Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Tuesday, November 23, 2010

The Social Network?

Apa yang istimewanya tentang filem ini? Tatkala menonton 'trailer' nya, secara otomatik kita akan teringatkan 'facebook'. Justin Timberlake? Pancingan yang baik dengan menggunakan penyanyi pop kesayangan ramai itu (kesayangan saya juga!). Cumanya, saya berpendapat, JT (Justin Timberlake) lebih sesuai memegang watak Mark Zuckerberg kerana wajahnya lebih mirip kepada ikon Facebook itu. Tak pasti? Tak setuju? Cuba lihat gambar ini. Apa kata anda?


Sean Parker & Mark Zuckerberg


Justin Timberlake & Jesse Eisenberg


Filem diadaptasi dari sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich ini pastinya jadi buruan peminat-peminat JT dan para pengguna 'Facebook'. Malah, tidak mustahil juga, akan ditonton oleh mereka yang berangan-angan dan bercita-cita mahu menjadi jutawan segera seperti Mark Zuckerberg. Ya, lupakan sahaja promosi program affiliate atau bidang MLM. Mula berangan sekiranya anda mempunyai idea yang 'di luar kotak'. Seandainya anda seorang yang genius, mulakan langkah anda untuk jadi 'The Accidental Billionaires' sekarang juga! Oh, ya. tak perlu lagi wujudkan sebuah laman sosial, ya, kerana sudah berlambak di laman sesawang dan idea itu sangat tidak genius!

Saya sukakan filem 'The curious case of Benjamin Button'. Apa kena mengenanya dengan 'The Social Network'? Pengarahnya! David Fincher, mengarah TCCoBB dengan baik sekali dan kesannya amat mendalam pada saya. Tak sabar juga untuk menonton hasil genre drama/komedi David Fincher dalam The Social Network selepas deretan filem berbentuk 'thriller' seperti 'Panic Room' & 'Zodiac' dari beliau.

Anda pengguna Facebook? Anda meminati Justin Timberlake? Sila ke pawagam berhampiran anda kerana ia akan mula ditayangkan di TGV Sunway, pada 29 November ini!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online