saat posting ini di taip, aku berada di melaka. bukan beraya, tapi bercuti saja. kelakar ke? since aku di 'kategori' kan sebagai orang bandar, maka raya adalah sesuatu yang boleh dianggap biasa sahaja. feel nya, kurang. sejak dulu lagi mmg begitu. waktu kanak-kanak, mungkin kemeriahannya bila dapat mengutip duit raya. dah menginjak usia remaja, wang di dalam sampul sudah makin kurang jumlahnya. :) .. Jadinya, dah tak ada apa yang nak direbutkan dan dikejarkan sangat. bila dah berkerjaya, lagi sibuk. sibuk sebab kawan2 akan berebut mintak ganti cuti (sebelum atau selepas raya, ikut turn), sebab diorang nak balik kampung beraya. maklum, aku takde kampung nak dituju. kot ada pun dekat aje, kan..? makanya, memang sejak kenal erti beraya, sambutannya sangat biasa dan ala kadar sahaja.
bila dah berumahtangga, rasa seronoknya beraya sebab ada giliran. ya.. giliran sudah mula jadi salah satu dari peraturan kehidupan. tapi, aku best. tak payah sibuk2 gaduh2 nak pi balik umah mak sapa dulu. mana2 pun boleh sebab masing2 duduk dekat2. sepelaung jek. hehehehe... bila dah ada anak2 ramai, uami aku putuskan untuk beraya di rumah dulu (ye la...dah ada rumah sendiri, kan..) dan akan bergerak ke rumah bonda (ikut turn yg telah ditetapkan) selepas solat aidilfitri. but last year, raya celebration was made at our home. both my husband's and my parents, along with my siblings and in laws family were gathered together merrily. why? because last year's eid fell on the 20th September and that was the date of my 1st daughter's birthday. sangat meriah!
bab duit raya, anak sulung aku dah pandai buat kira-kira. magik la gamaknya. budak2 ni tanpa di ajar akan berbunyi kalau nak dpt duit raya. lebih2 lagi kalau TAK dapat duit raya. chehh!! yang best, aku pun dapat duit raya.. dari mak. tiap2 tahun dapat. termasuk la laki aku. adik ipar aku pun dapat. pendek kata, anak2 dan menantu, semua dapat. seronok, kan? rasa macam kanak2 pula. hehehehehehe. segan tu memang segan juga. sebab kita yang sepatutnya bg dia duit raya tapi apakan daya, blom mampu nak bagi lagi. insya allah, one day..mesti akan bagi! semoga mak dan ayah aku dilimpahi kemurahan rezeki dan kesihatan yang baik. aminnn...
No comments:
Post a Comment