Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, April 6, 2012

3 tahun..


Zahin Erza.

Bakal menginjak usia 3 tahun, Jun nanti. Anak keempat aku yang hensem. :D
Nakal juga, boleh tahan. Tapi dia sentiasa tahu bagaimana mengambil hati. Kehadiran adik baru, pada awalnya, memang tidak dapat diterimanya. Mengamuk, merajuk, bertingkah, buat kerenah dan macam2 lagi yang boleh mengundang sakit kepala dan jiwa mamanya. Sekarang? Dia sayang adik. Tak henti ciuman singgah di dahi dan pipi adik. Sambil sesekali memicit hidung dan menekan mata juga. Cuma waktu malam, masih perlu ada kelibat mama untuk teman tidur. Penat, memang penat. Tapi itu salah satu cabaran dan keadaan yang perlu seorang ibu tempuh. Tengok anak tidur, dengar anak ketawa, melayan akal mereka, sesuatu yang tak dapat digambar oleh kata-kata, sebenarnya.

Aku bukan tidak pernah mengeluh. Tapi baru-baru ini, aku seolah terjaga dari tidur yang lama. Bila ada teman2 yang turut mengeluh, tapi dengan nada berbeza. Paluan yang memperdengarkan tentang kesunyian mereka, tanpa kerenah anak-anak untuk di layan. Aku terpempan. Terlupa akan keberuntungan aku.

Ampunkan aku, Ya Allah.

Maafkan aku, teman-teman. Aku doakan yang terbaik, untuk kalian. Sesungguhnya, Dia maha mengetahui segalanya.

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online