Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, July 27, 2009

aku suka muzik, lebih2 lagi yang ada gorengan gitar bass..

ntah kenapa, aku suka dengar petikan gitar bass.

nasib baik laki aku musician, dan dia leh main hampir semua alat muzik. cumanya di rumah dia ada gitar akustik, ada gitar elektrik lengkap dgn amplifier. tapi sayang, takde gitar bass!!!

nanti dia nak beli satu keyboard (tak tau bila). leh la aku mengarang2 dan mereka2 lagu. muaahahahahahah!!

bapak aku suka ni, mengarang lagu.

nota: bapak aku juga musician dulu. begitu juga dgn pak mentua aku. jadi, dialog mak dara takkan wujud dlm kuarga aku.

Sunday, July 26, 2009

Al-Fatihah untuk yang pergi...

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Yasmin Ahmad.

aku tak begitu mengikuti perjalanan seni arwah. mungkin jiwa aku tidak sedalam pengamatan seni dia. seni aku mungkin hanya di paras sederhana. namun aku tumpang bangga dengan kejayaan yang digapainya dengan hasil kerjanya, mengharum nama negara.

Al- Fatihah. moga kau tenang di sana.

kalau anak terkinja-kinja menyambut kepulangan kita...

tandanya?

mungkin rindu. maklum, keje dan sepanjang hari tak jumpa anak, kan..?

mungkin juga mengada-ngada. ye la, aku tak keje pun diorang terkinja-kinja gak. kehkehkeh...

semalam cuaca sangat baik dan aku berjaya menghabiskan cucian kain sebanyak tiga trip. diulang, TIGA trip. ampaian portable aku tu sebenarnya baru beli. yang lama tu konon2 nak buang, tak jadi. kena ambik balik. maklum, ahli kuarga dah bertambah dan kain baju pun berlambak jugak. itupun aku rasa adakalanya tersangat la tidak cukup. laki aku dah pasang ampaian kat blakang umah. tapi biasala...malas beb nak ke depan, ke belakang. penattttt! hehehe..sib baik la umah aku ni kecik jek. aku keluar masuk umah, menyidai kain - depan, belakang - pun anak2 aku dok terkinja-kinja gak bila nampak aku masuk. apehal ntah diorang ni.
aku? lantakkan aje. kot dah sampai menghalang laluan aku, aku kuis jek ngan kaki. jegil mata? tak jalan de.. kalau ngan darling, dia lawan balik dengan sengihan maut dia. sure cair ah... :)

aku sebenarnya tau sangat kalau anak aku tu rindu dengan papa diorang. maklum, papa keje pagi sampai malam. so, bila adakalanya papa balik awal, diorang sangat seronok. sebab tu, bila tiap2 kali papa balik, hatta baru balik dari kedai pun, diorang akan rasa seronok. keterujaan tu mungkin diorang je yang faham. mungkin diorang dapat rasa teruja tu, hanya bila nampak papa balik; tak kira la dari mana atau selama mana papa pergi pun. kan? jadinya, jgn la marah2 bila nampak anak2 keseronokan tak tentu pasal bila tgk kelibat kita. rimas ekk? balik keje penat ekk? tegur la elok2..kan bagus. sok dah besar, diorang takkan terkinja-kinja lagi dah tgk kita balik keje. silap haribulan diorang takde kat umah pun nak nampak kelibat kita. sok kita yang terindu-rindu keletah diorang. sabar banyak2. aku pun menahan sabar juga di rumah ni. anak2 sihat dan cergas, tu yang terkejar sana, terlompat sini. bagus la diorang aktif mcm tu, kan? daripada diorang terlepek tak bergerak, kan susah. syukur, dgn apa yang ada. itu yang selalu aku ingatkan pada diri sendiri. memang la aku pun mengamuk juga. tapi itu lumrah. dan aku akan cepat2 sedarkan diri sendiri. tapi honestly, kalau aku marah2 dirumah, dan masa tu laki aku ada, sesungguhnya ada la yang tak kena tu. sure ada something yang aku marah, pd laki aku dan aku lepas pada anak2 atau merempan sendiri2. heh..ampun la, ye papa.

by the way, aku ada melanggan (aku pun tak ingat cemana dpt complimentary copy ni every once in a while) majalah pediatric; positive parenting. dan keluaran baru2 ni buat aku terkejut sekejap. see the pic below, look familiar? click on the pic, to read more about it ya.. muahahahah..




to be continued..

Friday, July 24, 2009

kalau dah mengantuk, jangan dilawan mata tu..

kalau laki aku ngantuk, time driving..dia akan berenti jap utk lelapkan mata dalam 10, 15 minit. berenti kat tpt yang selamat la, kan..bukan kat tgh2 traffic light ke, jalan besar ke, roundabout ke.

kalau aku ngantuk? eh..aku tido la. itupun kalau anak2 aku tak buat hal, tak meragam. biasanya aku tido dalam sejam. kalau anak2 aku masih segar bugar berlarian, aku akan tido duduk la jawabnya..cukup dlm 5 minit.

kalau dalia ngantuk? dia akan mula mengarut. masam muka tanpa sebab. hal kecik pun leh buat dia marah2 merajuk. sesungguhnya, ianya menjengkelkan.

kalau ziyad mengantuk? astaga...lagi tension. kemengarutannya akan berada di luar kawalan. kalau dia tgh main, tp mengantuk, dia akan marah2 gila babi pd mainan dia sekiranya tak dapat buat ikut kehendak hati dia (padahal dah ngantuk, kan..nak cucuk2 ke, nak tingkat2 blok ke, sure tak berapa nak nampak, kan?). kalau dia nak berak, tp mata ngantuk gila..pun dia akan marah2 jugak. marah knp? marahkan apa? marah sebab nak naik duduk kat toilet seat tu tergelincir ke..marah sebab air tak penuh ke, marah sebab tak ada aku temankan dia. kalau hajat tak lepas, tp dah duduk kat toilet? gila ampunnnnnnnn..dia lagi marahhhhh.. siap tendang2 pintu marahkan si 'anu' tak nak keluar. kehkehkeh. tak tau cemana aku nak ceritakan kat sini. lawak gila + annoying. oh..kes ni berlaku sebentar tadi.

kalau darling plak mengantuk? ya allah. dia akan langgar semua benda depan dia, sambil lalu. sah2 terhantuk ke, tersadung ke. dah tuh, meraung tak hingat. jalan lurus pun boleh jatuh tergolek. er..kes ni pun berlaku tadi.

zahin? err..masa ni memang dia kerap tido. tido jek..

anak aku yang bertiga tu, kalau dah ngantuk susah sangat nak tido. suka lawan mata dan aku plak terpaksa menahan telinga dan jiwa dengan kerenah mereka. sumpah..sebab yang kecik pun akan buat diorang menangis meraung mcm orang tak betul.

sangat tensi.

nota: saat ini, yad tgh meraung nak topeng serigala yang dalia sedang pakai (dalia buat di sekolah.) dalia? tgh berak, dgn topeng serigala dia tu la.. darling? tgh nyibuk kat sebelah aku. zahin? tido dgn ensem sekali tanpa mengira suasana bising disekelilingnya. aku? satgi nak bangun, hambat yad dgn hanger. ciao!

Thursday, July 23, 2009

transformasi si kakak..Erza Dalia, dulu dan sekarang.












she's pretty, right?


1 day old

2 weeks old

3 months old


6 months old




usianya bakal mencecah 5 tahun, 1 syawal nanti.

dia aku rasakan anak yang cepat perkembangan otaknya. dia juga seorang pemerhati yang hebat. fast learner dan sangat cerdik. dia juga ada curiosity yang tinggi tapi pandai mengawal tahap ingin tahunya itu. hanya bila perlu, baru ditunjukkan. bijak mengawal keadaan, dan menyimpan perasaan. she's more like me, i suppose.

aku akan sayu kalau dia yang sepanjang hari bersekolah dan membantu aku mengurus adik2 dan kerja rumah dimarah; oleh papanya atau siapa pun jua. that teary eyes, the disappointed look, and then pretending to be ok eventhough she's not, makes me sad. hurts me, badly inside.

aku suka dalia yang dulu. very energetic, bersemangat dan lebih ceria. kenapa agaknya perubahan yang berlaku ni ya? dia sudah kurang selera makan. badan susut dan kulit pun tak sihat. selalu demam dan sering juga sakit macam2. as a mom, i do feel guilty. salah ke penjagaan aku selama ni? apa yang tak kenanya? aku tak ada masa dengan dia ke? aku tak layan dia ke? aku akui, dlm proses dia membesar, aku tak banyak habiskan masa dengan dia. tapi aku cuba juga sedaya upaya melayan segala macam pertanyaan dan permintaan dia. sesungguhnya dia anak yang sangat memahami. aku sayang sangat dengan dia. bila dia tidur, kepenatan, aku selalu jadi sayu melihat dia dari hujung kepala sampai kaki. bukan tak pernah marah, tapi semuanya untuk kebaikan dia. dia tak pernah, atau mungkin tidak pandai lagi menyatakan dan menunjukkan ketidakpuasan hatinya dengan teguran aku. paling kuat pun dia akan masam muka, atau buat tak tahu. dia sangat bijak dalam membuat penilaian. itu aku tahu. cuma kadang2 rasa ingin tahu yang tinggi akan buat dia cuba benda yang mengarut dan seterusnya mengundang kemarahan aku. dia pernah gulung kertas kecik2, masukkan dalam hidung. pernah juga merasa dengan lidah segala macam yang dia pegang. terbaru, kesan pen pada kertas; dijilat. haih..apsal la banyak eksperimen dia menggunakan deria rasa?

apa yang dalia suka?

makan:-

pasta. any kinds of pasta. kalau pegi/order pizza, memang itu pesanan dia. kalau pegi secret recipe? sah2 itu juga. sepinggan besar, dia sorang je..selamba. dan sebab itu, aku selalu sediakan stok pasta di rumah. bukan susah pun nak masaknya, kan?

nasi dengan sardin. dalia kalau dapat sardin, jgn la masak nasi setakat dua pot je..tak cukup!! kalau takde lauk kat umah, sardin sudah cukup untuk membuat dia berselera makan. kalau takde beras? kena beli la..dia tak makan sardin dengan 'pasangan' lain.

roti. dia makan roti kosong je. takde nak cecah apa2. abis2 pun dgn milo jek.

ikan stim dan udang. yezzzzaaaaaa....kalau bawak pg seafood restaurant, ikan stim mesti ada aaa.. udang kena goreng tepung. dan dalia makan isi udangnya saja...tepungnya? ziyad makan (sebab ziyad tak makan udang..muahahhaha).

coklat. dia sangat suka coklat. tapi aku hadkan sebab dia selalu batuk. besides, aku tak nak ajar dia makan coklat sangat. nanti rosak gigi. gula2? sumpah dia tak makan. tak reti kot. kalau masuk mulut pun, hisap kejap, pastu buang. membazir jek. hehhhee..


minum:-

milo dan susu coklat! kadang2 je minum soya. kalau pegi kedai, jgn la letak milo depan dia. tak lalu makan punya. nasi baru dua suap, milo segelas dah habis!

of course dia suka bermain. cuma malas nak main dengan adik2 sebab selalu bergaduh. so, tak nak bertekak, dia selalu mengalah. ada sekali, dia dah tak tahan agaknya dengan ziyad (budak ni cepat tangan. laju je tangan dia nak mencubit ke, memukul ke. ngalahkan pompuan!), dia flying kick adik dia tu. terkejut aku. sib baik flying kick tak kena. but the look on her face, nampak sangat dia bengang ngan yad. aku faham..aku faham..(aku pun pernah bertumbuk dengan adik lelaki aku dulu..dulu laaa)

apa2 pun, dia tetap puteri kesayangan. aku selalu cuba kontrol marah dengan dia. sebab aku tak nak jadi mcm aku kecik2 dulu, selalu kena marah dan kena pukul (aku yang nakal). it turns out, aku tak payah marah2 pun dengan dia. jarang sangat la dia buat aku marah. dia buat aku senyum ada..dengan keletah dia, dengan kata2 yang tak disangka keluar dari mulut dia, dengan kebijaksanaan dia.

Itulah puteri mama, Erza Dalia.

Wednesday, July 22, 2009

bila zahin sudah sebulan, dan darling baru mulai sedar dia sudah menjadi kakak....

darling, tetap si comel manja papa & mama. dah mula pandai jaga adik (sesket la). bila mama sibuk tgh makan ke, adik nangis, cecepat dia gi pujuk. "ayin..angan angesh..mama akan ye..". heh, sungguh menyentuh hati.

zahin erza, 3 hari sebelum mencecah usia sebulan. baju tu hadiah dari nodie dan akmal. tq!!


malam bday, hehehe..menjelang usia sebulan, keesokan harinya. perhatikan transformasi tumbesarannya.


kaki zahin, sangat comel pada mata aku. hehehe..


ini dia...Zahin Erza pd usia sebulan 11 hari. pipi, takleh blahhhhhh. nak mandikan pun dah tak larat, sudah semangat. ada rasa geram mau cubit? jgn ngada2!!

Tuesday, July 21, 2009

Avillion Admiral Cove, Port Dickson (gambar2 yg lupa di upload, khas utk tatapan Pn. Farrah Aiza..heheheh)


free broadband. laptop bawak sendiri. kabel kalau terlupa, leh mintak kat diorang. sebelah tu, view ke pool. tv lcd, samsung. err..sila abaikan kelibat suamiku itu..kehkehkeh...


lounger a.k.a sofa bed. inilah tempat tidur suami aku. lagi selesa katanya. sensorang, takde orang kacau. sebelah lounger tu, balkoni mengadap open sea.



laut lepas depan bilik kami. adoi la...sejuk hati kan? saujana mata memandang. tapi sayang la, jerebu.


the bed. king sized. abaikan kebersepahannya tu. time ni dah nak balik, baru sibuk nak ambik gambar.


yatch dock (marina) yang jelas kelihatan dari side window Studio Room kami.


swimming pool. cantik kan? ada rasa mau terjun?

nak lebih lagi? pi sana sendiri laa..tgk dengan mata kepala sendiri, lagi puas hati.

nota: agak2, kalau mereka2 di Admiral Cove tgk blog aku ni, dapat tak complimentary one night stay? hehehehhehe...

Saturday, July 18, 2009

aku masih dalam hari..ye, aku tau...

lokasi di kala entri ini di buat: Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

huh? ada terkujat? sket aa kot, kan? aku ada lebih kurang 5 hari lagi untuk tamat tempoh 'bertenang' and yet i'm out on a short one night vacation. for the sake of my kids, yang sejak akhir2 ni dah berkelakuan macam orang tak cukup tanah nak berpijak. dari aku tgh sarat lagi, dah mintak nak bercuti, disuruh tunggu sampai baby keluar. dua hari lepas baby keluar, dah ajak naik kapal terbang. bila disuruh tunggu lagi, ada pulak yang pandai berhujah 'mama kata tunggu baby keluar, ni baby dah keluar dah ni...boleh la kita jalan2 naik kapal terbang.' haish...cemana nak jawab tu? aku jawab juga la..tunggu mama sihat sikit..tunggu baby dah besar sikit. sib baik penerimaan adalah sangat okay.

upon arriving malam tadi, alhamdulillah, baby tak banyak ragam. sepanjang malam pun tak mengamuk sangat. si kakak pulak yang buat hal. setiap setengah jam aku terjaga, bukan sebab baby, tapi sebab si kakak. ntah apa kenanya ntah, dok mengigau menggegar katil, mengamuk merengek. huhhh..tension aku.

btw, hotel ni cuma 4 stars but facility sangat memuaskan. maklum, hotel baru. bawah pengurusan Avillion juga. disebabkan ahli keluarga aku ramai, dan hanya studio room yang ada, kami ambil juga. we thought it would cost us more than our budget but NO. studio room (beautifully and pleasantly furnished) with a king sized bed, a lounger, free broadband, nice view of the sea and marina (yatch dock), hell yeahhh...RM350.75 (breakfast included) is VERY affordable and totally worth it. not ot mention the swimming pool, look so clean and tempting to jump in. but unfortunately, it's raining (now, since this morning). so, this place is recommended! for families with 2 kids, ambik la studio room ni. berbaloi-baloiiiii...

out now. nak check-out awal dan aku belum mandi lagi.

p/s: jgn risau ya, both my baby and me are doing fine, Alhamdulillah. we are all doing fine.

Tuesday, July 14, 2009

bila emosi menguasai diri...

entri aku yang ini, mengundang kemarahan seorang anonymous. ntah kenapa...dia terlalu beremosi...

err..apsal entri aku selalu mengundang mereka yang berstatus anonymous ni untuk membabi buta di laman blog aku ni ekk?

susah sangat ke nak paham entri seorang aku yang simple ni? sampai boleh mengundang kemarahan melampau plak...

kot nak mengarut pun, tak payah aaa libatkan mak aku pulak... kot depan mata, kena tampar dah si pelampau ni...

warning: leh kurang sopan dgn aku, jgn kurang adab dgn kuarga aku.

