Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, July 8, 2009

seni itu indah...dan mengenali Zairi, menambah keunikan dan keindahan seni itu..

aku suka seni. tak kisah la apa jenis seni pun. dari seni hiburan, penulisan, seni pentas, sampailah ke seni halus. aku memang suka. tapi mungkin tidak sedalam dan sehebat para penggiat seni itu sendiri.

kalau ada pertunjukan seni, andai ada masa, aku akan pergi. konsert, setakat ni tak pernah pg yang besar2. cuma mini konsert DEWA yang kat stadium malawati dulu. itupun tunang (now dah jadi suami, ya..) yang bawak. pernah juga pg mini showcase Moffatts, Five dan The Boyz. dulu laa..masa bujang2 dan zaman boyband jadi kegilaan.

tengok pameran lukisan? aku suka. tengok2, cuba memahami maksud di sebalik luahan seni mereka di atas kanvas dan juga gatal tangan cuba merasa kehalusan seni itu (walaupun dah terang2 tertera 'JANGAN SENTUH' di setiap lukisan yang dipamerkan..hehehe).

apa yang menyebabkan aku kata mengenali suami aku mengindahkan lagi seni? kerana mengenali dia, aku jadi makin dekat dengan dunia seni. dia dikelilingi oleh orang2 seni. mereka yang emosinya tinggi dan halus, macam seni juga. mengenali suami aku, aku berkesempatan 'meninjau' dunia seni. dia bawa aku ke auditorium MBSA, jumpa siti nurhaliza depan mata (tapi kaku tak terkata, salam pun tidak..buduh!), right after kursus nikah kawen kitorang. then, bawa aku tgk DEWA. membanggakan aku bila dia sendiri (dgn band dia) buat show sempena thn baru di dataran shah alam pd 2003. sempat la jugak gi buat rambut kat alam sentral tu..hehehe..sempat juga ambik gambar dgn ally iskandar (pengacara masa tu), sambil di kerling jeles oleh suami aku..hehehe..
suami aku, secara tak langsungnya adalah orang seni. jadinya, hidup aku juga dah jadi 'seni'. halus, mulus, dan yang nyata, susah difahami. hanya kami sahaja yang lebih arif dengan contengan seni hidup kami. dan aku bangga, terlibat dalam seni ini...terima kasih, Zairi.


gambar ini diambil di Putrajaya, dan kami masih dalam tahun pertama perkahwinan.
aku mengandungkan Dalia masa ni, dah dua bulan tapi tak sedar. hehehehe..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online