Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, November 26, 2010

Bahasa jiwa bangsa...

Ok. Hari ini kita berbicara secara separa serius.

Selama ini kita bernaung di bawah satu bendera, kan? MALAYSIA. Negara berdaulat ini mempunyai bahasa ibunda, iaitu Bahasa Malaysia. Diakui, tidak semua antara kita di Malaysia ini yang berbahasa formal dalam pertuturan seharian. Maka itu bahasa yang kita gunakan dalam perbualan seharian dinamakan 'bahasa pasar'.

Apa motifnya catatan ini dinukil?

Kerana saya sudah tidak tahan lagi dengan penggunaan bahasa yang meruntun jiwa di sebuah stesen radio swasta kendalian AMP Radio Network! Perlu ditekankan di sini bahawa saya bukan pendengar tegar stesen radio yang kononnya mengangkat martabat muzik tempatan (dengan memberi ruang kumpulan-kumpulan 'indie' bernafas dalam industri muzik tanahair) berkenaan. Cuma, bila mahu mendengar carta setiap hujung minggu (kerana ada artis berkumpulan yang kami kenali bertanding), atau juga bila terdengar anak jiran memasang radionya kuat-kuat, saya jadi marah, malah menyampah! Telinga jadi sebu. Apatahlagi bila rakaman 'braderlove' tersiar di laman sosial Facebook tidak berapa lama dahulu, perkataan 'meluat' telah ditambah dalam kamus ketidakpuasan hati ini. Kalau bukan kerana 'adik-adik' yang bertarung merebut takhta carta, memang tidak kuasa menadah telinga, menyakitkan jiwa!

Bagaimana mungkin penggunaan bahasa yang sedemikian rendah kualitinya, dapat dilepaskan siaran ke seluruh negara? Tidak ada lagikah rasa malu atau mungkin juga rasa sayangkan maruah bahasa? Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, tak pantau atau tak dapat nak pantau? Menterinya yang sering berbahasa molek dan sedap didengar, baik dalam bahasa ibunda atau dalam bahasa utama dunia, takkan pula terlepas pandang? Stesen radio tersebut mensasarkan pendengar MELAYU berusia 10-29 tahun. Mana mungkin bahasa sedemikian buruk dijadikan halwa telinga kanak-kanak semuda 10 tahun? Melayu pula tu? Sakit hati saya bertambah bila membaca keterangan/ penjelasan servis mereka, di sini.



Pernah saya suarakan ketidakpuasan hati saya tidak lama dulu di ruangan sembang stesen radio berkenaan, apabila mereka menyatakan hanya mengudarakan 100% lagu-lagu penyanyi/ buatan tempatan, namun mereka sering (malah, setiap hari) memutarkan lagu dari Ahli Fiqir. Seorang dari penyampai stesen berkenaan yang bernama Aimee, menyatakan dengan tegasnya bahawa Ahli Fiqir adalah rakyat Malaysia, membuat saya sedikit tersentak. Penyampai radio jenis apa, yang tidak tahu cerita dalam industri? Tangkap muat? Oh ya. Beliau sekadar finalis sebuah rancangan realiti.

Adalah lebih baik, setiap penyampai radio ini, baik kerajaan atau swasta, diberi kursus terlebih dahulu. Kursus penggunaan bahasa, kursus berbahasa, kursus pengetahuan hal-hal industri penyiaran dan kursus pendedahan perihal industri muzik semasa.

Kalau masa arwah Tok Mat ada dulu, rasanya industri penyiaran lebih 'kemas dan teratur'. Pendapat saya sahaja. Mungkin ada yang membangkang. Terpulang!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online