sekalipun, belum tentu aku maapkan ko.

i may not easily forgive and forget, you know. that's so not me. hard as a rock, you may say. and guess what? i don't care!

i'm tired being nice. tired of being a good listener. tired of being concern of others. but none care about me, none bother to be nice towards me and none bother to listen to me!

should i curse you? nope! i'm still sane. hating and ignoring you is enough torture. the rest, leave it to the one and only.

ahhhh... benci!!!!

Thursday, August 26, 2010

Aku rakyat Malaysia, yang sayang dan cintakan negara berdaulat ini..

Ya.

Aku dilahirkan di bumi bertuah ini, lebih 30 tahun yang lalu. Mungkin akan ada yang secara sinis memberitahu aku, 'siapalah engkau untuk berkata-kata, bercerita dan beremosi tentang kedaulatan negara, sedang engkau generasi selepas merdeka, tidak melalui detik pahit dan perit jerih mendapatkannya?'.

Adilkah? Apa sememangnya, kami generasi selepas merdeka, tidak layak untuk bersuara? Untuk meluah rasa? Untuk melaungkan betapa bangganya hati dan nurani kami terhadap negara? Untuk lantang menentang sebarang bentuk pencemaran terhadap sebuah negara indah bernama MALAYSIA? Bukankah generasi kami ini yang akan memastikan kesinambungan kemerdekaan negara? Kesuciannya? Yang bakal mempertahankan kedaulatannya?

Mengapa dengan mudah melabel generasi baru seperti kami ini dengan perbandingan 'siapa yang lebih makan garam'? Tidak elok juga kalau terlalu banyak makan garam, kan? Hati jadi tepu, jiwa jadi sebu dan fikiran jadi buntu dek kerana 'banyaknya garam yang dimakan'. Hinggakan pendapat kami ini, bukan sahaja dipandang sepi, malah dijuih pula, seolah tiada harga langsung! Sedangkan, bilamana berlakunya kegoyahan, maka 'yang baru nak makan garam' inilah yang diajak, yang diseru untuk berjuang, kononnya, untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara! Kenapa perlu tunggu goyah, tercabar, diguris, malah terconteng arang ke muka, baru kami-kami ini yang dipaksa dan ditolak sekonyong-konyong nya ke barisan hadapan? Malu! Malu sangat dengan tindakan 'tidak merdeka' ini. Mengapa mesti ini yang terjadi?

Lihat apa yang berlaku hari ini. Saat kita sedang dalam bulan mulia Ramadhan, sedang dalam semangat patriotisme kemerdekaan yang menginjak usia 53 tahun, kita di 'simbah' dengan kelancangan etika jiran sebelah, yang jelas menunjukkan kebiadapan mereka, terhadap bumi bertuah ini, yang telah sekian lama memberi rezeki dan mengenyangkan perut banyak generasi mereka, yang sekian lama berlembut dengan memberi peluang bukan sahaja dua, tiga, malah entah keberapa kalinya, namun sering juga dipijak kepala! Persoalannya; bila kita mahu sedar? Bila kita mahu mula bertoleransi secara berhemah? Bila kita mahu mendahulukan rakyat? BILA KITA MULA MAHU MENDAULATKAN NEGARA? Hentikan promosi 'melawat negara mereka'. Hentikan sebarang bantuan kemanusiaan kepada mereka bila dilanda bencana. Hentikan memberi peluang kedua kepada rakyat mereka yang mendatang di tanahair kita. Hentikan, hentikan, hentikan! Kerana itu juga yang mereka minta! Mampukah? Mungkin nanti jawapannya, "mereka melabur dalam negara kita, dan kita perlukan pelaburan itu untuk menjana negara." Ya, hingga sanggup menggadai maruah bangsa dan negara? Merdekakah namanya?

Dahulukan rakyat;

