Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Saturday, December 31, 2011

2011 dalam kenangan..

Apa yang berlaku sepanjang 2011? banyak...365 hari yang penuh suka duka.

2011, pertama kalinya aku merasa sayu kaki anak dara kedua aku patah.. hari pertama Ramadhan pulak tu. nakal sungguh...dan baru2 ni, abang dia pulak patah... patah tangan. Macam betul2 patah je, kan? Tapi syukur, cuma retak sikit. Bersimen la jugak!

2011 juga pertama kali menjejak kaki ke negeri di bawah bayu; negeri kelahiran suami tercinta, sejak 8 tahun usia perkahwinan kami. seronok? Tuhan aje yang tahu!

2011 juga memberi khabar gembira bilamana aku disahkan mengandung anak ke 5. haaa.. ke 5. kenapa? tak percaya? :p Ini juga bakal anak terakhir. Doktor suruh aku 'resign' beranak. sebab masuk kali ni, akan jadi 3 kali berturut aku kena operate. Sudahnya, doktor cakap, ikat jek. Wokeh! aku pun takde banyak bunyi. Lagipun, aku banyak perancangan selepas ni.

~Aku nak jejak ke Makkah, sebelum 2020~

~Aku nak genggam segulung ijazah, sebelum atau pada 2020~ 

Pun begitu, penutup 2011 aku sangat indah..



Kerana ini:-





Tuesday, December 13, 2011

Mutiara oh Mutiara!!!



butang baju melayu. cantik, kan?





rantai tangan.


 Yang kat bawah ni, loket mutiara air tawar. Ikat dengan silver, ya.. Harga, RM30 each.




Semua harga yang dipaparkan adalah TIDAK termasuk kos pos ya.. Beli 2 barang, kos pos adalah percuma. Mohon email pertanyaan/ order anda terlebih dahulu untuk memastikan stok ada. Terima kasih.

Friday, December 2, 2011

Solat..hukum & azab melewat-lewatkannya.

Dari Abdullah bin Mas'ud, mereka telah bertanya Nabi s.a.w, "Amalan manakah yang paling utama? Nabi :saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" [Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih #2782]

Hadith diatas ini menjelaskan bahawa solat fardu hendaklah dilakukan pada waktu-waktunya. Ia menjadi makruh (menurut setengah2 ulama') apabila seseorang yang melewatkan solat itu meninggalkan solat berjemaah, dan boleh menjadi haram jika dia bersolat pada waktu-waktu yang diharamkan bersolat.



~sumber: Al-Ahkam.net~
Azab melewatkan solat:-

5 azab di dunia
1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya
2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya
3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik
4. Doanya tidak dimakbulkan dan;
5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.
3 azab ketika hendak mati kelak
1. mati dengan keadaan aib
2. mati dalam kelaparan dan;
3. mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu.

3 azab di dalam kubur
1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur
2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam.
3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit.
~sumber: mohdazhan.com. tq!~




LAGI, DI SINI  (Aku suka melawat blog ini, untuk belajar. Masih banyak yang aku perlu tahu.)


 Cerita tauladan dan kisah benar sebagai iktibar. 


Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar..kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini.Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

       Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah.. Keadaan ular tersebut amat menggerukan.

       Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya). Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar …

         Mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

         Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur)

       . Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu.Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.


     Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat.
Bagaimana kalau tak solat..?



Salah..

Aku pernah senyum sinis, membaca status atau komen di FB seorang kenalan adik, bila mengetahui melalui adik aku, yang si polan itu dulu 'menyetan' juga. Pernah juga geleng kepala, bila mana ada status updates dari kawan2 dan/ atau kenalan yang sekenal aku, tak begitu bagus 'amalan' nya, tapi memohon dan mengharap belas dari Allah s.w.t.

Sangat kejam dan keji, rasanya tindakan aku itu, kan? Siapa aku untuk mencebik? Mengherdik? Berpaling dan menjuih bibir kerana jelek? Walau si polan orangnya 'hectic', terbuka, dikenali kerana sikap suka huha-huhanya, namun tindakan beliau mengharap kasih dan ihsan dari Yang Satu adalah mulia, kan? Setidaknya dia tidak memohon dan bergantung harap pada yang selain penciptaNya, kan? Sekurang-kurangnya dia masih saudara seagama aku, kan?

