Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, December 9, 2013

#PrayForPantaiTimur

Terlibat dalam menguruskan bantuan untuk mangsa banjir di Pantai Timur memberi banyak pengalaman berharga dan kenangan manis. Sungguh aku berbangga. Walau tidak sehebat NGO berpengalaman mengurus dari A sampai Z, dari KL ke Kuantan; aku tetap berbangga. Mendapat sokongan dan curahan sumbangan dari sahabat handai, malah juga menambah kenalan, memanjang silaturrahim, ianya adalah satu pengalaman dan perasaan yang sangat indah. Rakyat Malaysia masih ramai yang prihatin. Sesekali bumi bertuah ini diuji Maha Pencipta, ternyata setiap kali itulah perpaduan utuh terserlah jua. 

Hari ini matahari menampakkan sinar gemilangnya. Berita baik juga diterima bahawa sudah ramai mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing. Menonton Buletin Utama sebentar tadi membuat air mata ku bergenang. Kasihannya mereka yang dilanda musibah. Pasca bah memberi satu lagi ujian; mencuci rumah. Allahu. Semoga mereka  dikurnia kesabaran yang tinggi. 

Gambar-gambar ini antara sumbangan bantuan yang berjaya kami kumpul dan hantar. Jika saja anak-anak aku yang lima ini sudah cukup dewasa, pasti aku turut sama mengharung air bah, menyinsing lengan untuk membantu. Ya. Tuhan juga menguji aku di sini; mahu menurut hati, atau mengguna akal yang diberi. 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang menjadi sukarelawan. Kalian menjadi idola dan ikutan. 
Terima kasih berganda untuk mereka yang memberi sumbangan. Moga Allah jua beri balasan. 











Sunday, November 17, 2013

Sakit telinga

Huwaaaa!!

Sakit weh telinga aku. Belah kiri. Nak makan pun susah ni. Dah seminggu dah ni!!

Dah pergi poliklinik, doktor cakap takde jangkitan apa-apa. Hanya ada 'hardened wax' je. Eh..pedulik lah geli ke tak. Ni mesti gara-gara suka cuci telinga dengan cotton bud. Tapi aku tak puas hati la dia kata ada hardened wax je. Tahi telinga keras boleh buat bunyi berdesing, gatal-gatal, rahang sakit &
berdenyut-denyut ke? Macam-macam dah aku try ni. Buh Soluwax, tak jalan. Buh minyak kelapa dara, cuci dengan air suam, pun tak jalan jugak. Rasa macam nak drill je telinga aku ni. Hellllllppppppp!Tension laaaa!


Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Hijrah.

Apa maksud hijrah? Mengikut kamus dan pemahaman kita, maksudnya berpindah. Diambil dari perkataan arab 'Hajara' yang bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu ia juga memberi maksud, 'berubah'. Berubah dari yang buruk kepada yang baik, dari negatif ke positif.

Namun dalam konteks Islam, ianya merujuk pada kisah perpindahan Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w dan para sahabat dari Makkah ke Madinah dalam usaha memperkukuh dan memartabatkan perjuangan Islam.

Pasti semua masih ingat akan lagu Maal Hijrah yang biasa kita dendangkan setiap tahun sewaktu zaman persekolahan, kan? Malah akan diadakan pertandingan nasyid seluruh daerah, hingga ke negara menyambut nya.

Apa pula signifikan yang dibawa oleh maksud Hijrah itu dalam dan pada diri kita?

Lihat wajah dan diri kita di cermin hidup. Apa yang telah kita perbuat? Apa yang telah kita lepaskan? Apa yang telah kita capai? Cukupkah syukur yang kita panjatkan kepadaNya?

Lengkapkah solat kita lima waktu sehari semalam? Cukupkah amal jariah kita pada anak, keluarga, jiran, sanak saudara, sahabat dan alam? Sudah berapa lembarkah ayat Allah kita jadikan pembuka hari dan penutup kalam? Syahadah yang kita ucap setiap solat, adakah benar menusuk kalbu dan kita faham?

