Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Saturday, July 11, 2009

apabila si darling sudah mula bijak bicara...



anak ketiga aku ini, bakal mencecah usia 2 tahun, 16 september nanti.

sudah mula menunjuk pelbagai kerenah. masih belum dapat menerima sepenuhnya kehadiran adik baru, genap sebulan hari ini.

namun darling masih tetap si cilik yang mencuit hati. dengan sengihannya, dengan tawa kasarnya, dengan rengekan manja bila bermain dengan papanya, dengan gaya mengada-ngada bila di usik mamanya, dia tetap yang paling manja.

sekarang sudah mula bijak berkata-kata. sudah kedengaran biji butir setiap bicaranya. sudah mula memahami suasana (kadang2 saja buat tak faham) dan minta difahami etikanya.

ukak pempes..ukak aju..ukak uar..ukak itu..ukak utang..

nak tunun..nak akan..adap ni..nak air..adas..amas..nak ikut..

satu je tak berubah dari mula2 dia pandai bercakap..bila dia mintak susu..

'nak u..u'

heh..darling..darling..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online