- Bila jalan2 ke taman tasik shah alam, dengan niat mahu memperkenalkan dan menyemai kecintaan anak2 pada alam sekitar dicemar dengan keadaan yang kotor dan penuh sampah sarap; memang tak memberangsangkan dan bukan hari yang baik dan bertepatan dengan konsep yang ingin diterapkan. apatahlagi, ianya bertempat di shah alam, sebuah nama 'gah' di selangor yang bakal menyambut usia 10 tahunnya bergelar bandaraya 10.10.10 ini. sangat tidak best!
- bila negara sibuk 'disuruh' menyokong barangan buatan malaysia dan jenama tempatan tapi dalam masa yang sama, memberi ruang pula pada jualan murah (kononnya) barangan berjenama. tambah kelakar bila situasi ini berlaku di pusat pentadbiran negara, PUTRAJAYA.
- bila pihak berkuasa sibuk suruh patuhi undang2 jalan raya, tapi mereka tidak berbuat demikian; memandu melulu tanpa ada siren atau lampu dihidupkan dan TIDAK memakai tali pinggang keledar. ok, memang tak banyak dah yg mcm ni berbanding dulu, tp ianya tetap umpama 'ketam mengajar anaknya berjalan lurus'.
- bila banyak bantuan dihulur keluar negara, sedang dalam negara masih banyak yang memerlukan bantuan segera.
- bila iklan hari raya menjadi iklan 'satu malaysia' oleh stesen tv swasta utama negara, tanpa mengambilkira sensitiviti agama, sedangkan peneraju stesen tv tersebut adalah mereka yang mengaku beragama Islam, khususnya!
I support breast feeding!
Tuesday, September 14, 2010
bila yang diuar-uarkan menjadi tidak relevan, ianya umpama pepatah 'bagai anjing menyalak bukit' atau juga pepatah 1 Malaysia'cakap tak serupa bikin!'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment