Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Thursday, July 23, 2009

transformasi si kakak..Erza Dalia, dulu dan sekarang.












she's pretty, right?


1 day old

2 weeks old

3 months old


6 months old




usianya bakal mencecah 5 tahun, 1 syawal nanti.

dia aku rasakan anak yang cepat perkembangan otaknya. dia juga seorang pemerhati yang hebat. fast learner dan sangat cerdik. dia juga ada curiosity yang tinggi tapi pandai mengawal tahap ingin tahunya itu. hanya bila perlu, baru ditunjukkan. bijak mengawal keadaan, dan menyimpan perasaan. she's more like me, i suppose.

aku akan sayu kalau dia yang sepanjang hari bersekolah dan membantu aku mengurus adik2 dan kerja rumah dimarah; oleh papanya atau siapa pun jua. that teary eyes, the disappointed look, and then pretending to be ok eventhough she's not, makes me sad. hurts me, badly inside.

aku suka dalia yang dulu. very energetic, bersemangat dan lebih ceria. kenapa agaknya perubahan yang berlaku ni ya? dia sudah kurang selera makan. badan susut dan kulit pun tak sihat. selalu demam dan sering juga sakit macam2. as a mom, i do feel guilty. salah ke penjagaan aku selama ni? apa yang tak kenanya? aku tak ada masa dengan dia ke? aku tak layan dia ke? aku akui, dlm proses dia membesar, aku tak banyak habiskan masa dengan dia. tapi aku cuba juga sedaya upaya melayan segala macam pertanyaan dan permintaan dia. sesungguhnya dia anak yang sangat memahami. aku sayang sangat dengan dia. bila dia tidur, kepenatan, aku selalu jadi sayu melihat dia dari hujung kepala sampai kaki. bukan tak pernah marah, tapi semuanya untuk kebaikan dia. dia tak pernah, atau mungkin tidak pandai lagi menyatakan dan menunjukkan ketidakpuasan hatinya dengan teguran aku. paling kuat pun dia akan masam muka, atau buat tak tahu. dia sangat bijak dalam membuat penilaian. itu aku tahu. cuma kadang2 rasa ingin tahu yang tinggi akan buat dia cuba benda yang mengarut dan seterusnya mengundang kemarahan aku. dia pernah gulung kertas kecik2, masukkan dalam hidung. pernah juga merasa dengan lidah segala macam yang dia pegang. terbaru, kesan pen pada kertas; dijilat. haih..apsal la banyak eksperimen dia menggunakan deria rasa?

apa yang dalia suka?

makan:-

pasta. any kinds of pasta. kalau pegi/order pizza, memang itu pesanan dia. kalau pegi secret recipe? sah2 itu juga. sepinggan besar, dia sorang je..selamba. dan sebab itu, aku selalu sediakan stok pasta di rumah. bukan susah pun nak masaknya, kan?

nasi dengan sardin. dalia kalau dapat sardin, jgn la masak nasi setakat dua pot je..tak cukup!! kalau takde lauk kat umah, sardin sudah cukup untuk membuat dia berselera makan. kalau takde beras? kena beli la..dia tak makan sardin dengan 'pasangan' lain.

roti. dia makan roti kosong je. takde nak cecah apa2. abis2 pun dgn milo jek.

ikan stim dan udang. yezzzzaaaaaa....kalau bawak pg seafood restaurant, ikan stim mesti ada aaa.. udang kena goreng tepung. dan dalia makan isi udangnya saja...tepungnya? ziyad makan (sebab ziyad tak makan udang..muahahhaha).

coklat. dia sangat suka coklat. tapi aku hadkan sebab dia selalu batuk. besides, aku tak nak ajar dia makan coklat sangat. nanti rosak gigi. gula2? sumpah dia tak makan. tak reti kot. kalau masuk mulut pun, hisap kejap, pastu buang. membazir jek. hehhhee..


minum:-

milo dan susu coklat! kadang2 je minum soya. kalau pegi kedai, jgn la letak milo depan dia. tak lalu makan punya. nasi baru dua suap, milo segelas dah habis!

of course dia suka bermain. cuma malas nak main dengan adik2 sebab selalu bergaduh. so, tak nak bertekak, dia selalu mengalah. ada sekali, dia dah tak tahan agaknya dengan ziyad (budak ni cepat tangan. laju je tangan dia nak mencubit ke, memukul ke. ngalahkan pompuan!), dia flying kick adik dia tu. terkejut aku. sib baik flying kick tak kena. but the look on her face, nampak sangat dia bengang ngan yad. aku faham..aku faham..(aku pun pernah bertumbuk dengan adik lelaki aku dulu..dulu laaa)

apa2 pun, dia tetap puteri kesayangan. aku selalu cuba kontrol marah dengan dia. sebab aku tak nak jadi mcm aku kecik2 dulu, selalu kena marah dan kena pukul (aku yang nakal). it turns out, aku tak payah marah2 pun dengan dia. jarang sangat la dia buat aku marah. dia buat aku senyum ada..dengan keletah dia, dengan kata2 yang tak disangka keluar dari mulut dia, dengan kebijaksanaan dia.

Itulah puteri mama, Erza Dalia.

1 comment:

¿n0die? said...

suke gmbr de yg first! gmbr de yg last sgt kurang sopan -_____-" hahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online