Ahh.. tulisan ini tidak menjurus atau merujuk secara khusus pada mana-mana lelaki. Sekadar lampiasan umum.
Seorang lelaki pernah memberitahu bahawa jangan suka berkias dengan orang lelaki, tidak akan fahamnya mereka itu dengan maksud tersirat wanita. Dr. Fadzilah Kamsah juga ada memberitahu perkara yang sama. Seorang sahabat sekolah juga pernah memberi 'amaran' serupa, "lain kali jangan berkias-kias dengan kitorang. Cakap direct sahaja".
Aku senyum.
Ternyata ianya benar. Namun, orang lelaki BUKAN tidak faham maksud kiasan orang perempuan. Mereka faham. Cuma mereka MALAS nak layan emosi maka mereka akan buat-buat tidak faham, dengan harapan orang perempuan faham yang bahawasanya mereka itu (kononnya) tidak faham. Ehh..mereka juga berkias di situ, kan?
Pun begitu, perlu diingat, hanya lelaki yang BIJAK sahaja akan bertindak sedemikian; pura-pura tidak faham. Jika anda bertemu dengan lelaki sebegitu, hati-hati dalam bangga. He knows how to manipulate and he too knows how to tolerate. Tetapi, jika anda bertemu dengan lelaki yang sungguh-sungguh tidak faham akan apa yang anda kiaskan walau sedikitpun, sila tarik nafas panjang-panjang, kerana pada aku lelaki itu memang sengal.
Oooppss!
The common rain and shine of mine
I'm living my life fully, where once people thought I couldn't even crawl to the stage I am now. I'm being grateful for what I have been given, so far. I love my life, I love my husband, my four beloved angels, and of course my parents and siblings. It's not easy to be me, so please don't make any judgements! Allahuakbar.
Monday, April 1, 2013
Wednesday, February 27, 2013
Zikry Erza is 1
Genap setahun 23 Feb lalu. Sudah ada dua batang gigi. Masih menyusu badan. In Sha Allah akan diteruskan sehingga usia dua tahun. Sekarang, saat catatan ini ditaip, beliau sedang ralit dalam pelukan aku. Demam. Bersilih ganti dengan abang-abang dan kakak-kakaknya, & 'on' 'off' sejak Ahad lepas.
Si bongsu yang manja. Bila tak sihat, melekat dengan mama saja!
Bila lama tidak 'berlagu..'
Uhhh... Lama juga tinggalkan blog. Masa tak mencemburui aku. Aku yg terkejar-kejar mencari ruang masa. Anak dah lima beb. Yang mana sekolah, yang mana masih perlu dibasuh berak kencing, yang mana masih perlu disalin lampin dan menyusu. Ya. Aku sibuk dengan urusan kerja rumahtangga yang 24jam takkan habis. Dan bila ada kerja luar mengundang, aku sangat2 berharap aku ada lebih dari 24jam sehari. Sungguh tak menang tangan kaki! :)
Hujung minggu ni aku ada tugasan sebagai emcee. Askar2 yang berempat aku hantar 'berkhidmat' di kampung Ayah aku. Ohh.. bukan di bawah jagaan kedua orang tuaku, tetapi makcik2 aku. Sungguh aku bersyukur, bila mereka sudi membantu untuk tengok2kan anak2 aku; cucu2 saudara mereka. Ada juga faedahnya bila aku rapat dan membesar bawah jagaan mereka masa kecil. Asal saja cuti sekolah, Ayah akan hantar aku ke kampung. Kesannya, aku ada rasa sedikit bangga, bila aku mengekalkan silaturrahim ini hingga dewasa dan berkeluarga. Aku juga bangga dan terharu, bila mereka menyayangi anak2 aku. Mereka juga pernah berkata, andai aku dan suami nak ke Tanah Suci, mereka sudi menjaga anak2 kami ini. Terima kasih. Kakak doakan acik berdua sihat dan di lindungi Allah selalu. Benarlah, bila kita mudah memaafkan, menjaga hubungan kekeluargaan, Tuhan memudahkan urusan seharian kita. Aku sayang Acik Ros dan Acik Kam aku. Waktu aku darjah 6, aku dianugerah sebagai pelajar terbaik B. Inggeris dan Muzik. Ayah dan mak kerja, dan acik2 ni lah yang menjadi peneman dan saksi aku naik ke pentas penyampaian hadiah. Acik Ros juga yang bawak aku merasa naik komuter buat pertama kali masa sekolah dulu. Acik Kam ajar aku masak2, menggosok dengan seterika bara yang berat ya amat tu, juga menjahit sikit2.. Acik Ros ajar aku baking2. Arwah nenek ajar tangkap ayam, dan cabut bulu ayam. Ajar cabut batang ubi kayu juga. Nostalgic!
Tak kisahlah akan cerita suram antara keluarga. Mak aku pesan, kalau sayang dia, jaga air muka dia. Kenapa? Sebab lumrah manusia, kalau ada salah dibuat, tak tuding jari pada si pembuat dosa, tapi pada mak ayahnya juga..
Kan?
Sunday, November 4, 2012
5
Kejap..kejap..
Layan video si no. 4 (Aeen) dan no. 5 (Zikry) main drum (snare je pun..complete set ada di studio). Aku nak spring-cleaning. Banyak betul sawang habuk bagai dalam ni. Vakum pun tak clear setahun ni. HaHa!
Aku sangat sibuk. Sibuk dengan yg 5 ni. Sibuk dengan 5 hari seminggu jadi supir. Sibuk dengan kerenah 5 askar wataniah. Sibuk dengan urusan event 'A' yg cuma ada 5 bulan untuk settle sejak bulan 5 kelmarin (terbatal juga akhirnya, belum masanya lagi agaknya. DIA suruh aku urus yang 5 di rumah dulu). Entri yg ini pun dah ambik masa lebih 5 puluh minit nak tulis. Libang libu!
