Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, December 2, 2011

Salah..

Aku pernah senyum sinis, membaca status atau komen di FB seorang kenalan adik, bila mengetahui melalui adik aku, yang si polan itu dulu 'menyetan' juga. Pernah juga geleng kepala, bila mana ada status updates dari kawan2 dan/ atau kenalan yang sekenal aku, tak begitu bagus 'amalan' nya, tapi memohon dan mengharap belas dari Allah s.w.t.

Sangat kejam dan keji, rasanya tindakan aku itu, kan? Siapa aku untuk mencebik? Mengherdik? Berpaling dan menjuih bibir kerana jelek? Walau si polan orangnya 'hectic', terbuka, dikenali kerana sikap suka huha-huhanya, namun tindakan beliau mengharap kasih dan ihsan dari Yang Satu adalah mulia, kan? Setidaknya dia tidak memohon dan bergantung harap pada yang selain penciptaNya, kan? Sekurang-kurangnya dia masih saudara seagama aku, kan?

Bunyi macam sangat hipokrit.

Ya.. ada yg melabel aku hipokrit. Sia-sia. :) Seolahnya sangat mengenali aku, sedangkan tidak sedikitpun ambil peduli tentang aku. Katanya, dengan harapan aku berubah.

Persoalannya, tahukah dia aku berubah? Atau setidaknya cuba untuk berubah? Sedarkah dia akan aku yang dulu dan sekarang jauh berbeza? Mahukah dia meletakkan dirinya di situasi yang sama, sedang dia juga BARU berubah? Jauh di sudut hati, ingin sangat aku doakan, agar dia merasa apa yang aku rasa. Tapi itu tidak harus.

Maka aku hanya akan terus bersetuju:-

Manusia. Itulah hakikatnya.

Aku tahu apa yang aku pernah buat itu salah. Memang sangat salah. Menegur kesilapan bahasa dan ejaan bahasa inggeris teman dan kenalan juga, salah. Biarlah mereka terus-menerus salah, asal aku tidak menyakitkan hati mereka. Berdiam diri, lebih baik. Orang tanya, baru jawab. Ok? :)

Tuhan telahpun menghukum aku dengan apa yang berlaku pada aku. DIA menyebabkan aku disinis, dipandang jelek, malah juga dicebik. FAIR PUNISHMENT.

Allah itu maha adil.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online