Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, October 2, 2013

Susahkah memahami aku?

Bila aku sudah mula mengetuk keyboard..

Susah untuk aku berhenti. Idea perlu dicurah segera agar tidak beku dalam benak kepala. Hingar anak-anak meski sesekali mengganggu konsentrasi, tidak aku hiraukan. Setidaknya sekejap.

'Beri peluang mama meluah rasa sebentar wahai anak-anak!' Getus hatiku. Namun hanya dalam hati.

Banyaknya kisah yang mahu aku coret, tapi tinta elektronik ini tidak peramah dengan aku.

*****    *****    *****     *****     *****     *****     *****     *****     *****     *****

Aku serius orangnya, jika membincangkan atau berbicara tentang hal serius. Pun begitu jika terlalu tegang, aku jadi rimas. Aku juga suka berjenaka. Ringankan kepala. Aku tak suka serabut. Aku lebih suka diam, jika topik perbincangan tidak ada kaitan dengan aku dan jika aku rasakan si penceloteh hanya buat cerita bodoh.

Aku mungkin tidak ada segulung ijazah, tapi itu bukan ukuran tingkat cerdik akalku. You'll be surprised. 

Aku tak suka disuruh. Diarah. Bukan nature aku. Aku dilahirkan untuk mengepalai, membimbing. Bukan mengikut, bukan menurut. Maka, hanya yang bijak boleh berkomunikasi dengan aku. Tahu bagaimana untuk menukar tona 'suruh' kepada 'minta'.

Tak susah pun kan?

Kenali aku sedalamnya, sebelum menilai bagaimana orangnya aku.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online