"politik itu kotor!"
kata seorang teman fb.
ya, kalau kotor caranya, kotor lah ia. tapi, setakat yang aku tengok, alami dan amati, memang kebanyakannya kotor. berpeluang menjadi naib ketua puteri cawangan (walau sekejap) memang jadi satu pengalaman berharga. bukan membangga diri, tapi itu ilmu hidup yang perlu dihargai. betapa dalam politik kita boleh sekelip mata menilai manusia. baik yang terang dan nyatanya bertopeng iman berhati nista, mahupun sebaliknya. kasihan, memang kasihan. atas sebab itu jugalah aku meletak jawatan. banyaknya hanya membuang masa. mungkin hanya di cawangan tempat aku ditawar jawatan, aku tidak tahu. kalau ya, memang malanglah nasib aku! :)
walau aku aliran perdana, tapi tidak bermakna aku sokong segalanya. walau aku bukan minoriti, tapi tak sepenuhnya aku bangkang membuta tuli. akal yang tuhan bagi, perlu diasah dan diguna pakai secara logik dan hakiki. punyai suami yang berfikiran terbuka, dikurniai ayah yang luas pengalaman dan akalnya dalam berbicara, menjadikan aku matang dalam berfikir tanpa dipaksa. saat berpeluang meluang masa bersama ayahanda memang aku suka. dia idola aku dalam isu semasa. dia juga idola aku dalam menentu arah tuju kehidupan yang penuh pancaroba. suami, penguat semangat aku untuk terus berlayar dalam arus deras hidup ini. anak2, penyeri bagi setiap langkah yang aku ambil, demi masa depan yang stabil. aku suka bila berbicara soal berkaitan politik dan semasa dengan suami. dia pendengar yang setia. tidak terus memotong bicaraku dan mematahkan hujahku andai ianya bukan sesuatu yang dipersetujuinya. bidasan akan diberinya, dengan cermat dan penuh hemah. ya.. dia macam ayah. sebab itu aku mempersuamikannya! :))
oh ya.. walau aku bergelar suri rumah sepenuh masa, jangan pandang aku hanya sebelah mata. sebab kebanyakan mereka yang merendah2kan aku, dan menolak mentah2 pandangan seorang ibu yang duduk di rumah seperti aku, akhirnya tunduk malu kerana kalah tipis berhujah denganku!
ehh.. bunyi macam membangga diri ke? ampun.. jauh sekali dari niat di hati!
No comments:
Post a Comment