Monday, July 13, 2009

sendiri mau ingat laaa...

orang mungkin ramai yang berkata, zaman moden cenggini, org muda lak tu, anak dah berderet..tak malu ke? 'menjahit' je keje dia..

aih..aku mungkin akan berkata, selagi mampu nak bagi makan, keperluan asas lebih sedikit dari mencukupi, pandai merancang kewangan, tak susahkan mak bapak tetiap minggu ke tetiap bulan ke, tak ada salahnya.

laki aku pulak akan berkata, "biar je apa orang nak kata, bukan diorang yang bagi kita makan."

sakit jiwa, tekanan perasaan, gangguan emosi dan yang sewaktu dengannya, tetap akan melanda. tak kira kau ada anak ke tak ke, anak angkat ke, anak tunggal ke, kau dah kwen ke, belom ke, andartu ke, sama je. cara 'pendekatan' gangguan tu je yang berlainan..

jadinya, ukur baju di badan sendiri..ok?

nota: tipu la kalau aku manjang je seronok, takde tekanan dengan urusan anak2 dan keluarga. apa, ingat aku ni malaikat?

Saturday, July 11, 2009

apabila si darling sudah mula bijak bicara...



anak ketiga aku ini, bakal mencecah usia 2 tahun, 16 september nanti.

sudah mula menunjuk pelbagai kerenah. masih belum dapat menerima sepenuhnya kehadiran adik baru, genap sebulan hari ini.

namun darling masih tetap si cilik yang mencuit hati. dengan sengihannya, dengan tawa kasarnya, dengan rengekan manja bila bermain dengan papanya, dengan gaya mengada-ngada bila di usik mamanya, dia tetap yang paling manja.

sekarang sudah mula bijak berkata-kata. sudah kedengaran biji butir setiap bicaranya. sudah mula memahami suasana (kadang2 saja buat tak faham) dan minta difahami etikanya.

ukak pempes..ukak aju..ukak uar..ukak itu..ukak utang..

nak tunun..nak akan..adap ni..nak air..adas..amas..nak ikut..

satu je tak berubah dari mula2 dia pandai bercakap..bila dia mintak susu..

'nak u..u'

heh..darling..darling..

dalam lingkungan politikus

heh..aku malas sebenarnya nak bercakap bab politik.

feedback nya nanti bakal membuat aku sakit jiwa. ha ha ha...

bak kata one of my blogger dearest, politik ni tak pernah bersih. ya, aku setuju. dalam banyak2 hal, dalam banyak2 kes dan kejadian politik, aku paling tertarik dengan isu PPSMI. sesungguhnya, aku sedikit kecewa bila pendekatan yang diguna pakai 6 thn ni, ditarik balik. bukan aku tak sudi memartabatkan bahasa, bukan aku membenci bahasa ibunda, tapi apa yang berlaku ini pada aku 'menyusahkan' anak bangsa juga sudahnya. kata bidalan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. itulah sebenarnya yang terjadi dengan PPSMI ni.

tak apa lah. benda dah diputuskan. semoga jadi lebih elok, lebih baik dan lebih mendatangkan hasil. kalau nanti pahat berbunyi lagi, tukar bahasa mandarin atau tamil sahajalah. lagi bagus. sebab kedua bahasa tersebut merupakan antara bahasa utama negara kita ini.

tak begitu?

Friday, July 10, 2009

aku suka lagu ni

note: lirik tah betul ke tidak..lantakkannnn...




Well, you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but your so hot that I melted
I fell right through the cracks, now I'm tryin to get back
before the cool done run out I'll be givin it my best test
and nothin's gonna stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

But I won't hesitate no more,
no more, it cannot wait
I'm yours

Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love love
listen to the music at the moment people dance and sing with me
Were just 1 big family
And it's our godforsaken right to be loved loved loved loved loved

So, i won't hesitate no more,
no more, it cannot wait i'm sure
there's no need to complicate our time is short
this is our fate
I'm yours

Scooch on over closer, dear
And I will nibble your ear

I've been spendin' way too long checkin' my tongue in the mirror
and bendin' over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
and so I drew a new face and I laughed
I guess what I'd be sayin' is there ain't no better reason
to rid yourself of vanities and just go with the seasons
it's what we aim to do
our name is our virtue