  • dengan memberi lebih ruang dan peluang kepada penduduk tempatan, bukan PATI
  • dengan lebih prihatin dengan keperluan hakiki, selain dari rebutan kerusi majoriti!
  • kaji selidik dan siasahkan diri pemimpin, baru mudah semuanya dijana demi negara, bukan sibuk mengerah akar umbi, tapi yang dipucuk goyang kaki.
  • jangan sibuk2 menteri kahwin lagi, tambah isteri artis sensasi. sedang rakyat kais pagi makan pagi,tiada sebarang pengenalan diri, walau nenek moyang penduduk asli!!!!
  • tak usah juga hulur bantuan sana sini, sekadar ingin nama diketahui, tapi banyak rakyat masih miskin tegar, hinggakan rumah beratapkan langit, berlantaikan bumi, makan siput babi!
  • jangan beri muka pada mereka yang tak sedar diri, asalnya pendatang tapi mahu memunyakan negara berdaulat ini, dengan bermuka-muka; manis mulut tapi hati penuh duri! mereka ini sangat keji.
  • intai2 juga komunisme, tidak mustahil menjalar lagi, kerana bahangnya sudah makin lama makin terasa, cuma apinya belum meninggi. mahukah 13 mei berulang lagi?
  • jangan dibiar kaum minoriti, persoal hak kamum majoriti, hinggakan sanggup mempertikai agama rasmi!

Agar mahu pencapaian diutamakan, rakyat MESTI didahulukan!


nota: saya bukan pembangkang. tapi sudah makin muak dengan janji2 manis yang sekadar luahan mulut, tiada hati ingin menurut!

nota2: ini sekadar luahan rasa. andai ada yang ingin berkongsi rasa, dipersilakan sewajarnya. TAPI, andai sengaja mahu berpolitik, mengapi-apikan sesama bangsa dalam negara, anda sangat tidak dialu-alukan.

Friday, August 20, 2010

ramadhan datang lagi..

aku bukanlah hambaNya yang baik. aku mengaku. terlalu banyak salah silap yang telah aku lakukan terhadapNya sepanjang hidupku. namun aku yakin Dia sayangkan aku. sebab, walau kerap mana sekalipun kepincangan aku lakukan, samada sengaja atau tidak, andai aku sujud dan mengadu, DIA selalu dekat pada aku. Dia selalu dengar rintihanku. dan adakala, Dia kerap juga kotakan mintaku. malu, aku malu denganNya. saban hari aku cuba berubah jadi lebih baik dari semalamnya. aku yakin dengan Dia. aku tahu Dia selalu melihat dan mengawasi tiap langkah dan geriku. ampun, ya Rabbi. bimbinglah aku sentiasa!

ramadhan.. kali ini adalah ramadhanku yang ketujuh, tidak menjengah ke masjid untuk bertarawikh. rindu, sungguh aku rindu. andai alasan bahawa aku punya anak berderet (malah ada yang masih menyusu badan) tidak dapat diterima kalian, terpulanglah. tapi memang itu alasan utamanya. lagi pula, aku tak mahu kecoh-kecoh di masjid dengan anak2 kecil. bising dan mengganggu jemaah lain. jika terganggu, mana datang khusyuknya? betul? maka, aku turut kata suami tercinta, tinggal di rumah sahaja. maka, selama tujuh tahun inilah, aku di rumah sahaja. aku cuba tiap ramadhan untuk khatam quran, sebagaimana yang ibuku lakukan, namun aku hanya mampu tak sampai separuh kitab. jadilah. walau tersangkut-sangkut dek kerana lama tidak mengadapnya. aku tetap tenang dengan usaha kecilku itu.

ramadhan. ramadhan. walau orang lain sibuk mencari rezeki sampingan di bulan mulia ini, aku tidak terlalu mengharap. bukan tidak mencuba itu dan ini, namun niatnya bukan untuk mewahkan diri. ada juga kenalan, malah saudara yang sibuk2 berniaga di bulan ramadhan, tapi tidak hiraukan suruhan Yang Esa. bagaimana mungkin rezeki itu jadi berkat, ya? andai di kenang2, aku jadi marah dan bengang. tak elok membuka pekung. biar semuanya aku simpan dan perasaan sesak ini aku tanggung.

ramadhan kali ini, aku dihadiahkan sesuatu yang istimewa dariNya; perasaan indah menjadi seorang ibu. anak sulungku yang baru menginjak usia 6 tahun, sudah mula belajar puasa. dan sehingga hari ke sepuluh hari ini, dia penuh berpuasa! apa lagi yang seorang ibu harapkan? ianya satu perasaan yang cukup indah. walau saban waktu aku merasakan aku tidak sekental dan sehebat ibu2 lain di luar sana, namun ini setidaknya memberi aku ruang untuk bernafas lega; bahawa aku juga ibu yang hebat, seada dan sewajarnya.

Erza Dalia sayang, mama bangga dengan kamu!!

