Selepas dengan hensemnya menumpaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF Ahad lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini penentuannya di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Wahai Harimau Malaya, bersiap sedia untuk menggempur hingga ke saat akhir. Jangan leka dan terlalu selesa dengan bekalan 3-0 kelmarin. Baca doa banyak-banyak. Buat solat hajat. Sebelum keluar menuju ke tengah gelanggang untuk berjuang, mohon kalian membaca ayatul Kursi. Ingat pesan akak ni, dik oiii!!!
Garuda sedang mengasah paruh dan kuku.Untuk para penyokong Malaysia, identiti, maruah, kredibiliti dan kedaulatan tanahair kita juga tergalas di bahu anda. Jangan buat ONAR di tempat orang! Jaga nama baik negara. Jadi manusia yang berwibawa.
Harimau Malaya, berhati-hati dan bersedia tunjukkan belang dan taringmu!
Semoga sorak sorai kemenangan kita, menggegak-gempitakan Jakarta!
Insya Allah!
No comments:
Post a Comment