But I won't hesitate no more,
no more it cannot wait
I'm yours

well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love love
listen to the music of the moment come and dance with me
ah, la one big family
it's your god forsaken right to be loved, loved, loved, loved

open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love love
listen to the music of the moment come and dance with me
ah, la happy family
it's our god forsaken right to be loved loved loved loved

it's our god forsaken right to be loved loved loved loved
listen to the music of the moment come and dance with me
ah, la peaceful melodies
it's you god forsaken right to be loved loved loved loved

kebaikan susu ibu - dan kenapa ramai yang ambil mudah..

susu ibu telah terbukti kehebatannya.

faedahnya terkesan dan terlihat pada kedua ibu dan anak.

apa faedah pada si ibu? tentunya pengecutan rahim secara semulajadi. kenapa? sebab sewaktu si anak menyusu, setiap sedutan merupakan satu 'senaman' rahim yang tak perlu kita jadualkan. jadi, tak payah sibuk nak buat yoga ke, senaman pernafasan ke, atau dok melalak konon buat senaman diafragma. pi dok buat senaman ikhlas dan tulus dengan anak sana. pahala pun dapat, selain ikatan (bonding) dengan anak makin rapat.

faedah pada si anak? dah tentulah antibodi pada bayi yang banyak terkandung dalam susu ibu ni. apa perlunya antibodi ni? la..dah tentulah ianya sebagai ejen bantuan melawan penyakit untuk bayi. insya Allah, bayi akan kurang dijangkiti pelbagai penyakit spt batuk, selsema mahupun demam (provided you breastfeed them fully; not mixed with formulas'). siapa yang tak mahu anak2 yang sihat, kan?

most mothers nowadays, they tend to give their babies some formula milks. why? err...i wonder why, too. just find a nursing place (in malls etc, it's provided) and pop your bosom out for your baby. no mess, no hassle. most of them said, they don't want to get up at night to nurse their baby and they can ask their hubby to help buat susu! isn't it easy to not carrying bags with flask, bottles, milk etc? instead, just bring a pair of changing clothes and 2 pairs of diapers and a baby wipes in a small bag. or, as of nowadays handbag trends, those can be inserted in a bulky and big trendy handbag of yours. well, of course it's for a short distance journey. like, to the mall or just a simple sightseeing.

now, you may say that you're a working mother. and milking is so no-time-to-do. well, ask yourself; your time to be sacrificed, or your child's healthbeing? besides, 'no time' is just an excuse out of thousands and millions more. find your time, not being chased by time. you control your life, not the other way around.

so, be wise! think twice..err..sounds VERY familiar, eh? good luck to all mothers..god bless you, for being a mother.

Thursday, July 9, 2009

susah nak jangka, ke?

orang yang mengandung, banyak ragam ekk?

kalau orang mengandung bertempik, mengada-ngada, meragam, masam muka tiba2; orang akan cakap, pembawaan budak. orang yang bercakap tu pulak, takkan mengira umur. tua ke, muda ke, baru kawen ke, dah ada cucu cicit ke mahupun yang masih bersekolah.

'membawak budak'

senang meluncur keluar dari mulut, tapi susah sebenarnya nak difahami maksudnya, kan?

anda pernah mengandung? pernah merasa situasi sedemikian? sila beri komen...para suami yang terjebak dlm situasi itu pun, dialu-alukan komennya..

supaya, mereka yang tak pernah mengandung, akan mengandung dan sedang mengandung sulung akan lebih memahami.

supaya mereka yang tak pernah mengandung khususnya tidak akan mudah berkata-kata sahaja.

supaya mereka yang merancang untuk mengandung akan lebih bersedia.

supaya mereka yang sedang mengandung sulung tidak terlalu mengada-ngada.

supaya para suami juga akan cuba untuk lebih memahami dan tidak cuba ambil kesempatan untuk lari, sebab tak tahan dengan kerenah isteri!!!

