Salam AidilFitri 1431H.
dah raya rupanya. 10 hari terakhir ramadhan, aku diserang bendera merah. bengkek juga la.. tp apakan daya, itu qada' dan qadarNya, kan? kot takde dibagi bendera merah tu kang, dah terganggu pulak sistem dalaman badan kita ni, kan? org perempuan ni sangat kompleks kejadiannya. tapi sangat indah. (ya..ya, aku puji diri sendiri..).
anak dara aku, si erza dalia berjaya mempuasakan diri selama 20 hari setengah. dah hujung2 dia byk terkantoi dgn masakan aku yg tak brp istimewa tp sedap dan marvellous di mata dan hidung dia. takpe. she's only 6.
ada cerita best yang nak dikongsikan bersama. malam raya, aku konon2 nak try last minute bargain di Kompleks PKNS shah alam. pergghhhhh!!!! lautan manusia, jgn cuba2 nak tanya aku mcm mana keadaannya! namun, disebabkan si kecik ensem aku lom ada baju raya (ni kes lengah2 punya pasal, takmo follow up dgn kedai baju dan angah yang salah informasi....haih!!) dan aku pun masih mandom2 sebab takde baju kebangsaan kebanggaan, maka ku redah juga lautan manusia di situ. yang menjadi cabaran, aku terpaksa mengangkut no 2 dan no3 bersama (yad dan darling) sebab no 1 dan no 4 tido, jadi papa malas nak angkut semua. so, papa dan anak2 yg tido tunggu dlm kete yang berhawa dingin sambil mendengar lagu2 best dari cd KRU ULTIMATUM. takpe..takpe..
nak masuk je, aku rasa ada 10 minit beratur. ya Allah..memang giler punya ramai org yg suka shopping last minute di kompleks pkns ni! long story short, after about 45minutes (kot laa..) cari2 dan ushar2 dan kemudian membeli, siap jumpa jiran lama yang bukak booth jual bj melayu lagi, dengan si darling yang kejap2 nak dukung, kejap2 nak lepas, kejap2 memberatkan diri dan kejap2 hilang di balik gantungan baju2 kurung cantik dan menarik, maka kami pun bergerak keluar. melalui jalan sama yang kami masuk tadi, barisan agak panjang dgn para insan yang mahu masuk dan keluar. kebetulan pulak, ada peniaga yang dah nak balik juga melalui jalan yang sama maka satu lane dia dah conquer dgn rak2 baju dia. disebabkan aku bawak anak, maka aku menahan sabar. biasa, mahu tunjuk contoh yang baik pada anak2. si darling ku kendong dan si ziyad aku pegang kemas di hadapan aku. bergerak amat perlahan, mata tetap melilau kot2 ada yang menarik atau terjumpa manusia yang aku kenal. sambil2 deria rasa menjadi extra peka sebab bawak handbag yang dah terkebelakang sebab dukung darling. bukan la ada duit banyak sangat pun, tp dokumen penting tu yang utama dirisaukan. mujur la handbag aku bukan berjenama. malah dah tanggal2 kulitnya. mungkin itu jadi penyebab tidak menarik untuk dicopet! hushhhhh... mulut cabul! dalam pada gerakan yang slow-mo itu, aku terasa ada tolakan di belakang.
aku sound 'saya bawak budak!'.
mula2 slow, lepas tu ada 2 manusia ni (couple, malay) main redah je barisan tadi, mahu memotong queue.
aku sound lebih keras, 'aku bawak budak ni. tak payah la redah2, org lain pun nak balik jugak!'
si minah memandang kerek pada aku. aku balas pandangan dia dengan jegilan.
pastu dia berbunyi, 'cakap elok2 sikit tak boleh ke?'
ehhhh!!!??!!! dia sound aku balik???
aku balas, 'abih, perangai awak tu yang main redah2 je tu, elok ke?' sambil angkat2 kening aku bercakap.
dia dah nampak macam nak berhenti dan mungkin nak bergaduh. oh man, how I was so ready at that time. why? because she was so skinny and i was very confident that i can put her down just with one smack! but lucky her, the man whose accompanying her shoved her away from the scene.
tapi, sambil berlalu dia dengan lancang nya berbunyi lagi 'sapa suruh bawak budak?!'
aih? sebagai seorang manusia yang bergelar ibu, agak2 la, aku naik hangin ke, tak?
