Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, July 26, 2009

kalau anak terkinja-kinja menyambut kepulangan kita...

tandanya?

mungkin rindu. maklum, keje dan sepanjang hari tak jumpa anak, kan..?

mungkin juga mengada-ngada. ye la, aku tak keje pun diorang terkinja-kinja gak. kehkehkeh...

semalam cuaca sangat baik dan aku berjaya menghabiskan cucian kain sebanyak tiga trip. diulang, TIGA trip. ampaian portable aku tu sebenarnya baru beli. yang lama tu konon2 nak buang, tak jadi. kena ambik balik. maklum, ahli kuarga dah bertambah dan kain baju pun berlambak jugak. itupun aku rasa adakalanya tersangat la tidak cukup. laki aku dah pasang ampaian kat blakang umah. tapi biasala...malas beb nak ke depan, ke belakang. penattttt! hehehe..sib baik la umah aku ni kecik jek. aku keluar masuk umah, menyidai kain - depan, belakang - pun anak2 aku dok terkinja-kinja gak bila nampak aku masuk. apehal ntah diorang ni.
aku? lantakkan aje. kot dah sampai menghalang laluan aku, aku kuis jek ngan kaki. jegil mata? tak jalan de.. kalau ngan darling, dia lawan balik dengan sengihan maut dia. sure cair ah... :)

aku sebenarnya tau sangat kalau anak aku tu rindu dengan papa diorang. maklum, papa keje pagi sampai malam. so, bila adakalanya papa balik awal, diorang sangat seronok. sebab tu, bila tiap2 kali papa balik, hatta baru balik dari kedai pun, diorang akan rasa seronok. keterujaan tu mungkin diorang je yang faham. mungkin diorang dapat rasa teruja tu, hanya bila nampak papa balik; tak kira la dari mana atau selama mana papa pergi pun. kan? jadinya, jgn la marah2 bila nampak anak2 keseronokan tak tentu pasal bila tgk kelibat kita. rimas ekk? balik keje penat ekk? tegur la elok2..kan bagus. sok dah besar, diorang takkan terkinja-kinja lagi dah tgk kita balik keje. silap haribulan diorang takde kat umah pun nak nampak kelibat kita. sok kita yang terindu-rindu keletah diorang. sabar banyak2. aku pun menahan sabar juga di rumah ni. anak2 sihat dan cergas, tu yang terkejar sana, terlompat sini. bagus la diorang aktif mcm tu, kan? daripada diorang terlepek tak bergerak, kan susah. syukur, dgn apa yang ada. itu yang selalu aku ingatkan pada diri sendiri. memang la aku pun mengamuk juga. tapi itu lumrah. dan aku akan cepat2 sedarkan diri sendiri. tapi honestly, kalau aku marah2 dirumah, dan masa tu laki aku ada, sesungguhnya ada la yang tak kena tu. sure ada something yang aku marah, pd laki aku dan aku lepas pada anak2 atau merempan sendiri2. heh..ampun la, ye papa.

by the way, aku ada melanggan (aku pun tak ingat cemana dpt complimentary copy ni every once in a while) majalah pediatric; positive parenting. dan keluaran baru2 ni buat aku terkejut sekejap. see the pic below, look familiar? click on the pic, to read more about it ya.. muahahahah..




to be continued..

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online