Bunyi macam sangat hipokrit.

Ya.. ada yg melabel aku hipokrit. Sia-sia. :) Seolahnya sangat mengenali aku, sedangkan tidak sedikitpun ambil peduli tentang aku. Katanya, dengan harapan aku berubah.

Persoalannya, tahukah dia aku berubah? Atau setidaknya cuba untuk berubah? Sedarkah dia akan aku yang dulu dan sekarang jauh berbeza? Mahukah dia meletakkan dirinya di situasi yang sama, sedang dia juga BARU berubah? Jauh di sudut hati, ingin sangat aku doakan, agar dia merasa apa yang aku rasa. Tapi itu tidak harus.

Maka aku hanya akan terus bersetuju:-

Manusia. Itulah hakikatnya.

Aku tahu apa yang aku pernah buat itu salah. Memang sangat salah. Menegur kesilapan bahasa dan ejaan bahasa inggeris teman dan kenalan juga, salah. Biarlah mereka terus-menerus salah, asal aku tidak menyakitkan hati mereka. Berdiam diri, lebih baik. Orang tanya, baru jawab. Ok? :)

Tuhan telahpun menghukum aku dengan apa yang berlaku pada aku. DIA menyebabkan aku disinis, dipandang jelek, malah juga dicebik. FAIR PUNISHMENT.

Allah itu maha adil.

Kena tegur

Suatu waktu dahulu (macam lama sangat!)...

Aku suka fwd2 email, yang aku rasa bermanfaat. Nak2 lagi, yang berbau islamik. Apatah lagi yang di akhir emailnya, ada diselitkan sabda Nabi S.A.W:-

"Sampaikanlah pesanku, walaupun hanya satu ayat."

Mesti ada yang pernah buat, kan? Ya, aku faham, niat kita baik. Tapi dalam niat baik itu, ada sedikit perasaan malas. Malas untuk menyemak dan memastikan bahawa pesa atau dalil yang disebut dalam kiriman email tersebut, sahih atau tidak, benar atau memesongkan. Betul? Aku juga begitu, sebelum ini.

Satu hari, aku terima email balas dari makcik suami aku. Beliau bertanya, dari mana datangnya hadis tersebut (aku tak ingat email yg aku fwd tu berkenaan apa) dan apa dalil yang sahihnya. Terus aku jadi terpukul. Lantas dengan cepat aku cari (google, terjemahan quran etc) mana datangnya, hadis dan siapa yang meriwayatkannya.

Semenjak dari itu, andai aku dapat email sedemikian, pasti aku akan cari sumber sahihnya. Aku dah terbiasa. Begitu juga kalau dapat khabar mengenai halal haram sesuatu makanan/ premis etc, aku akan terus ke laman web JAKIM. Alert and careful. Bahaya juga kalau sengaja sebarkan, tanpa sahih. Takut nanti niat baik kita utk ingatkan kawan2, jadi tuduhan memfitnah pulak.

See, teguran itu bagus, kan?

terima kasih kerana ingatkan aku..

..terima kasih sangat-sangat..

I appreciate it.

Orang kata, yang benar itu selalunya pahit untuk diterima.

Betul la tu.

dah terlambat untuk A, belum terlambat untuk Z..

...persoalannya, mampu atau tidak untuk mengejarnya..

Aku tak merasa jejak ke pentas graduasi, pegang skrol, pakai topi dan jubah siswazah, ambik gambar kebanggaan dgn mak ayah dsb. Ada juga rasa ralat dan terkilan, tapi dah terlambat. Dah terlambat untuk banggakan mak ayah aku untuk itu. Patutnya, dari dulu aku fikir sebegitu, kan? Tak habis-habis memberontak. Sudahnya, sendiri rosak.

Tapi aku bertekad, aku nak jejak juga ke pentas itu, pegang skrol itu, pakai topi dan jubah itu, demi membanggakan suami dan anak-anak.

Boleh ke, agak-agak?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online