lantas aku membalas, 'sukahati aku la nak bawak budak ke, tak. aku ada anak. ko takde anak apa sibuk??!!'
dia dah pusing belakang dah. aku dah mempercepatkan langkah untuk sampai pada dia. memang nak aku tembi muka dia yang penuh jerawat batu itu. nasib baik la laki dia (kot..ntah boipren ke, mana aku tau) tarik dia pergi. nasib baik juga aku ada bawak anak. nasib baik lagi, dia park kat sacc (myvi, kaler hitam). nasib baik aku tak nampak no plat dia. kot tak, memang dah bergaduh kat kompleks pkns di malam raya! oh yeah..!
aku, org boleh maki. tapi, kalau dah libatkan anak2, aku mmg tak boleh kompromi!
sampai di kereta, aku bgtau hubby. dan hubby, as usual akan geleng kepala sambil berkata, 'susah betul kalau dah ada darah banjar ni. nak bergaduh je kejenye..' heh!! nyampah plak bgtau dia. bukan selalu aku bergaduh. masuk ni baru 2 kali jek. (last time, kat shah alam mall, aku marah sorang makcik konon vogue yg umur dlm55 dan mungkin takde cucu, tgh makan dgn kawan dia yg muda sket dr dia kat laksa shack, sebab dia sound anak2 aku bising main2 kat apa jadah toy yang bleh naik kena masuk coin depan laksa shack tu. itupun sebab laki aku cabar aku. hahahaha). masa bujang lain laa.. ada la ntah brp kali ntah.. itupun sebab org kacau adik2 aku. bukti tu, aku ni penyayang orangnya. hahahahaha!
takpe, sebab sekarang dah raya, aku malas nak gaduh2 lagi. cuma perlu diingat, jgn jolok sarang tebuan ye. aku jenis yang susah nak maafkan orang. kalau jumpa balik minah dan org tua tu, hopefully diorang tak cabul mulut. sebab, takkan ada maaf next time, melainkan penampar hinggap di pipi. ya, aku ingat betul muka diorang.
sama kes mcm makcik2 aku yang maki2 mak aku dulu. sampai sekarang aku tak maafkan diorang. 2 org itu, memang aku benci, sampai mati. mak aku kata, yg lepas tu lepas la, jgn dendam2 sebab nanti hanya akan samakan aku mcm diorang (tengok! betapa baiknya mak aku). aku tau tu tapi hati aku memang panas. demi mak aku, depan diorang aku sangat tenang. mcm tak ada apa berlaku. sebab aku tak nak diorang kata mak aku tak pandai jaga anak. TAPI, andainya peristiwa itu berulang kembali, korang jgn lupa, darah yg ada dlm badan korang, yg kononnya menyebabkan korang bermulut lancang tanpa fikir panjang, ada juga mengalir dalam tubuh aku. bersedia aje lah. setiap detik dan butir peristiwa lalu masih segar dalam ingatan aku ni. tangisan korang, masa salam mak aku time raya, hanya lakonan. i can see it! salam konon.. mintak maaf, tp belakang, bunyi2 jugak.. jgn ingat aku tak tau.
makteh dan maktam aku (adik2 ipar ayah aku, biras mak aku), mungkin tau dan mungkin tak tau cerita. tau, mungkin dari side sebelah sana. takpe. moga diorang tak alami masalah sama mcm mak aku. maktam aku, hebat orgnya. mulut dia, saper pun takleh lawan. lantang. tapi berpada. aku suka. dia pandai masak juga!!!! makteh aku, dlm keletah2 dia bersuara, hati dia lembut. mak aku kata, dia jenis yg simpan perasaan juga. ini dua org manusia yg aku sayang. aku sayang pak tam aku juga. dia baik. dia tak suka campur hal org. dia tenang orangnya. dia pandai melukis, mcm ayah aku. malah, dia juga kelihatan mcm ayah aku! cumanya, dia kurus, ayah berisi! anak2 diorang (sepupu aku) pun aku sayang. diorang budak2 baik. sopan dan berbahasa. bagus. ambik yang baik je, adik2! yang buruk campak jauh2 ke laut sana!
(makteh, kes cik imah dulu, masa nenek blom sakit, era tau..)
p/s: makteh aku baca blog aku ni weiii!! hahahahaha.. sayang makteh!!
No comments:
Post a Comment