Oh, ya..Insya Allah dalam masa 5 bulan lagi, akan urus satu lagi event. Wilayah tengah, utara dan selatan. Doa2kan agar semuanya dipermudahkan. Doa2kan agar aku tidak menyusahkan mana2 pihak. Doa2kan juga, agar aku bijak membahagi masa. Doa2kan juga anak aku yg 5 ini sihat hendaknya agar aku tak terlalu bimbang sewaktu mengurus acara. Doa2kan juga supaya aku tetap Era yg biasa, agar ego tidak memijak kepala, lebih tinggi dari yg seadanya.
Tuesday, July 17, 2012
Peluang bertemu dan mengutip ilmu dengan YABhg Tun. Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Dah pernah bersua muka bertentang mata bergelak ketawa dan mendengar bicara hati ke hati dengan wanita lemah lembut bernama Tun Hasmah? Tun Hasmah lah..isteri Tun Dr M. Tak kenal memang nak kena ketuk la..kan? ;)
Jom laa... peluang tak selalu datang ni tau...
Hanya RM20 je yuran penyertaan. Kutip ilmu di bulan Ramadhan, bestnya lah. Tidak terhad untuk wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak je tau.. Single ladies juga di alu2kan. Ilmu kekeluargaan tak terhad untuk mereka yang dah berkeluarga saja. Ilmu ni persediaan masa depan. Bekal akal menambah pengetahuan.
Kalau berminat, sila hubungi saya di eraneerusli@gmail.com ya...
p/s: bayar rm20, dapat goodies harga lebih rm100, boleh jumpa Tun Hasmah pulak lagi.. silap2 Tun M juga menjengah sama..huiiiii...seronoknyaaaaaaaaaa!!
Ramadhan dan ladang pahala
Dari: Pn. Fauziah Khalid (0126958423)
Salam sahabat fillah…..just a small note to share and hrp dpt dipanjang2kan……
I have join this charity team since last 3 yrs sebagai penyumbang sehelai dua baju baru utk anak2 yatim utk dipakai di pagi Syawal.
Since last year (2011) I hv been an active committee member (one of the 10 hardcore) in this team. Konsep kami mudah.....mengumpul baju2 baru (bukan baju terpakai dan bukan juga wang tunai) dr kwn2 dn relatives. Before that kami akan dptkn rumah2 anak2 yg memerlukan bantuan dan ambil ukuran baju.
Dan dlm tempoh 3 tahun ada lebih dr 100 rumah anak2 yatim dn org2 tua yg didlm senarai kami yg perlukan bantuan ini. So bila baju sudah dikumpul akan disampaikan pd anak2 mengikut rumah dan size utk mereka pakai di pagi Syawal......I really hope that all my friends here dpt berkerjasama dlm memanjangkan amalan yg mudah and yet besar ganjarannya InsyaAllah........For more details......pls read the web and can always call me for more info...... http://www.sehelaibaju.com
Ladang pahala sudah terbentang di hadapan kita.
Dari Syaaban ke Ramadhan begitu banyak yg boleh dikutip sebagai bekal perjlnan menuju dunia akhirat. InsyaAllah……
Sedekah itu umpama pohon yg akan bercabang tujuh, setiap cabang akan berdahan tujuh, setiap dahan akan berbunga tujuh,
Setiap bunga akan berbuah tujuh.
Last but not least from me…..
The power of giving…….the more u give….the more u get…..”Itu janji Allah….dan Allah itu Maha Benar…….
Pasti dan pasti……….
p/s: andai ada sebarang pertanyaan atau juga sungguh2 mahu menyumbang, sila jgn segan utk hubungi Pn. Fauziah Khalid (0126958423)
Karipap? Curry Puff? No..its kariPOP y'alll!!
Karipap ekk..? Luaran je. Dalaman adalah sangat fantastic da bomb! Sapa la yang pernah terfikir nak buat cenggini ekk? I bet they had their mind almost exploded when they came up with this. Western stuff with eastern touch is common. But the other way around? Haiyoohhh!! Terbaekk....
Mereka yang tekak memang western, tp nak jugak selit exotic taste of local food, this is it!
Citer banyak takmo. Tengok, kalau rasa2 air liur dah nak meleleh, sila hubungi mereka untuk buat order.
Di SINI!!!
Saturday, June 16, 2012
Menjelang 27 Rejab; Peristiwa Israk Mikraj.
Apa itu Israk Mikraj?
Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
Manakala Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.
Apakah peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan istimewa* Nabi Muhammad s.a.w itu?
Kita hayati bersama:-
*istimewa kerana ianya berlaku hanya dalam satu malam
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj
Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh
fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa
dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang
diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah
tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di
Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya
terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi
Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh
dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama
surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat
di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu
kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah
buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang
menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu
Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid
al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid alHaram hingga ke hari ini.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat
Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia
ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi
peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan
mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga
tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan
kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan
Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang
muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua
masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan
penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia
terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk
menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan
peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam

Wednesday, June 13, 2012
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Labels:
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
sawang di blog..
heh.. lama sangat rasanya tak update entry. banyak urusan. rumahtangga, anak2 dan sesekali kerja luar.
sehingga hujung tahun, aku ada 6 (termasuk 2 yg masih menunggu confirmation) urusan event & sponsorship yg perlu diberi perhatian. rezeki jgn di tolak. tp kalau aku tak larat, mmg kena tolak juga 1, 2 agaknya. duit bukan segalanya. tp segalanya memerlukan duit. huhu..
till we meet again..insya Allah...

Subscribe to:
Posts (Atom)