Belum cukup. Masih banyak lagi khilaf yang kita lakukan tanpa sedar. Malah lebih teruk kita pura-pura tidak sedar. Kita masih menipu diri sendiri. Secara tak langsung, kita yang membinasakan diri kita sendiri. Bagaimana mungkin kita mengatakan yang kita sudah dan bersedia berhijrah jika sesuatu yang semudah ini tidak dapat kita laksanakan seikhlas hati?

Fahami isi Al-Quran. Setidaknya makna bacaan dalam solat. Sebagai satu langkah permulaan untuk hijrah kita. Berusahalah. Cari kefahaman itu. Belilah Tafsir atau Quran terjemahan. Untuk 'beginner' boleh beli di http://goo.gl/nTK0Cs atau untuk lebih memahami dan menguasai tajwid, beli di http://goo.gl/Mr74Zp.

Bersama kita mengejar rahmat Allah. Berpusu untuk menjadi hamba kesayanganNya. Berbondong meramaikan ahli SyurgaNya dengan ahli keluarga kita. Berebut mengumpul pahala.

Salam Ma'al Hijrah.
Semoga kita semua di bawah lindungan dan rahmatNya.

Thursday, October 31, 2013

Kurus? Bahaya!

Nak cepat kurus? Itu bahaya. Kenapa nak cepat kurus? Masa melantak makan tak terfikir pula kan?

Aku bercakap melalui pengalaman. Aku juga pernah cecah lebih 100kg. Tak payah nak cakap belakang.

Ni, aku nak bercakap tentang lambakan produk pelangsingan badan. Macam-macam jenis bersepah di pasaran. Baik online mahupun offline.

Terbaru, produk Figure Up.



Akhabar The Star juga telah melaporkannya (di SINI)

Begitu juga dengan amaran dari Kementerian Kesihatan Brunei tulisan Dr. Zubaidi Hj Ahmad (di SINI)

Takut tak?

Aku pernah cuba macam-macam produk, sebenarnya. Yang paling mengarut pada aku ialah SD-II. Yang aku suka dan sangat berkesan pada aku ialah Jus Mate 5. Shake paling best pada aku ialah Herbalife cappucino.

SDII mengarut (pada aku) sebab katanya boleh makan apa saja. TAPI tak boleh makan yang berasaskan tepung gandum, beras, minyak, gula. Dah tu apa kebendanya 'apa saja' tu? Baiklah diet sendiri beb, dari membazir beratus RM macam tu. RM1xx untuk seminggu, sebulan dah berapa? Kot ye pun nak lariskan produk, jangan buat advert yang mengelirukan dan menipu macam tu. Puasa lagi bagus. Dapat pahala juga.

intai-intai kosmetik terbaru di sini!

Herbalife, shake dia sedap. HAHAHAHA. Aku suka kopi dan cappucino itu sangat sedap. Aku tak teruskan sebab dia suruh minum dua kali sehari tapi aku bantai sampai empat kali. Teh dia pun sedap. Tapi aku masih menyusu badan dan anak aku sakit perut bila aku minum teh itu. Tu pun salah satu sebab aku tak teruskan Herbalife. Shaker pun cantik. HAHAHAHA. Maka, sebab tak '100% sesuai' dengan aku, aku putuskan bahawa ianya pun membazir jugak. Sengal!

