Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, January 25, 2012

saat impian ditunaikan dan hajat dimakbulkanNya: 21 Januari 2012



Ogos 2008, aku berjinak-jinak dengan Facebook. Memerhati dan mengutip ilmu apa yang perlu. Selepas beberapa hari, aku buatkan pula akaun untuk suami. Kemudian, entah bagaimana, terlintas di fikiran untuk buat satu group khas untuk idola aku. Oh.. bukan KRU! Pemimpin tersohor dan paling bijak pada hemat aku. Mak dan Ayah aku sangat2 mengagumi dan menyanjung manusia yang satu ini.

Julai 2010, permohonan untuk mengadakan majlis minum petang bersama pemimpin ulung ini diajukan. Malang sekali, beliau terlalu sibuk lantas menolak. Tanpa putus asa, aku bertanya, mencari dan menghubungi sekian ramai manusia, yang mengaku boleh membantu dan kenal dengan beliau, untuk menyatakan hasrat dan tujuan yang sama. Sudahnya, aku merumuskan, jangan terlalu berharap pada bantuan. Usaha, tangga kejayaan. Pun begitu, terima kasih pada kenalan facebook, Kelab Chedet. Tak lokek berkongsi pengetahuan. Surat kedua di utus pada 2 November 2011.

Selama dua minggu, hampir setiap hari aku membuat susulan dengan PA Tun. Sehingga aku merasa, sangat menjengkelkan beliau (hahahaha! Mohon maaf banyak2!)

Tanggal 20 Disember 2011, aku mendapat sepucuk surat dari poslaju. Kerana sudah biasa menerima kiriman poslaju, dan kenal pula dengan si pekerja poslaju tersebut, kami bersembang seketika. Tanpa sedikit pun aku menyangka apa-apa.

Sekilas, ku pandang kiriman surat di tangan. Melihat yang ianya dari Yayasan Kepimpinan Perdana, hati aku berdegup kencang. Setiap apa yang diperkata dek penghantar surat, sudah tidak lagi jelas di pendengaran. Aku mahu segera membuka surat tersebut. Aku mahu segera menamatkan sembang2 kosong tersebut. "Ok, dik.. terima kasih!" Aku memotong perbualan. Tanpa aku mengetahui apa yg kami bualkan dihujungnya. Dengan wajah terpinga, si penghantar surat termangu seketika dan terus berlalu....

Kocoh kacah aku masuk ke rumah. Ku campak tuala yang ku guna menutup kepalaku keluar rumah. Pantas jemariku membuka surat. Anak-anak yang melihat aku cemas, berkumpul mengelilingi aku. Pantas ku baca isi kandungannya. Lantas air mata ku berguguran. Ku baca sekali lagi:-


Puan,
Majlis Minum Petang Bersama Ahli Group Facebook Tun Dr
Mahathir Mohamad
Rujukan: Surat bertarikh 2 November 2011


Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan Y.A.Bhg Tun Dr Siti
Hasmah binti Haji Mohd Ali mengucapkan terima kasih atas jemputan ke
majlis minum petang di atas.
Sukacita dimaklumkan Y.A.Bhg Tun bersetuju hadir di majlis minum
petang bersama ahli group Facebook Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada
hari Sabtu, 2l Januari, 2012 jam 4.30 petang, di The 39 Restaurant,
PNB Darby Park Executive Suite, Kuala Lumpur.
Sekian dimaklumkan. 
Terima kasih.




Aku meraung! Raungan gembira. Tasbih, tahmid dan takbir tak lekang dari bibir. Air mata sangat laju bercucuran. Apa kebaikan yang telah aku lakukan, sehingga Dia mengabulkan doaku? Terima kasih ya Allah! Anak-anak kebingungan. Soalan 'kenapa, ma?' bertalu-talu diaju dari mulut2 kecil anak-anak, silih berganti. Aku peluk cium semua anak-anak. Syukur ya Allah. Aku melompat gembira. Anak-anak turut sama terlompat-lompat, meraikan kegembiraan. Saat tenang seketika, ku sela airmata. Mengumpul kekuatan  untuk berkata-kata. Telefon dicapai, nombor suami di dail. Saat terdengar suara suami dihujung talian, airmata ku gugur semula. Bagai terbayang suami tersenyum, tatkala aku memberitahu khabar gembira itu, dengan esak tangis gembira ku. Ucapan tahniah dari suami aku terima dengan senang hati. Namun hati ku tersentuh sayu, saat akhir perbualan, suami menyatakan, 'Ma, pa bangga dengan mama..' Hujan airmataku bertambah lebat jadinya!
gambar kenangan kami; para Admin + ahli jawatankuasa
bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri

Orang kedua aku hubungi, untuk memberitahu khabar ini, tak lain tak bukan, ialah bondaku. Ku khabar pada emak, bahawa aku akan bertemu Tun. Sememang niatku untuk membuat kedua ibu bapaku merasa sedikit bangga terhadapku. Maklum, aku tiada apa yang boleh dibanggakan, selain dari berupaya habis sekolah, jejak kaki seketika di ITM Jengka, berniaga, berkahwin dan 'memberi' cucu pada keduanya.
Pun begitu, 'seats' yang aku peruntukkan buat kedua ibu bapa, tidak dipenuhi mereka, kerana ada urusan lain pada tarikh yang sama. Apakan daya. Bukan rezeki keduanya.

Sejak dari hari menerima surat persetujuan Tun, aku bekerja siang malam untuk menjayakannya. Dugaan, cabaran, keletihan, dan segala pahit manis dalam memastikan perlaksanaannya, biarlah aku dan Dia saja yang tahu. Terima kasih tidak terhingga pada semua AJK yang membantu. Tak lupa pada Datuk Mukhriz Mahathir, yang sudi menghulur sumbangan peribadi beliau untuk kelancaran majlis, pihak pengurusan dan staf PNB Darby Park, Kuala Lumpur, Datin Nadzriyah serta Avon yang banyak membantu dalam memeriahkan majlis. Juga jutaan terima kasih diucapkan pada suami tercinta, yang membantu menjaga 4 orang anak kami sepanjang hari bersejarah tersebut, di rumah.

Sesungguhnya hari itu merupakan hari terbaik untuk aku!

p.s: gambar2 sekitar majlis ada di group TunDrM. Jemput join!
p.s.s: ku tunjuk gambar2 pada mak dan ayah.. terlihat riak bangga di wajah mereka. kesampaian juga hasratku!

2 comments:

Basit . Farah said...

Eranee, farahiah ni... i saw my parents in gambar kenangan AJK bersama Tun. sorry ya parents saya tidak berganjak keluar walaupun tu gambar AJK.. huhu.. anyhu thanks byk2 tlg ambil gambar parents saya.. tak sangka usaha yg terlalu byk disalurkan untuk program hi-tea bersama Tun! tapi mmg terbaik! saya sedih n terharu n tertitis air mata membacanya... Alhamdulillah, everything went well as planned! May Allah bless you and ur beloved family, Tun Mahathir and wife and all of us Ameen.. thanks for making it happen! fulfilled everyone's dreams! love u Eranee! ur the best! congratulations for the superb + unforgettable Hi-Tea event! take care assalamualaikum. Xo

eraerzarusli said...

Waalaikumussalam.

Aww..Farah! jangan lah puji saya melambung. :)

Usaha keras, membuahkan hasil terbaik. Hanya dengan izinNya jua, dear.

Tak apalah, walau terselit gambar your parents dlm AJK. Bukan senang nak berpeluang bergambar dengan Tun. Kita pun faham. :)

thanks Farah! U, take care too!

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online