Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, November 19, 2010

Tolong, maaf & terima kasih....

Tiga ungkapan hebat.

Namun jarang2 dapat kita dengar secara kerap. Betapa ego manusia itu terlalu tinggi.

Aku juga begitu. Betapa payahnya mahu memberi ungkapan maaf, mahu menerima ungkapan terima kasih. Mungkin kerana perkataan tolong jarang mahu meluncur keluar dari mulut. Namun aku sedang menjurus ke arah yang lebih baik. Setidaknya aku mencuba! Perkataan 'tolong' dan 'terima kasih' sudah lancar di bibir. Sudah menjadi nahu harian juga di kalangan anak2 di rumah. Sukarnya menerap nilai murni, sesukar mencari jarum emas di antara jerami!

Tolong aku, para sahabat. Merubah apa yang perlu diubah. Berdikit-dikit, agar tidak perit.

Maafkan aku juga, rakan taulan. Andai selama ini aku kalian kenal dengan perihal ego sombong dan perasan! Tegurlah aku. Kenalilah aku dengan lebih mendalam. Nescaya kalian akan lebih faham.

Terima kasih, teman. Kerana sudi bersama dengan aku, dari kecil sampai dewasa, dalam susah senang tangis dan ketawa. Sesungguhnya, Dia juga yang mampu memberi ganjarannya!

kepada suami tercinta: Kau sahabat, rakan, teman dan kekasih. ucapan terima kasihku, hanya tergambar dalam kasih sayangku tiap waktu.

kepada mak ayah dan adik2: kalian kesayanganku. Insya Allah hingga akhir waktu!

kepada anak2, buah hati penawar dan racun: sesungguhnya sayang mama tiada bandingan terhadap kamu!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online