Jus Mate 5? Produk yang bertanggungjawab menghilangkan 20kg+ dalam dua bulan aku ambil. Seminggu yang pertama memang akan sewel kejap sebab perut mesti keroncong gila rasa nak melantak je tapi kena tahan. Dua minggu lepas tu, duduk depan KFC pun takde selera nak makan. SERIUS! Once anak kecik aku ni dah berhenti menyusu (genap dua tahun umur dia, Feb 2014 nanti) aku nak start balik JM5. Nak dapat figure sihat. Senang nak berlari bersukan beriadah dengan anak-anak. Senang nanti nak panjat Broga atau Kinabalu (in sha Allah). Berat badan aku sebelum JM5 ialah 100kg+. Sekarang 80+. Aku ambil JM5, 4 tahun lepas. CUMA DUA BULAN. Dah tu aku stop. Sampai sekarang tak mendadak pun berat badan aku. Orang pun tak percaya aku dah ada anak 5. HAHAHAHAHAHAHAH. Bangga tak? Tak bangga? Lantak kau lah. HAHAHA.

Pada aku (lagi) MO produk pelangsingan ni sebenarnya sama sahaja. MEMBANTU kita mendisiplinkan diri. Tapi kalau dah degil, rasa nak cepat kurus, nak cepat cantik, nak cepat itu ini, MEMANG takkan la. Niat itu penting. Niatlah nak jaga kesihatan, supaya tak menyusahkan ahli keluarga. Bayangkan kalau badan macam tong, terjatuh terpeleot, tak boleh bergerak, agak-agak siapa nak tolong ek? Kalau ahli keluarga kita badan jenis petite, kita je yang macam gajah, macam mana? Sakit sendi, sakit belakang, sakit itu sakit ini. SALAHKAN DIRI SENDIRI.

2002 aku jalani pembedahan slip disc. Lepas keluar bilik operation, nak pindahkan aku dari stretcher ke katil di wad, punya lah seksa dua nurse berserta ayah dan adik lelaki aku nak pindahkan aku. Aku belum kawen lagi masa tu. Rasanya tunang (sekarang dah jadi suami la) aku takde kot. Sedih pulak teringat ayah aku nak mengangkat anak dia yang berat ni. Itulah sparks nya. Hebat kuasa Tuhan kan? DIA bagi kesedaran sebegitu. Alhamdulillah.

Makanya, aku sarankan, kalau nak kurus, self discipline paling utama. HENTIKAN minum air manis bergula. Makan bersederhana. Puasalah Isnin & Khamis. Riadahlah. Main badminton dengan anak seminggu sekali pun dah ok. Main kejar-kejar dengan suami turun naik tangga pun ok. Jangan kerana nak cepat kurus, kesihatan tolak tepi, kebarangkalian kemudaratan dan isi kandungan suplimen tidak diambil tahu. Elok plan nak cepat kurus, cepat mati pulak jadinya. Haru!!

Sebulan puasa di bulan ramadhan aku turun 8kg. Senang, kan? DIA bagi petunjuk juga tu. Tapi, biasalah, manusia ni memang fitrahnya degil. Nak senang je semua, kan? Nafsu makan tu susah betul nak lawan kan? Aku juga masih yo-yo. Jom! Set kan iltizam. Perlahan-lahan berubah. Mulakan dengan minum air kosong sebotol sehari, kemudian dua botol sehari, dan seterusnya hingga tak ada air kosong rasa tak lengkap.

Semoga berjaya!

Friday, October 11, 2013

Madly in Love. Serius. Jatuh cinta.

Beauty is indeed everybody's dream. Regardless of gender and skin colour. Watch the video below, and mirror will no longer be your enemy. Seriously, you'll fall for it. Interested? Email me at eramate@gmail.com.

Suka tengok cermin?
Tak suka??!!??
Kenapa? Rasa tak cantik?

Hello.. Semua makhluk Allah ciptakan ada kecantikan tersendiri. Jangan risau itu.

Cumanya penampilan kita manusia ni lebih dititikberatkan pada pandangan manusia yang lain.

Maka!! Untuk itu, sila lah tonton video ini:-







Serius. Kalian akan jatuh cinta padanya.

Tak kira usia, mahupun jantina, ia memang memberi kesan yang menakjubkan.