Monday, August 2, 2010

Dah Ogos?? Cepatnya masa berlalu..

sesungguhnya, aku jarang ada masa untuk berblogging.

dah ogos ekk? terasa baru semalam aku sambut raya 2009. ni dah nak masuk ramadhan. menghitung hari. moga ramadhan aku kali ni penuh juga, mcm thn lepas.

insya allah.

Friday, July 23, 2010

blogwalking.. manis, pahit, sayu, pilu, riang, ria, indah, pesona, kecewa.. semua dikutip dalam satu masa..

asal aku ada waktu kelapangan, aku akan berblogging. namun setiap hari aku akan jenguk2 blog2 aku. intai2 kot ada komen yg perlu dibalas. kot ada shoutmix yg perlu di baca lalu mengulang singgah mahupun memulang ziarah blogwalker lainnya. macam2 jenis entri, dari kisah hidup di tanah asing, masakan harian, hidup pelajar dan kaki tipu internet, serta berbagai rencah hidup lagi. dan aku akan pasti, menjenguk ke blog keluarga dulu. (adik aku no 4 je pun yg ada blog, org lain takde..:P).

aku kagum dengan dia. pada aku dia sgt beruntung. banyak aspek, banyak sebab. bila baca tulisan2 di blog dia, aku akan jadi rendah diri (walau aku sama tinggi dgn dia). aku jadi mandom tiba2 dan akan mula mengeluh hiba. aku pasti akan sesali diri, kerana tak mampu setidaknya menjadi sebaik dan sehebat dia. malah aku yang paling 'low-ranked' antara adik beradik aku, walau aku anak sulung. (kalau adik aku bc, dia akan cakap, "kakak ni tak abis2 nak rasa rendah diri" aku yakin sgt! :P)

mampu kah aku jadi setabah mak, sehebat ayah? mereka idola aku sampai mati. flaws are human nature. diorang tak bersalah, kiranya aku tidak sehebat mana. salah, semuanya dari diri aku sendiri. orang kata, tak elok menangisi nasib. ianya tidak akan dan tidak mungkin berubah sendiri. dan masa tidak mungkin boleh diputar kembali. setiap kali aku telefon mak, di hujung bicara, aku pasti akan sayu. sebab, mak akan ucapkan 'i love you' pada aku. dan aku akan balas dgn suara tenggelam timbul dek sayu 'i love you too'. kenapa aku sayu? sebab ucapan itu hanya wujud, setelah aku berumah tangga dan bergelar ibu. setelah aku keluar dari rumah yang selama ini memayungi aku. my parents are conventional people. i don't blame them. but to have such a feelings to me is normal. i'm a human being too, right? Ayah pula, aku cuma dengar kata2 indah dia masa aku bergaduh dengan angah, dulu. takkan nak sengaja gaduh dgn angah, baru leh dengar kata2 indah, ye tak?

pada aku, yang masih lagi menguatkan hati dan semangat untuk membiasakan diri dgn situasi yang telah sekian lama terjadi ini, amat payah. kenapa, ye? susah sangat ke aku nak terima situasi dulu dan sekarang sudah berbeza? sudah banyak berevolusi? susah sangat ke aku nak pujuk diri, memberitahu ingatan bahawa mak dan ayah dulu sangat bz, tak ada ruang waktu atau masa senggang, setenang keadaan sekarang ini? untunglah adik2, yang dapat merasa lingkaran kasih sayang, gurau senda, bual bicara dan gelak tawa mak ayah bersama mereka. cherish it, love. or you'll end up heart-aching and mind-hurting, like me.

ye..ye, aku seorang anak, kakak, isteri dan ibu yg penuh emosi!

Wednesday, July 21, 2010

bila Ramadhan hampir menjengah, Aidilfitri pula yang lebih disibukkan...

adat lah tu, kan?

puasa belum pun mula lagi. tapi bab raya bukan main dipentingkan.

cakap.. aku pun sama! :)

bagi para peniaga kuih muih untuk hidangan hari raya, inilah masanya pun untuk mempromosi jualan masing-masing. takut nanti, dah dekat2 nak raya, tak sempat pula nak buat, nak penuhi tempahan pelanggan. jadinya, sebulan sebelum puasa lah waktu yang paling bertepatan untuk mempromosi.

