Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Saturday, October 9, 2010

kebelakangan ini hati selalu panas..

mungkin sebab cuaca. (alasan jek nih..!)

lately sering marah-marah. sikit² tercuit, sekejap² terusik. hal kecik pun boleh jadi besar. aku malas nak fikir yg bukan². kalau aku tgh marah, jgn kacau. jgn bersuara. jgn cuba tenangkan. nanti aku bagai api yg disimbah dgn minyak tanah. lagi marak!

ahhh... jangan pula ada yang kata aku membawak budak lagi.. takdenye..

pagi ni, dan pagi² dan hari² semenjak dua menjak ini, aku marah dgn hubby. cepat betul marah dgn dia. semalam, aku ckp kat dia (waktu dia memilih baju kerja dia + beberapa baju aku yg nak dihantar ke dobi utk digosok, sambil mengeluh-ngeluh), 'kalaulah setiap kerja yang mama buat dalam rumah ni, mama mengeluh, boleh menanah telinga awak dengar, tau..' kasar ke bunyi nya? hmm.. kasar sebab aku, seorang isteri, ckp macam tu, dgn suami, kan? syurga kat tapak tangan suami, kan? (bukan tapak kaki suami ya.. tapak kaki utk ibu jek..)

aku cepat rimas. banyak benda dlm rumah ni yg perlu dibuat. tp, bila bangun pagi, kena siapkan anak, buat itu ini seorang diri, aku panas hati. dgn anak2 yg celik mata je dah banyak kerenah dan ada 'angin' sendiri, aku memang rimas. (dah lah si darling lately dah makin cengeng. sket² nangis, meleleh. geram betul!)

honestly, rimas dan lemas sebab aku kena deal sorang2. 4 anak, aku sorang yg ngadap! karang nak siapkan + hantar anak sekolah lah, buat sarapan lah, anak kecik nak menetek lah, yg no 3 nak susu lah, yg bapak nak makan lah, yg no 2 nak milo lah, macam2! memang, tugas seorng isteri/ ibu takkan habis. dan kalau nak pahala, jangan komplen. tapi hati aku ni makin hari makin bengkak, kepala aku makin hari makin sakit, tau. nanti kalau orang cakap, 'beranak je tau, jaga anak tak tau' marah pulak, kan? kalau ada yg berani cakap macam tu kat aku, cuba lah cakap depan². kot nak rasa penampar sulung dari aku laa...

bantu.. aku perlu dibantu..

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online