Minat? Nak cuba? Email aku di eramate@gmail.com ok? :D
















Tuesday, October 8, 2013

Nothing really means EVERYTHING

Serius. Harith Iskander bukan sekadar berlawak dalam Lawak Ke Der bila mengatakan "when a woman says 'nothing' its actually EVERYTHING. Orang lelaki, terutama yang bergelar suami, SILA ambil perhatian. Tambahan lagi waktu puncak; seminggu sebelum haid. Waktu kritikal tu. Orang perempuan akan cepat panas, melenting dan mengarut. Kalau sang isteri tu marah-marah, jangan dipanjangkan isu yang jd hal tu. Kadang2, memang isu remeh. Tapi pada waktu puncak, yang remeh tu lah umpama Gunung Everest big deal nya!! Maka, jika isteri tengah berada di waktu puncak, bila di tanya kenapa dijawab 'nothing', bersedialah. Cantas marahnya dengan urutan lembut. Bagi alasan utk melegakan kepenatannya. In sha Allah, 'selamat'. :-)

Friday, October 4, 2013

Is it Garnier? Is it Olay? Nope..it's SKINCERITY!!!


Bertahun aku guna Olay Total Effects tu. Mengecewakan, aku tukar ke Garnier Sebelum raya aritu. Pun tak berkesan. 

Hasil godaan akak aku (klik kat sini) dan aku menggoda suami aku mintak sponsorship, maka aku dengan senyum lebarnya mengatakan di sini, Skincerity sangat MARVELLOUS!

Worth the price despite the small bottle.

Tunggu hasilnya selepas dua minggu pulak ekk.  ;-)

Sila email untuk mengetahui lebih lanjut ya. PM kat FB pon boleh!

Wednesday, October 2, 2013

Susahkah memahami aku?

Bila aku sudah mula mengetuk keyboard..

Susah untuk aku berhenti. Idea perlu dicurah segera agar tidak beku dalam benak kepala. Hingar anak-anak meski sesekali mengganggu konsentrasi, tidak aku hiraukan. Setidaknya sekejap.

'Beri peluang mama meluah rasa sebentar wahai anak-anak!' Getus hatiku. Namun hanya dalam hati.

Banyaknya kisah yang mahu aku coret, tapi tinta elektronik ini tidak peramah dengan aku.

*****    *****    *****     *****     *****     *****     *****     *****     *****     *****

Aku serius orangnya, jika membincangkan atau berbicara tentang hal serius. Pun begitu jika terlalu tegang, aku jadi rimas. Aku juga suka berjenaka. Ringankan kepala. Aku tak suka serabut. Aku lebih suka diam, jika topik perbincangan tidak ada kaitan dengan aku dan jika aku rasakan si penceloteh hanya buat cerita bodoh.

Aku mungkin tidak ada segulung ijazah, tapi itu bukan ukuran tingkat cerdik akalku. You'll be surprised. 

Aku tak suka disuruh. Diarah. Bukan nature aku. Aku dilahirkan untuk mengepalai, membimbing. Bukan mengikut, bukan menurut. Maka, hanya yang bijak boleh berkomunikasi dengan aku. Tahu bagaimana untuk menukar tona 'suruh' kepada 'minta'.

Tak susah pun kan?

Kenali aku sedalamnya, sebelum menilai bagaimana orangnya aku.

Kaabah dan lambaiannya..



Aku teringin nak pergi. Nak pegang pintunya. Nak merasa tawaf. Nak mencium Hajar Aswad.
Tapi belum waktunya.

Dia belum izinkan aku untuk jadi tetamuNya, mungkin. Dia mahu aku urus yang lebih memerlukan, daripada melayan kehendak dan keperluan diri. Dia mengajar aku agar tidak menjadi seseorang yang pentingkan diri sendiri.

Alhamdulillah. Aku faham, Ya Rabb.

Pun begitu tak salah rasanya untuk aku tetap berharap.

Semoga Kau permudah dan perkenankan.

Wednesday, September 18, 2013

Skincerity; Penyelesaian ajaib untuk kulit bermasa...

