Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, February 27, 2013

Bila lama tidak 'berlagu..'

Uhhh... Lama juga tinggalkan blog. Masa tak mencemburui aku. Aku yg terkejar-kejar mencari ruang masa. Anak dah lima beb. Yang mana sekolah, yang mana masih perlu dibasuh berak kencing, yang mana masih perlu disalin lampin dan menyusu. Ya. Aku sibuk dengan urusan kerja rumahtangga yang 24jam takkan habis. Dan bila ada kerja luar mengundang, aku sangat2 berharap aku ada lebih dari 24jam sehari. Sungguh tak menang tangan kaki! :)

Hujung minggu ni aku ada tugasan sebagai emcee. Askar2 yang berempat aku hantar 'berkhidmat' di kampung Ayah aku. Ohh.. bukan di bawah jagaan kedua orang tuaku, tetapi makcik2 aku. Sungguh aku bersyukur, bila mereka sudi membantu untuk tengok2kan anak2 aku; cucu2 saudara mereka. Ada juga faedahnya bila aku rapat dan membesar bawah jagaan mereka masa kecil. Asal saja cuti sekolah, Ayah akan hantar aku ke kampung. Kesannya, aku ada rasa sedikit bangga, bila aku mengekalkan silaturrahim  ini hingga dewasa dan berkeluarga. Aku juga bangga dan terharu, bila mereka menyayangi anak2 aku. Mereka juga pernah berkata, andai aku dan suami nak ke Tanah Suci, mereka sudi menjaga anak2 kami ini. Terima kasih. Kakak doakan acik berdua sihat dan di lindungi Allah selalu. Benarlah, bila kita mudah memaafkan, menjaga hubungan kekeluargaan, Tuhan memudahkan urusan seharian kita. Aku sayang Acik Ros dan Acik Kam aku. Waktu aku darjah 6, aku dianugerah sebagai pelajar terbaik B. Inggeris dan Muzik. Ayah dan mak kerja, dan acik2 ni lah yang menjadi peneman dan saksi aku naik ke pentas penyampaian hadiah. Acik Ros juga yang bawak aku merasa naik komuter buat pertama kali masa sekolah dulu. Acik Kam ajar aku masak2, menggosok dengan seterika bara yang berat ya amat tu, juga menjahit sikit2.. Acik Ros ajar aku baking2. Arwah nenek ajar tangkap ayam, dan cabut bulu ayam. Ajar cabut batang ubi kayu juga. Nostalgic!

Tak kisahlah akan cerita suram antara keluarga. Mak aku pesan, kalau sayang dia, jaga air muka dia. Kenapa? Sebab lumrah manusia, kalau ada salah dibuat, tak tuding jari pada si pembuat dosa, tapi pada mak ayahnya juga.. 

Kan?


No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online