Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, November 4, 2012

5

video


Kejap..kejap..

Layan video si no. 4 (Aeen) dan no. 5 (Zikry) main drum (snare je pun..complete set ada di studio). Aku nak spring-cleaning. Banyak betul sawang habuk bagai dalam ni. Vakum pun tak clear setahun ni. HaHa!

Aku sangat sibuk. Sibuk dengan yg 5 ni. Sibuk dengan 5 hari seminggu jadi supir. Sibuk dengan kerenah 5 askar wataniah. Sibuk dengan urusan event 'A' yg cuma ada 5 bulan untuk settle sejak bulan 5 kelmarin (terbatal juga akhirnya, belum masanya lagi agaknya. DIA suruh aku urus yang 5 di rumah dulu). Entri yg ini pun dah ambik masa lebih 5 puluh minit nak tulis. Libang libu!

Oh, ya..Insya Allah dalam masa 5 bulan lagi, akan urus satu lagi event. Wilayah tengah, utara dan selatan. Doa2kan agar semuanya dipermudahkan. Doa2kan agar aku tidak menyusahkan mana2 pihak. Doa2kan juga, agar aku bijak membahagi masa. Doa2kan juga anak aku yg 5 ini sihat hendaknya  agar aku tak terlalu bimbang sewaktu mengurus acara. Doa2kan juga supaya aku tetap Era yg biasa, agar ego tidak memijak kepala, lebih tinggi dari yg seadanya.


Tuesday, July 17, 2012

Peluang bertemu dan mengutip ilmu dengan YABhg Tun. Dr Siti Hasmah Mohd Ali


Dah pernah bersua muka bertentang mata bergelak ketawa dan mendengar bicara hati ke hati dengan wanita lemah lembut bernama Tun Hasmah? Tun Hasmah lah..isteri Tun Dr M. Tak kenal memang nak kena ketuk la..kan? ;)

Jom laa... peluang tak selalu datang ni tau...

Hanya RM20 je yuran penyertaan. Kutip ilmu di bulan Ramadhan, bestnya lah. Tidak terhad untuk wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak je tau.. Single ladies juga di alu2kan. Ilmu kekeluargaan tak terhad untuk mereka yang dah berkeluarga saja. Ilmu ni persediaan masa depan. Bekal akal menambah pengetahuan.

Kalau berminat, sila hubungi saya di eraneerusli@gmail.com ya...

p/s: bayar rm20, dapat goodies harga lebih rm100, boleh jumpa Tun Hasmah pulak lagi.. silap2 Tun M juga menjengah sama..huiiiii...seronoknyaaaaaaaaaa!!

Ramadhan dan ladang pahala


Dari: Pn. Fauziah Khalid (0126958423)

Salam sahabat fillah…..just a small note to share and hrp dpt dipanjang2kan……
 
I have join this charity team since last 3 yrs sebagai penyumbang sehelai dua baju baru utk anak2 yatim utk dipakai di pagi Syawal.
Since last year (2011) I hv been an active committee member (one of the 10 hardcore) in this team. Konsep kami mudah.....mengumpul baju2 baru (bukan baju terpakai dan bukan juga wang tunai) dr kwn2 dn relatives. Before that kami akan dptkn rumah2 anak2 yg memerlukan bantuan dan ambil ukuran baju.
 Dan dlm tempoh 3 tahun ada lebih dr 100 rumah anak2 yatim dn org2 tua yg didlm senarai kami yg perlukan bantuan ini. So bila baju sudah dikumpul akan disampaikan pd anak2 mengikut rumah dan size utk mereka pakai di pagi Syawal......I really hope that all my friends here dpt berkerjasama dlm memanjangkan amalan yg mudah and yet besar ganjarannya InsyaAllah........For more details......pls read the web and can always call me for more info......  http://www.sehelaibaju.com 
Ladang pahala sudah terbentang di hadapan kita.
Dari Syaaban ke Ramadhan begitu  banyak yg boleh dikutip sebagai bekal perjlnan menuju dunia akhirat. InsyaAllah……
 
Sedekah itu umpama pohon yg akan bercabang tujuh, setiap cabang akan berdahan tujuh, setiap dahan akan berbunga tujuh,
Setiap bunga akan berbuah tujuh.
 