Wednesday, July 8, 2009

sedikit jamuan untuk mata yang seni...

nota: aku bangga mengenali mereka. meski mereka kukenali melalui suamiku.

lihat, hasil kesungguhan mereka..
mahu lebih lagi, cari mereka di facebook..







kredit untuk mereka ini...



seni itu indah...dan mengenali Zairi, menambah keunikan dan keindahan seni itu..

aku suka seni. tak kisah la apa jenis seni pun. dari seni hiburan, penulisan, seni pentas, sampailah ke seni halus. aku memang suka. tapi mungkin tidak sedalam dan sehebat para penggiat seni itu sendiri.

kalau ada pertunjukan seni, andai ada masa, aku akan pergi. konsert, setakat ni tak pernah pg yang besar2. cuma mini konsert DEWA yang kat stadium malawati dulu. itupun tunang (now dah jadi suami, ya..) yang bawak. pernah juga pg mini showcase Moffatts, Five dan The Boyz. dulu laa..masa bujang2 dan zaman boyband jadi kegilaan.

tengok pameran lukisan? aku suka. tengok2, cuba memahami maksud di sebalik luahan seni mereka di atas kanvas dan juga gatal tangan cuba merasa kehalusan seni itu (walaupun dah terang2 tertera 'JANGAN SENTUH' di setiap lukisan yang dipamerkan..hehehe).

apa yang menyebabkan aku kata mengenali suami aku mengindahkan lagi seni? kerana mengenali dia, aku jadi makin dekat dengan dunia seni. dia dikelilingi oleh orang2 seni. mereka yang emosinya tinggi dan halus, macam seni juga. mengenali suami aku, aku berkesempatan 'meninjau' dunia seni. dia bawa aku ke auditorium MBSA, jumpa siti nurhaliza depan mata (tapi kaku tak terkata, salam pun tidak..buduh!), right after kursus nikah kawen kitorang. then, bawa aku tgk DEWA. membanggakan aku bila dia sendiri (dgn band dia) buat show sempena thn baru di dataran shah alam pd 2003. sempat la jugak gi buat rambut kat alam sentral tu..hehehe..sempat juga ambik gambar dgn ally iskandar (pengacara masa tu), sambil di kerling jeles oleh suami aku..hehehe..
suami aku, secara tak langsungnya adalah orang seni. jadinya, hidup aku juga dah jadi 'seni'. halus, mulus, dan yang nyata, susah difahami. hanya kami sahaja yang lebih arif dengan contengan seni hidup kami. dan aku bangga, terlibat dalam seni ini...terima kasih, Zairi.


gambar ini diambil di Putrajaya, dan kami masih dalam tahun pertama perkahwinan.
aku mengandungkan Dalia masa ni, dah dua bulan tapi tak sedar. hehehehe..

Tuesday, July 7, 2009

aku sebenarnya seorang yang sangat sensitif...

bila menyentuh hal keluarga, aku sangat sensitif. entah kenapa. mungkin sebab aku anak sulung, kot. anak sulung aku pun begitu, kelihatannya. ada satu dua bab dalam kehidupan harian, yang aku tengok dia ambil serius. menjadi kakak, begitu agaknya.

aku, secara luarannya kelihatan sangat tegas, keras dan kuat. tapi dalaman aku sangat lembut. sungguh mudah terusik dan tersentuh. dan bila dalaman aku pecah berderai, semuanya akan hancur berkecai. gam la balik, tampal la semula macam mana pun, ianya takkan jadi secantik asalnya. tak susah sebenarnya nak jaga hati aku. tapi sangat mudah, hakikatnya, untuk melukakannya. lukakanlah, sakitilah hati aku. selagi aku boleh terima, aku telan, oklah. cuma jangan sampai aku naik benci to even look at your name, sudah.. :)

err..tapi jangan pulak ada yang segan atau ngeri nak kawan dengan aku, ekkk...

untitled...

kelmarin, pg mana ntah asalnya, aku dah lupa. kemudian nak balik tu, lalu depan umah mak. abang cakap, 'umah mak..' dan aku jadi sayu tiba2. sebelum bersalin, ada sekali aku pg umah mak. nak cari part playpen aku yang adik aku pinjam dan letakkan kat umah mak. aku dtg dgn hubby. tak bw anak2. but kelmarin, kami sekeluarga, dengan anak2 semua. dalam hati memang meronta nak pegi umah mak, dengan anak2 semua. tapi aku tak nak terluka lagi. aku sungguh2 risau, nak pg umah mak bw anak2. takut jadi isu. dan takut semuanya berulang lagi.