Pada awal kemunculannya, aku pun tertanya-tanya juga, apa benda alah ni yang kedengarannya sangat ajaib malah mudah pula aplikasinya. Akak angkat aku pun dok sibuk2 juga kata benda alah ni 'miracle solution'. Dia dah guna dan kesan ajaibnya terlihat hanya dalam LIMA hari. Ini tak boleh jadi. Dia dah lah cantik, ada benda ni, makin cantik lah dia. Jeles aku datang. Justeru aku pun rujuk En. Google. Perghh!!! Memang berderet la maklumat keluar dan tak ada satu pun yang negatif. Aku 'tanya' terus kat website mereka; Skincerity MalaysiaJawapan yg aku dpt  sangat cepat dan mempersonakan. 

Ini botolnya. 30ml. Macam botol perfume yg tanpa alkohol tu. Boleh sumbat dalam handbag. tinggi taoak tangan je. Miraculously, tahan sebulan beb.




 Dah beranak? Lima orang? 7 orang?? Kekulit oren ni memang biasa la beb. Fobia tgk cermin, kan? Ini yang buat aku tambah terpesona. 


Ini akak aku. Tengok open pores dia. Arrrggghhhh!!! Makin cantik, kan???? 



Ini testimoni dengan izin akak aku. JANGAN songlap!!



Hebat kan? 

Produk: Skincerity
Keluaran: Nucerity 
Harga aku jual: RM**0,(sila email aku atau tinggalkan email anda di shoutbox utk mengetahuinya ya. tq) kos pos percuma ke serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Setiap belian, RM10 akan aku sumbangkan pada Pertubuhan Membela Miskin Tegar Malaysia. (Yang jual harga murah, adalah stokis. Aku bukan. Aku baru nak berjinak-jinak.Yang jual murah gila tak masuk akal? Dah terminated. Berdosa potong rezeki orang.)
Kandungan: Roll On Bottle, 30ml.
Cara pakai: 
- (untuk muka) Gunakan sebagai masker sebelum tidur. Cuci muka dulu ya. Roll seluruh muka, dan tidur. Bangun esoknya (in sha Allah) sila bersihkan dengan air suam. Kot la mcm ni pun malas, tak payah bising2 lagi lah kalau muka tu kusam dan sembab. Omputih kata: you desereve it!

(untuk bahagian lain kulit) Roll saja di tempat yang bermasalah ituuuuu!!!!

Siapa boleh gunakan: Semua jantina termasuk bayi! 
Bahan/ kandungan utama: GRAPESEED OIL (google lah kegunaan dan khasiatnya!)


Nota: Sila maklum, produk ni berpusat di USA, dan hub terdekat ialah di seberang tambak. Akan dilancarkan pada Disember 2013 nanti. 

Pada anda yang berminat nak dapatkan produk 'ajaib' ini, sila tinggalkan email di shoutbox ya! Anda akan dihubungi secepat mungkin. Terima kasih.

Thursday, September 12, 2013

When a friend lost his dear sister; the only sister.

Please read http://www.nst.com.my/latest/bride-to-be-killed-in-crash-1.339024

The victim was a dear sister to my ex-classmate in SM Projek. I didn't know about it until a week later. I noticed something when he (my friend) updated his FB status in a weird-not-very-him way.

I wondered:-
'Why does he wants to perform Umrah for Nadia?'
'Why is he at the police station with two witnesses?'
'What witness?'

Then I started to stalk his FB. Then I got strucked. I befriended his wife too on FB but since she wasn't listed as close friends, and she was the one who updated her status about the lost, I didn't get the news fresh on the day it happened (having too much friends on fb sometimes causes me something bad too, eh?), even though my friend was tagged on his wife's status. I called him immediately. He was at the Police Station. He sounded so calm (as I know him very talkative and funny and cheeky). I can't help but cried. He said, 'Eh..dah lah tu, jangan menangis. Dah seminggu dah pun. Semua dah selesai.' I wanted to ask for more info but I couldn't speak properly. He wanted to call me back after he is settled with the Police but I declined. I can't bear it. I can't bear that he was so calm. It tore my heart apart. His only sister has passed on and he was so calm accepting it. Redha. Allahuakbar. I wish I will be as strong too.

