Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, February 16, 2015

Air kolah masjid dan signifikannya dalam perubatan Islam.

Pernah dengar, kan?

'Nak ubat sihir/ tuju-tuju/ santau dan sebagainya, kena ambil air dari kolah 7 buah masjid, buat mandi."

Aku tak tahu sangat hal ni. Tak arif. 

Sewaktu berhenti menunaikan solat asar di Masjid al-Ansar, Pekan Kapar, Klang, aku terserempak seorang anak muda, mungkin dalam lingkungan 16 tahun, berada di ruang belakang, berdekatan tempat wudhuk wanita, sedang mengisi air kolah dalam botol. Masjid ini, kolahnya di bahagian belakang. Aku beranikan diri bertanya, "ada orang sakit, dik?" Dengan senyum manis, dia menjawab, "ya cik. Mak saya." Serta merta riak wajahku berubah; sayu. "Allahu..mak sakit apa?" Ku ajukan lagi soalan. Dengan senyum juga dia menjawab, "..busung, cik." Lantas ku hadiahkan sepotong doa tulus dari hati untuk ibunya. "Terima kasih, cik." Berlalu sesudah mengucapkan salam, hatiku masih terpana. Seketika dia terhenti. Kembali berpatah kepadaku. "Cik, kat kawasan sini, kat mana lagi masjid ada kolah, ya?" 

Dari situ, terdetik hati ku untuk posting ini. 

Pastinya, pada adik itu sudah ku beritahu beberapa masjid sekitar yang ada kolah. 

Masjid yang aku tahu mempunyai kolah:-

1. Masjid Hijau, di Subang Airport. Juga dikenali sebagai Masjid SAAS atau Masjid Subang Airport. (aku dulu duduk di Bukit Subang, aku selalu ke sini.)

2. Masjid Batu 4, Jalan Kapar.

3. Masjid Ahmadi, Lebuhraya Selat Klang, Kg. Rantau Panjang, Klang

4. Masjid Nurul Hasanah, Bukit Belimbing, Kuala Selangor. 

In sya Allah, akan aku update lagi. 

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online