 
Last but not least from me…..
 
 The power of giving…….the more u give….the more u get…..”Itu janji Allah….dan Allah itu Maha Benar…….
Pasti dan pasti………. 

p/s: andai ada sebarang pertanyaan atau juga sungguh2 mahu menyumbang, sila jgn segan utk hubungi Pn. Fauziah Khalid (0126958423)

Karipap? Curry Puff? No..its kariPOP y'alll!!



Karipap ekk..? Luaran je. Dalaman adalah sangat fantastic da bomb! Sapa la yang pernah terfikir nak buat cenggini ekk? I bet they had their mind almost exploded when they came up with this. Western stuff with eastern touch is common. But the other way around? Haiyoohhh!! Terbaekk....

Mereka yang tekak memang western, tp nak jugak selit exotic taste of local food, this is it! Wah.. mcm lagu MJ plak..;)

Citer banyak takmo. Tengok, kalau rasa2 air liur dah nak meleleh, sila hubungi mereka untuk buat order.
Di SINI!!!

Saturday, June 16, 2012

Menjelang 27 Rejab; Peristiwa Israk Mikraj.

Apa itu Israk Mikraj?


Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.


Manakala Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.


Apakah peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan istimewa* Nabi Muhammad s.a.w itu? 


Kita hayati bersama:-






*istimewa kerana ianya berlaku hanya dalam satu malam


Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):


Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,


02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,


03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.



Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :


01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.


06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.


07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.


11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.


13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.


Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.


Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.


Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.




Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".


Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:


Allah SWT : Ya Muhammad.


Rasulullah : Labbaika.


Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.


Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.


Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj:


Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.


Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya. 


Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj


Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh 
fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa 
dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang 
diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah 
tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di 
Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya 
terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi 
Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh 
dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama 
surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat 
di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu 
kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum  atau bangsa tertentu, malah 
buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang 
menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk  bernama manusia. 
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu 
Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid 
al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid alHaram hingga ke hari ini.  
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat 
Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia 
ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi 
peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan 
mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga 
tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan 
kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan 
Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang 
muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua 
masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan 
penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia 
terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk 
menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan 
peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam

Wednesday, June 13, 2012

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Dah lama majlis ni berlalu. Sila tatap gambar shj, ya...

















sawang di blog..

heh.. lama sangat rasanya tak update entry. banyak urusan. rumahtangga, anak2 dan sesekali kerja luar.

sehingga hujung tahun, aku ada 6 (termasuk 2 yg masih menunggu confirmation) urusan event & sponsorship yg perlu diberi perhatian. rezeki jgn di tolak. tp kalau aku tak larat, mmg kena tolak juga 1, 2 agaknya. duit bukan segalanya. tp segalanya memerlukan duit. huhu..

till we meet again..insya Allah...

Ramadhan hampir tiba..


Saya dengan rendah hati, memohon teman-teman sekalian untuk sama-sama meringankan beban. Sama-sama kita mengejar peluang menambah harta untuk bekal di SANA kelak. 

Sesungguhnya, dalam kepesatan ekonomi negara kita yang membangun ini, masih ramai lagi yang memerlukan bantuan. Hatta negara maju pun, mereka yang dalam kesusahan tetap akan ada, tetap wujud. Pun begitu, kita bersyukur kerana dalam Malaysia tercinta ini, mereka yang dikata dan dikategorikan susah itu, tidaklah seteruk negara lain. Tidak sampai teruk merempat kerana warga negara ini yang masih ada hati nurani, nilai murni, kasih sayang, hormat menghormati dan toleransi. 