Is dan Hanis,

Aku doakan semoga arwah tenang di sana. Dia baik. Walau aku tak pernah bertegur sapa dengan dia, gambar2 dia yang ceria tu sudah cukup menilai dan menceritakannya. Sampaikan salam aku pada kedua orang tua kau. Aku tak dapat bayangkan bagaimana penerimaan mereka. Pun begitu, dari reaksi kau, aku tahu, mereka lebih redha. Tenangnya kau, adalah refleks dari ketenangan orang tua kau.

Al-Fatihah.

Note: There's a page on Facebook called 'Jom Solat'. Created by arwah with a beautiful intention. Please 'like' and 'share'.

Pilu..Sayu

Kebelakangan ini semakin kerap nampaknya kedengaran berita yang kurang menyenangkan hati dan jiwa. Kes dera kanak-kanak acapkali menerjah muka depan akhbar dan tajuk utama berita dalam negara.

Apa sudah jadi dengan mereka yang mengaku manusia ini di Malaysia? Mana pertimbangan diri? Mana akal waras? Mana pegangan agama? 

Google sahaja 'kanak-kanak didera pengasuh' tak sampai 20 saat berderet berita dan ceritanya. Tu belum masuk yang di muat naik dalam youtube kes deraan melibatkan pengasuh dari seberang. Anak-anak yang patah kaki, tangan, malah ada yang meninggal dunia kesan dari kecederaan atau pendarahan otak akibat deraan pula, entah berapa ramai agaknya. Runtun hati aku yang beranak lima ni melihatnya. Setiap kali terbaca, pasti meluncur laju dari mulut aku ni keluhan istighfar dan 'ya Allah anak aku..' Sebab aku merasakan seolah anak yang kena dera itu anak aku. Tak dapat aku bayangkan kalau berlaku pada anak-anak aku. Memang salah langkah la pengasuh tu (kalau anak aku yang kena la..)

Terkini yang aku baca, kes di PJ, anak didera pengasuh yang duduk selang tiga pintu. Macam !@#$. Ketiak dan punggung anak tu dicubit dengan kuku sampai luka-luka. Pipi ada kesan rotan, bengkak. Tolonglah bawak si pendera tu jumpa aku, aku nak lempang dia berkali-kali. Pedulik lah dia ada sakit jantung ke tak. Sakit hati aku membacanya. 

Bodoh agaknya mereka yang suka mendera kanak-kanak ni lah. Haiwan jelmaan. Sakit mental. Tak layak digelar manusia. 

Friday, June 14, 2013

Untuk peminat bolasepak tempatan

Aku sokong Red Giants.
Kadang2 sokong Red Warriors.
Kadang2 JDT.
Kadang2 sokong Yeop.


Nak jersi ori? Klik SINI

Okeh?

Monday, April 1, 2013

Jangan berkias dengan lelaki..

Ahh.. tulisan ini tidak menjurus atau merujuk secara khusus pada mana-mana lelaki. Sekadar lampiasan umum.

Seorang lelaki pernah memberitahu bahawa jangan suka berkias dengan orang lelaki, tidak akan fahamnya mereka itu dengan maksud tersirat wanita. Dr. Fadzilah Kamsah juga ada memberitahu perkara yang sama. Seorang sahabat sekolah juga pernah memberi 'amaran' serupa, "lain kali jangan berkias-kias dengan kitorang. Cakap direct sahaja".

Aku senyum.

Ternyata ianya benar. Namun, orang lelaki BUKAN tidak faham maksud kiasan orang perempuan. Mereka faham. Cuma mereka MALAS nak layan emosi maka mereka akan buat-buat tidak faham, dengan harapan orang perempuan faham yang bahawasanya mereka itu (kononnya) tidak faham. Ehh..mereka juga berkias di situ, kan?