(aku jual juga kuih raya, ya.. makcik di kampung yg buat. perusahaan keluarga. kuih gunting, kuih tiram etc. tp semua jenis yg begini. almond london takde. nak sampel, sila email ye..) <--- mak aku suh promo.. ;)

itu baru kuih raya. belum baju raya dan segala macam benda lain yang berkaitan dengan hari raya.

ya Allah, memikirkannya saja dah boleh buat aku pening kepala dan migraine tahap tiga!!

segala macam plan dah buat. Tuhan je belum bg green light. andai Dia izinkan, lancar lah semua, insya Allah.

perlu diingat, jangan membazir dan jangan over acting.

Wednesday, June 23, 2010

apabila para buah hati sekalian di landa demam.. dan seorang adik akan berlepas ke Jepun..

yerp.

anak-anak aku demam. semuanya! masuk hari ni dah 2 hari utk zahin (1 thn), 4 hari untuk dalia dan darling. ziyad mula lebih awal, genap seminggu sudah. tapi hari ni nampaknya dia dah mula kebah. cuma batuk dan selsema dia belum hilang.

kesian sangat, pada a-een. sedih tengok mata anak2 yang berat menahan panas badan mereka. saat aku menaip post ini, si ziyad sedang menyelongkar chest drawer simpanan pelbagai junk items aku (lilin bday, tumbler, beg cooling free gift dr cold storage etc) sambil menyanyi lagu 'selamat hari jadi' pelbagai versi dan bahasa. lantak dia! hujan sedang lebat di luar. mungkin sebab nyanyian ziyad.. ha ha ha.. darling sedang terlena sambil meniarap; dengan kertas terdampar dan pen masih di tangannya. dia punya merengek sedari bukak mata pagi tadi, buat aku sangat tensi lalu melayangkan sedas dua libasan hanger di kaki. aksi jeritan dan melawan kata dari dia, menghilangkan kesabaran aku yang di pupuk, dibaja dengan penuh tawadduk sejak seminggu lalu. ~sigh~

dalia sudah 2 hari tidak ke sekolah. isnin lepas, walau demam, dia tetap ke sekolah. namun bila suhunya makin meninggi, aku tegah. tak mahu apa2 terjadi di sekolah dan aku tak sempat sampai on time. mintak simpang! a-een, si kecil buah hati ni, apa lah yang dapat aku katakan. dia belum pandai mengadu. hanya menangis yang dia tahu. sedih.. sedih sangat, aku rasa.

-pause, darling tiba2 terjaga dan mengamuk-ngamuk.-

ok. sudah selesai. ziyad pun sudah lena. a-een pulak terjaga, dek amukan darling tadi. dan satu yang aku perasan, a-een kerap menyusu, time demam ni. dehydrated agaknya. pray for my strength, please. for sometimes i'm out of breath..and patience.

now...ayuh, kita ke jepun.

one of my blogger dearest, is leaving for japan.

for which, i envy the most. she's pretty, she's bright, she got all opportunity taken and handled right. go on dear soraya. fly away. somehow, somewhat, there's a slight mysterious miracle lingers in me, about you. i pray for your well being, and safety. be good, for i feel like you are a sister to me. come back with a wide smile of pride on your face. on your parents' face.

kiwotsukete & kouun, elsa soraya.

Tuesday, June 22, 2010

selamat hari bapa...

tanggal 20 jun, adalah hari di mana para bapa seluruh dunia diiktiraf pengorbanan dan kewujudan mereka.

panggillah ayah, daddy, papa, abah, baba, walid dan sebagainya, mereka semua memegang satu jawatan; BAPA.

semenjak aku dah cecah 30an ni, dan dah jadi ibu, aku baru terperasan sesuatu yang ada pada mereka yang bergelar bapa ni.

mungkin juga itu fitrah kaum Adam ni. mungkin juga boleh dikatakan 'keistimewaan' yang Allah kurniakan. mereka ini sebenarnya penyabar. erkkk???!!!! tak percaya? selalunya, kita akan nampak sifat lahiriah para lelaki ini, mereka suka marah2 dan cepat tinggi suara. kan? tapi, kalau kita perhatikan betul-betul, mereka ada sifat sabar yang tersembunyi. hidden treasure, i can say. seandainya anda seorang anak, mahupun seorang isteri, cuba beri perhatian khusus tentang kewangan keluarga, khasnya waktu tgh dan hujung bulan. tak ramai para pemegang title bapa ni, akan mengeluh dan bising, serta marah2 tak tentu bila ada anak2 atau isteri yang minta itu ini. yang tu nak beli, yang ni dah habis, yang sinun keperluan, yang sini pulak bil bulanan. pelik tak? takde lah kot.