Untuk pengetahuan teman-teman sekalian, satu majlis amal akan diadakan minggu depan, dianjurkan oleh sahabat saya Cik Sya (Tel: 0193800003) untuk mengutip dana bagi sebuah rumah perlindungan di Titiwangsa, yang menyediakan perlindungan bagi ibu tunggal seramai 20 orang (berserta anak) dan lebih 50 orang anak-anak yatim; yang diuruskan oleh seorang wanita berusia. Dana tersebut akan digunakan untuk membeli barangan runcit BUKAN makanan untuk keperluan mereka seharian seperti sabun mandi, sabun basuh, peluntur, ubat gigi, syampu dan sebagainya. 

Bagi anda yang sudi menyumbang, mohon salurkan ke MBB: 158033509728 (sila masukkan email address syarizmo@gmail.com jika menggunakan M2U). 

Walau hanya RM10, besar maknanya pada mereka. 

Rebutlah peluang menambah pahala. Hanya Allah jua yang berhak memberi ganjarannya pada anda sekalian yang menderma. Sesungguhnya tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima. 

Bagi pihak penganjur, saya mengucapkan jutaan terima kasih. 

Friday, April 6, 2012

3 tahun..


Zahin Erza.

Bakal menginjak usia 3 tahun, Jun nanti. Anak keempat aku yang hensem. :D
Nakal juga, boleh tahan. Tapi dia sentiasa tahu bagaimana mengambil hati. Kehadiran adik baru, pada awalnya, memang tidak dapat diterimanya. Mengamuk, merajuk, bertingkah, buat kerenah dan macam2 lagi yang boleh mengundang sakit kepala dan jiwa mamanya. Sekarang? Dia sayang adik. Tak henti ciuman singgah di dahi dan pipi adik. Sambil sesekali memicit hidung dan menekan mata juga. Cuma waktu malam, masih perlu ada kelibat mama untuk teman tidur. Penat, memang penat. Tapi itu salah satu cabaran dan keadaan yang perlu seorang ibu tempuh. Tengok anak tidur, dengar anak ketawa, melayan akal mereka, sesuatu yang tak dapat digambar oleh kata-kata, sebenarnya.

Aku bukan tidak pernah mengeluh. Tapi baru-baru ini, aku seolah terjaga dari tidur yang lama. Bila ada teman2 yang turut mengeluh, tapi dengan nada berbeza. Paluan yang memperdengarkan tentang kesunyian mereka, tanpa kerenah anak-anak untuk di layan. Aku terpempan. Terlupa akan keberuntungan aku.

Ampunkan aku, Ya Allah.

Maafkan aku, teman-teman. Aku doakan yang terbaik, untuk kalian. Sesungguhnya, Dia maha mengetahui segalanya.

Monday, March 26, 2012

Buah hati terbaru..Tak bermakna yang lama tidak lagi beraja di hati..


Sudah genap 32 hari si buah hati terbaru ini, hari ini.

Sayang, sudah tentunya sayang. Menjadi perhatian seluruh ahli keluarga. Yang bongsu, si teruna. Pun begitu, ada juga yang iri. Si Abang Chik, Zahin, Masih belum boleh menerima sepenuhnya, kehadiran si adik ini. Slowly, I said to myself, Zahin will accept this newcomer, fully, eventually. Zahin sayang adik. Aku tahu itu. Kerap si adik di cium-cium. Acapkali juga sambil lalu di tepuk muka si adik dan di penyekkan hidung. Kerenah. Macam-macam. Pernah di seret adik dari bilik belakang, hingga ke ruang tamu. Allahuakbar! Terasa kering sekejap darahku, terhenti degup jantung. Mujur juga tidak ada apa2 berlaku.