Friday, July 3, 2009

marriage..a need? a must? or a lust breaker/ controller?

perkahwinan, dalam Islam adalah satu ibadah.

perkahwinan kerana Yang Satu itu lebih barakah.

apsal aku sibuk cerita bab kawen ni ek? aku tersinggah (aichehhh) kat sini, bila aku refresh cbox aku. dan si dia ini bercerita bab kawen. saja la konon, nak kongsi pengalaman..(sibuk la tu namanya, kan?

aku dah 6 tahun kahwin dan aku rasa syukur sangat. bukan nak kata aku baik sangat but marriage saved me from being off the path. pun bukan aku nak kata yang aku liar sangat, tidak. bukan juga nak kata aku tak pernah berpacaran, pegang2 tangan, tgk wayang, peluk2, liuk lentok kepala ke bahu si anu sekian-sekian..

aku ditemukan dengan suami secara kebetulan (some of u must have read it here). kami tak bercinta pun. dating? ada la sikit. selebihnya, cuma 'tugasan' dia ambil aku balik kerja dan hantar ke rumah. sure la ada pg makan dulu sebelum balik. aku pun balik keje, kot tak lepas maghrib, tak sah. ayah aku pun, sikit2 suh zairi (my hubby). aku suh ayah hantar ke mana2, dia sebut, "zairi kan ada. suh la dia hantarkan.." padahal kitorang lom kawen pun lagi..percaya betul bapak aku kat budak laki nih. hehehhe...yang pasti, laki aku nih baik. dia takde nak gatal2 sangat. lurus pun ye juga. sebab tu agaknya bapak aku restu.

jadinya, perkahwinan itu sebenarnya indah. memang akan ada asam garam, kerenah, tergigit lidah dan tergesel gigi, tarik2 muka dan muncung2 bibir tapi semuanya akan jadi kenangan terbaik.

tipulah kalau aku kata sepanjang 6 tahun ni aku takde bertekak atau berasa hati dengan suami. tapi, nak tak nak kena tabah. memang kebanyakannya simpan je dalam hati tapi suami aku jenis straight forward. dia nak jugak explain dan di explained ttg apa yang menyebabkan aku marah atau tak puas hati. sumpah, aku tak cerita semua. biarlah mana yang perlu, aku sbg isteri simpan buat tauladan dan kenangan diri sendiri.

pendek kata, kahwin atas niat yang betul akan merubah diri anda. ujian akan tetap datang dan menimpa. dari situ kita akan menilai diri dan kematangan berfikir. ujian diberi olehNya, menuntut kita supaya berfikir waras dalam membuat keputusan. mungkin kita akan diuji dengan diberi rezeki melimpah, dengan tujuan agar kita menimbang, mana lebih penting, keluarga atau mengejar rezeki itu. kalau kita memilih rezeki, dan keluarga rasa terabai, kalah lah kita dan gagal lah kita dalam ujianNya itu. ujian inilah yang ramai manusia gagal.

jadi, pertimbangan kita amat penting dalam membuat sesuatu keputusan. nak kawen, atas dasar apa, kena fikir betul2. dah sanggup pikul tanggungjawab atau sekadar nak merasa duduk di atas pelamin, dapat hadiah dan diarak dengan kompang etc.

tepuk dada, tanya iman!!

Wednesday, July 1, 2009

ada yang pernah berbunyi....

katanya,

'kalau tak pandai jaga anak, jangan beranak banyak2'

ada juga yang berkata,

'masa muda ni la elok nak beranak banyak2, dah tua2 esok takde sibuk2 nak beranak lagi. anak2 pun seiring je besarnya. senang nak menjaga mak bapak pulak'

apa nak komen?

sebagai seorang ibu beranak 4, yang boleh dikata berderet juga, aku telan je la apa orang nak kata. bukan diorang yang menjaga aku anak beranak, kan? takpe. i take it as a challenge. kadang2, orang yang anak 1 pun, belum tentu dapat jaga anak dia tu sebaik aku menjaga anak aku yang berempat ni, kan? pokok pangkalnya, cara didikan dan jagaan. bukan nak kata aku pandai sangat jaga anak, atau aku hebat sangat dalam mendidik anak2 but as a parent, aku mesti nak buat yang terbaik untuk anak2 aku, kan? let it be a scold that can be heard across the road, or maybe a beautiful singing that only us understands. it's all up to me, and about us, right?

tak apa. katalah apa nak kata...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online