Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, August 20, 2010

ramadhan datang lagi..

aku bukanlah hambaNya yang baik. aku mengaku. terlalu banyak salah silap yang telah aku lakukan terhadapNya sepanjang hidupku. namun aku yakin Dia sayangkan aku. sebab, walau kerap mana sekalipun kepincangan aku lakukan, samada sengaja atau tidak, andai aku sujud dan mengadu, DIA selalu dekat pada aku. Dia selalu dengar rintihanku. dan adakala, Dia kerap juga kotakan mintaku. malu, aku malu denganNya. saban hari aku cuba berubah jadi lebih baik dari semalamnya. aku yakin dengan Dia. aku tahu Dia selalu melihat dan mengawasi tiap langkah dan geriku. ampun, ya Rabbi. bimbinglah aku sentiasa!

ramadhan.. kali ini adalah ramadhanku yang ketujuh, tidak menjengah ke masjid untuk bertarawikh. rindu, sungguh aku rindu. andai alasan bahawa aku punya anak berderet (malah ada yang masih menyusu badan) tidak dapat diterima kalian, terpulanglah. tapi memang itu alasan utamanya. lagi pula, aku tak mahu kecoh-kecoh di masjid dengan anak2 kecil. bising dan mengganggu jemaah lain. jika terganggu, mana datang khusyuknya? betul? maka, aku turut kata suami tercinta, tinggal di rumah sahaja. maka, selama tujuh tahun inilah, aku di rumah sahaja. aku cuba tiap ramadhan untuk khatam quran, sebagaimana yang ibuku lakukan, namun aku hanya mampu tak sampai separuh kitab. jadilah. walau tersangkut-sangkut dek kerana lama tidak mengadapnya. aku tetap tenang dengan usaha kecilku itu.

ramadhan. ramadhan. walau orang lain sibuk mencari rezeki sampingan di bulan mulia ini, aku tidak terlalu mengharap. bukan tidak mencuba itu dan ini, namun niatnya bukan untuk mewahkan diri. ada juga kenalan, malah saudara yang sibuk2 berniaga di bulan ramadhan, tapi tidak hiraukan suruhan Yang Esa. bagaimana mungkin rezeki itu jadi berkat, ya? andai di kenang2, aku jadi marah dan bengang. tak elok membuka pekung. biar semuanya aku simpan dan perasaan sesak ini aku tanggung.

ramadhan kali ini, aku dihadiahkan sesuatu yang istimewa dariNya; perasaan indah menjadi seorang ibu. anak sulungku yang baru menginjak usia 6 tahun, sudah mula belajar puasa. dan sehingga hari ke sepuluh hari ini, dia penuh berpuasa! apa lagi yang seorang ibu harapkan? ianya satu perasaan yang cukup indah. walau saban waktu aku merasakan aku tidak sekental dan sehebat ibu2 lain di luar sana, namun ini setidaknya memberi aku ruang untuk bernafas lega; bahawa aku juga ibu yang hebat, seada dan sewajarnya.

Erza Dalia sayang, mama bangga dengan kamu!!

2 comments:

S Zulkifli said...

syukurlah kak... setidak-tidaknya hati sentiasa memikirkan soal ketuhanan, keinsafan, kerinduan kepadaNya.

seperti saya, saya risau, mengapakah sejah 2-3 tahun yang kebelakang ini hati sering galau. khusyuk sukar untuk datang dalam solat.

merajukkah iman ini? lantas tidak mempedulikan hati yg galau ini... astagfirullah...

eraerzarusli said...

astaghfirullah..akak doakan yang terbaik utk zul..

akak sentiasa bersyukur. cuma seringkalinya terasa seolah tidak cukup hanya dengan syukur. usaha belum capai tahap maksimum. terasa 'manja' dan 'mengada-ngada' bilamana Dia sentiasa mengiakan segalanya.

~sigh~

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online