Waktu malam, paling mencabar. Zahin masih mahu tidur dengan mama. Aku akan tidurkan Zahin dulu, atau jika tidak, tengah2 malam ata pagi2 buta, Zahin akan merengek mencari aku. Sudahnya, dia akan tolak adik, untuk menyelit tidur dengan aku. Kalau waktu itu si adik sedang bergantung susu, makin kuat rengeknya, sambil suruh aku tutup baju, dan letak adik segera. Mesti kena layan dia dulu.

Aku sudah mula memandu. I have to. NO choice. Anak-anak sekolah, kena ada yang hantar dan ambil. Pagi, tengah hari dan petang! Suami tak boleh selalu berkejar pulang untuk urusan yang satu ni. Mengangkut lah aku dengan si kecik dan si  abg kecik. Mujur ada si kakak, yang banyak membantu. Aku tau dia penat. Dia masih kecil, baru 8 tahun. Bukan urusan dia, sepatutnya. Namun dia bijak. Walau adakala perlu di jerit untuk melakukan sesuatu, dia tahu apa yang perlu. Syukur, Ya Allah!

Aku selalu berdoa, mohon kekuatan yang lebih dariNya. Mohon ketenangan dan kesabaran extra.

Darah kotor masih belum kering sepenuhnya. Bila aku tertekan dengan urusan rumahtangga, darah seolah makin banyak. Mungkin akibat terjerit-jerit. Serius, aku tension. Aku perlukan Dia. Aku perlukan sujud padanya. Aku mahu mengadu padaNya dengan sempurna.

Friday, March 23, 2012

Kadangkala, aku tak mampu bertahan dengan ujianNya


Ada anak ramai satu anugerah. Melayan kerenah juga anugerah. Aku bukan menidakkan kuasaNya. Tapi aku tak boleh lari dari berasa marah, geram, tertekan dan macam2 perasaaan lagi, kerana aku manusia biasa.

Tension. Bukan tidak pernah aku rasakan. Macam2 yang jadi puncanya. Tapi, demi Allah, walaupun rasa marah dan geram dengan kerenah anak2, HAKIKATNYA, aku bukan benar2 marahkan mereka. Aku  marahkan diri sendiri, yang dikelilingi cuma ruang kosong. Aku cuma ada suami untuk aku meluah rasa. Tapi, kalau dengan suami, banyak mana sangat yang mampu diluah, kan? Kita TAKKAN nak luah semua. Kan? Sebab kita tau dia penat bekerja, mencari nafkah untuk keluarga. Kita tak mahu memberatkan dan membebankan dia lagi. Dia juga pasti ada masalah sendiri, bagaimana mungkin dia mampu menyelesaikan masalah kita pula, kan? Dia mahu mendengar, sudah mencukupi. Itupun belum tentu dia benar2 meneliti. Mungkin kebanyakan waktunya, cuma masuk telinga kanan keluar telinga kiri! Perihal anak2 yang berkerenah juga adakalanya aku malas nak beritahu suami. Aku tak suka dengar amarah dia pada anak-anak kami. Paling tak suka bila dia penat, marah2 lalu ringan tangan, kaki. Ahhh... Mengeluh, Allah benci. Tapi yg termudah aku lakukan. Aku tak boleh nak marah2 sangat, kerana aku akan mudah pening dan pitam bila meninggikan suara. Aku tak suka memukul, kerana aku tak mahu mengulang perkara hitam yang pernah aku alami sewaktu kecil meningkat remaja. Aku tak suka dipukul, maka aku tak mahu memukul. Sebab tu aku tak teragak-agak meninggi suara dengan suami, andai dia mahu memukul juga.

Pesan aku, kawan2 yang teringin nak anak ramai, sila fikir2 sepuluh kali, ya..
Look around, kalau takde yg sedia membantu ketika perlu, kalau hati tidak sekeras batu, kalau mudah panik ketika buntu, kalau cuma hanya ada suami di sisimu, LUPAKAN niat mu itu..

Tapi, kalau ada ibu yg sedia membantu, mertua yang menyayangi kamu, jiran2 yang peka ketika perlu, TERUSKAN menambah umat Muhammad.