ayah aku, seorang yang tegas, kelakar dan berpandangan jauh. kadang2 dia sangat garang. dulu laa, sekarang dah berumur, dia dah malas nak garang2. tapi, tak pernah sekali pun aku nampak dia marah2 dan bising2, pasal kewangan dengan anak-anak. abis2 pun, mak la akan cakap 'ayah tengah takde duit tu. nanti lah beli, bila ayah dah ada duit..' jadi, anak2 faham sendiri. ye.. aku penah mintak komputer, masa darjah 4. ayah belikan... masa aku 18 tahun. hahahaha.. dia tak pernah cakap kat aku yang dia takde duit nak belikan komputer. dia tak pernah marah aku bila aku menyaru. dia tak pernah pulak tengking2 aku bila aku mintak apa-apa pun. perubahan mimik muka, itu je yang aku nampak.

perubahan itu, aku faham bila aku dah berkeluarga.

suami aku, orangnya takde la garang mana, tapi tegas dalam hampir semua perkara. dia takde bising2 sangat bila macam2 nak kena provide untuk keluarga. bila macam2 kerenah kewangan, perlu diambilkira. dan dalam situasi ini, aku akan jadi sepertimana mak aku dulu; bgtau anak2, supaya sabar menunggu. dan bila dia dalam keadaan keletihan balik kerja, aku pandang dia dengan penuh perasaan sayu di dada. lebih2 lagi masa dia tidur. mungkin mak aku juga begitu agaknya.

perkara yang sama juga aku tengok pada adik aku (angah) dan bapa mertua aku (abah).

aku mungkin tidak melihat sepenuhnya perangai atau memahami keadaan kalian sebenarnya, tapi yang positif itulah memenuhi santapan minda. beruntunglah para anak dan para isteri dikurniakan bapa dan dijodohkan dengan suami yang sebegini.

ayah, terima kasih banyak2. selalunya peranan bapa ni tak terperasan sangat. sebab overshadowed dengan peranan ibu yang lebih besar. takpe ayah. anak2 ayah semuanya alhamdulillah.. pasti akan ingat ayah juga.

to my dear hubby, thanks for being such a good father. keep it that way. biarlah orang nak kata apa, biarlah tak ada siapa yang nak membantu kita, insya Allah ma akan sentiasa di sisi papa. sama-sama kita memperelok antara satu sama lain. janji, kita akan bertemu di syurga. insya Allah.

Happy father's day, ayah..
Happy father's day, abah..
Happy father's day, papa..
Happy father's day, angah..

kalian yang terbaik kurniaan Allah!

p/s: harus diingat, pengiktirafan ini hanya untuk para bapa yang waras dan berperikemanusiaan sahaja. serius. yang suka dera anak, dera isteri, jenis haruan makan anak dan yg sewaktu dengan perangai lebih hina dari binatang, adalah tidak layak sama sekali untuk diiktiraf sebegini tinggi.

Sunday, June 13, 2010

dalam banyak2 post aku kat blog ni, aku paling suka yang ini...

ntah kenapa. mungkin terasa aku dpt buat satu perkara baik kot. aku pun tak sangka sebenarnya. tapi mungkin Tuhan mau tunjuk sesuatu.

this was the story! (klik laa...)

Zahin Erza b. Zairi is 1 year old....


he's adorable. he's bright. he's handsome. and i love him so much.

he was a miracle to me. think i've said this over and over again; everytime i write about him. indeed he is.

he turned 1, last June 11th. we waited actually, till the clock striked 00:00am (he seemed to understand or at least felt something special, for he stayed up too, cheerfully!) and all of us (yes, all 6 of us!) sang him a birthday song. he was very happy. i had tears in my eyes. there were mixed of feelings, i suppose, hitting me that night.

he's walking now. laju! hahahaha. paced up quickly. quickest of them all, i reckon. got 1st tooth at 6months old, and started walking at 10 months. but he's still nursed. :)

he, being the last of four, learned fast. he has learned to quarrel, you know. especially with his 2nd sister (my 3rd angel), darling. he loves being on that toy car that we usually see at the shopping mall. at first i thought he'd be afraid, for when coins inserted, it wobbles. but no wayyyyy! he loved it! isn't he one bright kid? ;)


happy birthday my dear A-een. mama loves you very much. be wise, be bright, grow smart and healthy. be reasonable, adorable, admirable, respectable. i pray for all good things, for you and for all my beautiful children. insya allah.

Saturday, June 12, 2010

aku bukanlah seorang yang dalam ilmu agama..

aku mengaku.

sangat mengaku.

tapi andainya ada yang baru setahun jagung menghirup udara yang dipinjamkanNya, malah baru sahaja berakal dalam berkata-kata. namun dengan angkuh dan tanpa rasa hormatnya meningkah dan membidas pengetahuan agamaku tanpa ada tersisip fakta dan bukti yang soheh, maka sesungguhnya, pasti aku marah. namun amarah aku hanya dalam hati. kerana aku mengetahui, Dia sebenarnya menguji, sejauh mana mampu aku bersabar dan bertahan dengan kerenah sepicing sindir dari si budak kecil!

untuk mengherdik kembali, dengan mengatakan yang ilmuku lebih sedikit dari si kecil itu, adalah sesuatu yg tidak matang dan tidak bertepatan sama sekali. kerana tindakan itu pasti akan mengundang tepukan gembira, si durjana yang direjam!

Allah SWT berfirman dalam hadits Qudsi,

إِذَا تَقَرَّبَ الْعَبْدُ إِلَيَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِذَا تَقَرَّبَ مِنِّي ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ بَاعًا وَإِذَا أَتَانِي مَشْيًا أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً
"Jika seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta, jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku dengan berjalan maka Aku akan mendatanginya dengan berlari." (HR. Bukhari dan Muslim)

p/s: aku berusaha. hari demi hari, Ya Allah. untuk sebolehnya berlari mendekatimu. namun langkah ku selalu tersadung hanya dengan bisikan halus si durjana. kuatkan hatiku Ya Rabbi!! dekatilah aku Ya Allah, walau aku hanya mampu melirik kepadaMu!

Wednesday, June 9, 2010

World Cup 2010 Jerseys - for sale





material quality: AAA
Size available: M & XL
interested? leave your email address in the comment box. i'll send you the catalogue.
more teams jersey up for grab i.e Spain, Brazil, Argentina, Cameroon etc.
EPL and UEFA teams jersey also available.

Selamat Hari Lahir ke 58, Ayah!




suasana, walau tidak semeriah mana, tapi tetap best!

jarang2 sebenarnya, celebrate bday ayah. tak perasan pulak kenapa. but yesterday, we celebrated not only dad's but also angah's, edry's and my little angel, A-een!

been at mom's as early as noon. sebab hubby agak busy for the day; dgn kete juara dia tersadai, site visit etc. at 5pm, start masak buttered rice. takde teringat plak nak tanya adik2 semua, sedap ke tak. mak balik keje awal semalam. tp ayah ttp ambik mcm biasa. so takde beza. hahahaha.. mak sempat ajak ayah gi ayamas, beli ayam percik. buat lauk utk gandingkan dgn buttered rice aku. since adik2 aku takde (angah keje, nina keje, erin ada xm, edry takleh drive), makanya, aku la pg beli kek. since erin tak bawak wahid sbb ayeep ambik dia, aku pun konon2 nak test driving skill, dgn setting dlm kepala yang wahid adalah makhluk manual. sekali masuk, laaaa...auto upernyer... tp sungguh aku terasa kerdil. maklum, dah lama tak bawak kancil. sek 9, mmg packed. dah la wahid tu degil ala-ala anak aku si darling tu. punya la lama nak tunggu dia menyetartkan diri. nasib baik aku hebat. hahahhahaha... cari parking kat area depan baker's cottage mmg payah. 4, 5 kali pusing, siap marah honda city kaler gold, sebab bodo2 parking kat laluan utama (blkg kete org yg elok di parkir), dan akhirnya dpt juga park bontot dulu betul2 depan baker's cottage. ngam2 parking, adik aku call.. 'kak, a-een dah bangun, cemana ni?' ah sudahhhh! aku suh dia main2 dgn a-een kejap. buat la apa yg patut. sib baik dia ok (both a-een & edry). edry terpaksa la berusaha, sbb dia kirim mcm2 plak kat baker's cottage tuh.. bila aku balik, budak2 semua ok. yeay! edry hebat. hehehehehe...

konon nak start majlis kul 6.30pm. tp gedebuk gedebak, kul 7++ juga mulanya. tunggu angah + family dan nina yg br abih meeting (dr putrajaya, pon missed the main event; nyanyi2 & tiup lilin).

overall, saya suka!!!!

happy birthday ayah.
happy birthday angah.
happy birthday adik.
happy birthday a-een.
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online