Pun begitu, perlu diingat, hanya lelaki yang BIJAK sahaja akan bertindak sedemikian; pura-pura tidak faham. Jika anda bertemu dengan lelaki sebegitu, hati-hati dalam bangga. He knows how to manipulate and he too knows how to tolerate. Tetapi, jika anda bertemu dengan lelaki yang sungguh-sungguh tidak faham akan apa yang anda kiaskan walau sedikitpun, sila tarik nafas panjang-panjang, kerana pada aku lelaki itu memang sengal.

Oooppss!

Wednesday, February 27, 2013

Zikry Erza is 1


Genap setahun 23 Feb lalu. Sudah ada dua batang gigi. Masih menyusu badan. In Sha Allah akan diteruskan sehingga usia dua tahun. Sekarang, saat catatan ini ditaip, beliau sedang ralit dalam pelukan aku. Demam. Bersilih ganti dengan abang-abang dan kakak-kakaknya, & 'on' 'off' sejak Ahad lepas.

Si bongsu yang manja. Bila tak sihat, melekat dengan mama saja!

Bila lama tidak 'berlagu..'

Uhhh... Lama juga tinggalkan blog. Masa tak mencemburui aku. Aku yg terkejar-kejar mencari ruang masa. Anak dah lima beb. Yang mana sekolah, yang mana masih perlu dibasuh berak kencing, yang mana masih perlu disalin lampin dan menyusu. Ya. Aku sibuk dengan urusan kerja rumahtangga yang 24jam takkan habis. Dan bila ada kerja luar mengundang, aku sangat2 berharap aku ada lebih dari 24jam sehari. Sungguh tak menang tangan kaki! :)

Hujung minggu ni aku ada tugasan sebagai emcee. Askar2 yang berempat aku hantar 'berkhidmat' di kampung Ayah aku. Ohh.. bukan di bawah jagaan kedua orang tuaku, tetapi makcik2 aku. Sungguh aku bersyukur, bila mereka sudi membantu untuk tengok2kan anak2 aku; cucu2 saudara mereka. Ada juga faedahnya bila aku rapat dan membesar bawah jagaan mereka masa kecil. Asal saja cuti sekolah, Ayah akan hantar aku ke kampung. Kesannya, aku ada rasa sedikit bangga, bila aku mengekalkan silaturrahim  ini hingga dewasa dan berkeluarga. Aku juga bangga dan terharu, bila mereka menyayangi anak2 aku. Mereka juga pernah berkata, andai aku dan suami nak ke Tanah Suci, mereka sudi menjaga anak2 kami ini. Terima kasih. Kakak doakan acik berdua sihat dan di lindungi Allah selalu. Benarlah, bila kita mudah memaafkan, menjaga hubungan kekeluargaan, Tuhan memudahkan urusan seharian kita. Aku sayang Acik Ros dan Acik Kam aku. Waktu aku darjah 6, aku dianugerah sebagai pelajar terbaik B. Inggeris dan Muzik. Ayah dan mak kerja, dan acik2 ni lah yang menjadi peneman dan saksi aku naik ke pentas penyampaian hadiah. Acik Ros juga yang bawak aku merasa naik komuter buat pertama kali masa sekolah dulu. Acik Kam ajar aku masak2, menggosok dengan seterika bara yang berat ya amat tu, juga menjahit sikit2.. Acik Ros ajar aku baking2. Arwah nenek ajar tangkap ayam, dan cabut bulu ayam. Ajar cabut batang ubi kayu juga. Nostalgic!

Tak kisahlah akan cerita suram antara keluarga. Mak aku pesan, kalau sayang dia, jaga air muka dia. Kenapa? Sebab lumrah manusia, kalau ada salah dibuat, tak tuding jari pada si pembuat dosa, tapi pada mak ayahnya juga.. 

Kan?


There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online