Thursday, March 8, 2012

Sakitnya masih terasa

Hari ini sudah genap dua minggu melahirkan Zikry. 

Mengingat kembali saat-saat melahirkan, aku ngilu. Ngilu bukan sewaktu melahirkan, tetapi sewaktu dicucuk ubat bius. Saat menaip inipun aku terasa ngilu yang amat sangat. Tiga kali tusukan jarum di bahagian belakang (pinggang) memang mengilukan. Merasa aliran ubat bius disegenap urat bahagian belakang itu amatlah menyakitkan. Andai sahaja saat itu suami aku ada, pasti lebam tangan/ bahu dia aku genggam, aku peluk, menahan rasa sakitnya. Tambahan, aku pernah menjalankan pembedahan tulang belakang. 

Sila bayangkan!

Thursday, March 1, 2012

Meet my Erza no. 5



This is my 3rd son, my youngest child. Born Feb 23, 2012. His name is Zikry Erza. It was also a joyful moment of wanting to know the gender of the baby, since he's been 'hiding' it from the start. I was thinking of a girl but deep in my heart, I kind of know that it will be a boy. That's what you called hunch. He's the last. 'Ikat' already. Cannot bear the post-partum  pain of Caesarian Section. Third time in a row! Mothers out there, if you are given the chance to give normal delivery, be strong and face it. It is indeed the greatest gift of all. The best experience ever! Had 2 normal delivery (SVD) and 3 C-sect (LSCS) and that's enough for me. Now, time for me to concentrate on raising them and well educating them. Besides, I want some achievements for myself too.

Friday, January 27, 2012

Aku mohon, sila JANGAN menempah maut..

Pagi ini mendapat perkhabaran, perginya seorang rakan sekolah, yang 2 tahun lebih muda dari aku. Subhanallah, perginya pada penghulu segala hari, Jumaat yang barakah, dalam tidur pula. Aku sedih, kerana dia masih muda. Sedih, kerana dia sudah ada anak. Namun syukur, kerana pastinya dia seorang yang disayangi Allah, kerana terpilih untuk dijemput pada hari Jumaat. Semoga ditempatkan dikalangan para solehin dan solehah. Moga Allah ampunkan dosanya serta menerima segala ibadatnya.

~Al-Fatihah~


credit: google images














Pun begitu, tajuk entri pagi ini bukanlah ditujukan pada si arwah.

Aku sedih tengok kawan2 dan kenalan, yang sudah kehilangan ibu bapa, atas sebab2 kesihatan seperti stroke, yang diakibatkan oleh penyakit kencing manis, darah tinggi, gout dan sebagainya. Kenapa aku sedih? Kerana mereka tergolong dalam golongan mereka yang sengaja menempah maut. Mereka obes dan terlalu gemuk! Peringatan telah diberi depan mata, dengan penyakit yang menimpa sekaligus menjadi punca kematian ibu/ bapa (atau keduanya) mereka, namun kenapa masih lagi mereka alpa?
gambar kredit ismaweb.net

Begitu juga dengan perokok. Andai mereka bukan siapa2 pada aku, lantaklah! Tapi bila kenalan, kawan2, mahupun saudara mara aku yang tergolong dalam kumpulan perokok tegar ini, yang terang2 sudah maklum akan bahayanya, yang ada pengalaman ahli keluarga dimasukkan ke hospital separuh nyawa oleh sebab berkaitan rokok, aku jadi marah. Yang buat aku tambah marah, bila mana gaji tidak seberapa, ahli keluarga makan pakai tak pernah cukup segala, dok mengeluh kata penat bekerja tapi rezeki kurang padanya, nasib tidak memihak mereka, tapi membazir duit beli rokok boleh pula!

