Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, December 29, 2010

Piala AFF Suzuki milik Malaysia akhirnya!





Setelah berhempas pulas mempertahankan kelebihan bekalan 3-0 yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil, akhirnya Malaysia berjaya juga membawa pulang piala AFF Suzuki yang sekian lama diidamkan.



Kejohanan Piala AFF Suzuki yang diadakan setiap dua tahun sekali ini adalah kesinambungan Piala Tiger dan Kejohanan Bola Sepak Asia, dimulakan pada tahun 1996 dengan penyandang juara sulungnya adalah Thailand dan kita menjadi naib juara dengan jaringan 1-0. Singapura pada 1998, diikuti Thailand (2000 & 2002) kembali ke Singapura (2004 & 2007) dan pemecah rekod, pencipta sejarah Vietnam pada 2008. Malam ini, 29 Disember 2010, Malaysia dinobatkan sebagai juara baru Piala Aff Suzuki.



Sekalung tahniah buat skuad Harimau Malaya yang nyata tidak gentar walau bermain di tempat lawan dan berdepan dengan (ancaman segelintir) puluhan ribu peminat Indonesia. Safee Sali menjulang 'title' penjaring terbanyak atas bantuan dari rakan-rakan sepasukan. Sayang sedikit, Norshahrul Idlan dan Kunalan dikawal rapi pemain lawan. Meskipun begitu, semangat juang tetap tinggi.

Dengan pelbagai provokasi dan kata-kata kesat berbalas-balas di laman sosial Facebook dan Twitter antara penyokong kedua-dua buah negara yang banyaknya menjurus kepada isu kenegaraan, semangat Harimau Malaya memang tiada tandingan. Paling membanggakan, apabila pemain bolasepak ternama dunia dari Manchester United juga mengucap tahniah melalui laman Twitter beliau:-



Namun begitu, setinggi-tinggi ucapan tahniah (secara peribadinya, saya kalungkan) kepada penjaga gol Kelantan yang menyarung dan menggalas tugas berat sebagai penjaga gawang negara untuk Piala AFF Suzuki ini, tidak lain dan tidak bukan; Khairul Fahmi Che Mat. Tangkapan kemas, sentiasa peka dan bersedia, perkiraan yang tepat dan perwatakan tegas dan tenang sepanjang permainan, amat membanggakan. Anda hebat!! Bolos beberapa gol? Anggaplah itu sebagai saguhati kepada pihak lawan. :)






SYABAS, HARIMAU MALAYA!!!

(gambar-gambar kredit kepada affsuzuki.com, berita harian dan EliaFahmi)

p/s: penangan final Piala AFF Suzuki, majoriti kawan2 menjadi pengulas sukan tidak rasmi di facebook! woohooo!!

p/s/s: Hari Jumaat 31 Disember 2010 diiystihar cuti umum di Malaysia. woohoooo lagiii!!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online