Apa sudah jadi dengan mereka yang mengaku manusia ini di Malaysia? Mana pertimbangan diri? Mana akal waras? Mana pegangan agama?
Google sahaja 'kanak-kanak didera pengasuh' tak sampai 20 saat berderet berita dan ceritanya. Tu belum masuk yang di muat naik dalam youtube kes deraan melibatkan pengasuh dari seberang. Anak-anak yang patah kaki, tangan, malah ada yang meninggal dunia kesan dari kecederaan atau pendarahan otak akibat deraan pula, entah berapa ramai agaknya. Runtun hati aku yang beranak lima ni melihatnya. Setiap kali terbaca, pasti meluncur laju dari mulut aku ni keluhan istighfar dan 'ya Allah anak aku..' Sebab aku merasakan seolah anak yang kena dera itu anak aku. Tak dapat aku bayangkan kalau berlaku pada anak-anak aku. Memang salah langkah la pengasuh tu (kalau anak aku yang kena la..)
Terkini yang aku baca, kes di PJ, anak didera pengasuh yang duduk selang tiga pintu. Macam !@#$. Ketiak dan punggung anak tu dicubit dengan kuku sampai luka-luka. Pipi ada kesan rotan, bengkak. Tolonglah bawak si pendera tu jumpa aku, aku nak lempang dia berkali-kali. Pedulik lah dia ada sakit jantung ke tak. Sakit hati aku membacanya.
Bodoh agaknya mereka yang suka mendera kanak-kanak ni lah. Haiwan jelmaan. Sakit mental. Tak layak digelar manusia.
No comments:
Post a Comment