Bodohkah mereka ini? Pun rata2 mereka berpelajaran tinggi. Lulusan universiti. Dalam dan luar negeri. Itu yang amat aku kesali. Kalau mereka ni tak habis sekolah, lainlah. Sebab pada aku, memang mereka bodoh tak boleh di ajar. Pun begitu, Allah bagi akal, kan? Tak boleh guna, ke?

Kalau ada antara mereka yang membaca, aku mohon lihat diri dalam cermin. Kalau gemuk sangat, sampai refleksi tak muat di cermin, SILA buat sesuatu. Kurangkan makan, banyakkan senaman. Tak payah bazir2 duit beli mate5 ke, 2Bmodel ke, slimmax ke, herbalife ke apa... Kurangkan makan dan banyak minum air kosong! Benda2 supplement tu hanya pembantu sahaja. Disiplin diri perlu dipupuk terlebih dahulu. Yang merokok kuat sangat tu, tengok sekeliling. Ada anak bini? Masih ada mak bapak lagi? Dah sedia segala macam belanja kalau awak sakit nanti? Dah banyak ke simpanan awak, kalau ditakdir mati meninggal keluarga nanti? Dah cukup bekal nak mengadap Ilahi?

Nak mati cepat? Terpulang. Cuma tolong lah.. jangan menyusahkan orang. Jangan menyusahkan anak bini, keluarga, saudara mara dan jiran tetangga.

Wednesday, January 25, 2012

saat impian ditunaikan dan hajat dimakbulkanNya: 21 Januari 2012



Ogos 2008, aku berjinak-jinak dengan Facebook. Memerhati dan mengutip ilmu apa yang perlu. Selepas beberapa hari, aku buatkan pula akaun untuk suami. Kemudian, entah bagaimana, terlintas di fikiran untuk buat satu group khas untuk idola aku. Oh.. bukan KRU! Pemimpin tersohor dan paling bijak pada hemat aku. Mak dan Ayah aku sangat2 mengagumi dan menyanjung manusia yang satu ini.

Julai 2010, permohonan untuk mengadakan majlis minum petang bersama pemimpin ulung ini diajukan. Malang sekali, beliau terlalu sibuk lantas menolak. Tanpa putus asa, aku bertanya, mencari dan menghubungi sekian ramai manusia, yang mengaku boleh membantu dan kenal dengan beliau, untuk menyatakan hasrat dan tujuan yang sama. Sudahnya, aku merumuskan, jangan terlalu berharap pada bantuan. Usaha, tangga kejayaan. Pun begitu, terima kasih pada kenalan facebook, Kelab Chedet. Tak lokek berkongsi pengetahuan. Surat kedua di utus pada 2 November 2011.

Selama dua minggu, hampir setiap hari aku membuat susulan dengan PA Tun. Sehingga aku merasa, sangat menjengkelkan beliau (hahahaha! Mohon maaf banyak2!)

Tanggal 20 Disember 2011, aku mendapat sepucuk surat dari poslaju. Kerana sudah biasa menerima kiriman poslaju, dan kenal pula dengan si pekerja poslaju tersebut, kami bersembang seketika. Tanpa sedikit pun aku menyangka apa-apa.

Sekilas, ku pandang kiriman surat di tangan. Melihat yang ianya dari Yayasan Kepimpinan Perdana, hati aku berdegup kencang. Setiap apa yang diperkata dek penghantar surat, sudah tidak lagi jelas di pendengaran. Aku mahu segera membuka surat tersebut. Aku mahu segera menamatkan sembang2 kosong tersebut. "Ok, dik.. terima kasih!" Aku memotong perbualan. Tanpa aku mengetahui apa yg kami bualkan dihujungnya. Dengan wajah terpinga, si penghantar surat termangu seketika dan terus berlalu....

Kocoh kacah aku masuk ke rumah. Ku campak tuala yang ku guna menutup kepalaku keluar rumah. Pantas jemariku membuka surat. Anak-anak yang melihat aku cemas, berkumpul mengelilingi aku. Pantas ku baca isi kandungannya. Lantas air mata ku berguguran. Ku baca sekali lagi:-


Puan,
Majlis Minum Petang Bersama Ahli Group Facebook Tun Dr
Mahathir Mohamad
Rujukan: Surat bertarikh 2 November 2011


Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan Y.A.Bhg Tun Dr Siti
Hasmah binti Haji Mohd Ali mengucapkan terima kasih atas jemputan ke
majlis minum petang di atas.
Sukacita dimaklumkan Y.A.Bhg Tun bersetuju hadir di majlis minum
petang bersama ahli group Facebook Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada
hari Sabtu, 2l Januari, 2012 jam 4.30 petang, di The 39 Restaurant,
PNB Darby Park Executive Suite, Kuala Lumpur.
Sekian dimaklumkan. 
Terima kasih.




Aku meraung! Raungan gembira. Tasbih, tahmid dan takbir tak lekang dari bibir. Air mata sangat laju bercucuran. Apa kebaikan yang telah aku lakukan, sehingga Dia mengabulkan doaku? Terima kasih ya Allah! Anak-anak kebingungan. Soalan 'kenapa, ma?' bertalu-talu diaju dari mulut2 kecil anak-anak, silih berganti. Aku peluk cium semua anak-anak. Syukur ya Allah. Aku melompat gembira. Anak-anak turut sama terlompat-lompat, meraikan kegembiraan. Saat tenang seketika, ku sela airmata. Mengumpul kekuatan  untuk berkata-kata. Telefon dicapai, nombor suami di dail. Saat terdengar suara suami dihujung talian, airmata ku gugur semula. Bagai terbayang suami tersenyum, tatkala aku memberitahu khabar gembira itu, dengan esak tangis gembira ku. Ucapan tahniah dari suami aku terima dengan senang hati. Namun hati ku tersentuh sayu, saat akhir perbualan, suami menyatakan, 'Ma, pa bangga dengan mama..' Hujan airmataku bertambah lebat jadinya!
gambar kenangan kami; para Admin + ahli jawatankuasa
bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri

Orang kedua aku hubungi, untuk memberitahu khabar ini, tak lain tak bukan, ialah bondaku. Ku khabar pada emak, bahawa aku akan bertemu Tun. Sememang niatku untuk membuat kedua ibu bapaku merasa sedikit bangga terhadapku. Maklum, aku tiada apa yang boleh dibanggakan, selain dari berupaya habis sekolah, jejak kaki seketika di ITM Jengka, berniaga, berkahwin dan 'memberi' cucu pada keduanya.
Pun begitu, 'seats' yang aku peruntukkan buat kedua ibu bapa, tidak dipenuhi mereka, kerana ada urusan lain pada tarikh yang sama. Apakan daya. Bukan rezeki keduanya.

Sejak dari hari menerima surat persetujuan Tun, aku bekerja siang malam untuk menjayakannya. Dugaan, cabaran, keletihan, dan segala pahit manis dalam memastikan perlaksanaannya, biarlah aku dan Dia saja yang tahu. Terima kasih tidak terhingga pada semua AJK yang membantu. Tak lupa pada Datuk Mukhriz Mahathir, yang sudi menghulur sumbangan peribadi beliau untuk kelancaran majlis, pihak pengurusan dan staf PNB Darby Park, Kuala Lumpur, Datin Nadzriyah serta Avon yang banyak membantu dalam memeriahkan majlis. Juga jutaan terima kasih diucapkan pada suami tercinta, yang membantu menjaga 4 orang anak kami sepanjang hari bersejarah tersebut, di rumah.

Sesungguhnya hari itu merupakan hari terbaik untuk aku!

p.s: gambar2 sekitar majlis ada di group TunDrM. Jemput join!
p.s.s: ku tunjuk gambar2 pada mak dan ayah.. terlihat riak bangga di wajah mereka. kesampaian juga hasratku!
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online