aih.. aku jadi gelabah sket. aku tau dalia pandai, tapi aku yang lebih2 risau. kadang2 bukan apa, takut dia sambil lewa, tersalah baca arahan soalan atau tak baca langsung. maklum, aku dulu cenggitu juga. hahahahaha!
tapi! seingat aku la, masa aku tadika dulu, takde exam, beb. err.. ntah la.. benda dah berlalu lebih 20 tahun lepas. mana nak ingat sgt, kan?
apa pun, as a mother, of course i would like to see her strive to success. walaupun dia baru 6 thn. pendedahan awal tu, bagus. nanti dia tahu, betapa dalam hidup ini, kalau nak berada di tempat yang selesa, kena ada ilmu yang baik. ilmu akademik yang bagus, ilmu ketatasusilaan yang cemerlang, ilmu akhirat yang gemilang, dan ilmu sopan santun, hormat menghormati yang molek. ye la.. dah jadi mak orang ni, takkan kita nak anak2 kita buat hal2 tak elok, kan? kalau kita dulu jahat, dan kita tak nak anak2 kita pun jahat, maka itu bermakna kita sudah di beri hidayah (walau sedikit, syukur!) oleh Allah untuk berubah dan mencuba yang terbaik dan paling molek untuk anak2 kita, kan?
orang selalu cakap, anak ni ibarat kain putih. kosong, bersih dan suci. kita sbg mak bapak yang mencorakkannya. betul. memang betul. tapi banyaknya orang kita, hanya tahu berkata-kata dan berkias sahaja. buatnya, idak juga. seumpama si ketam mengajar anaknya berjalan lurus. kot dah senget tu, senget lah juga, kan?
sesungguhnya menjaga anak bukanlah perkara yang senang dan mudah. banyak cabaran dan dugaannya. banyak kerenah yang perlu dilayan dan banyak hal yang perlu diambilkira. tak kira lah anak satu ke, anak lima, hatta anak 10 sekalipun, cabaran setiap satunya adalah sangat berbeza. aku 'salute' para ibu yang mempunyai tahap kesabaran maha tinggi. aku? punya decibel suara yang sangat tinggi; terutama bila marah!
tapi, aku sudah banyak berubah. kalau dulu, pantang dicabar, aku akan laju je nak bergaduh. ni, bila dah ada anak, aku cuba sedaya mungkin utk tidak 'bergaduh' dgn anak2 pulak. sebab tu suara aku lantang sampai ke hujung jalan, bila amarah aku sudah naik dengan tingkah anak2.
(nota: andai anda sedang marah anak2, sampai meruap-ruap dan berombak-ombak dada, bacalah a'uzubillaahiminasyaitonnirrajim. sesungguhnya marah itu adalah syaitan!)kalau la diinterview anak2 aku ni, apa agaknya yang bakal diorang ckp tentang mak bapaknya ni, ye? aku takut nak dengar jawpan diorang, bila mana nanti akan ada jawapan 'mama & papa jahat, suka pukul2 kitorang'.
haishhhhh! mintak simpang!
so, mulai hari ni (ye la..tah2 esok lusa baru nak start!) aku dah mula ambik 'tindakan' meng 'grounded' kan dalia. no tv, no dvd, no online games. (err.. of course la ada jadual. tadika je plak. bukannya nak SPM.) segala macam buku kerja yang dah dibeli, aku suh dia buat. TAPI, check punya check, dlm jadual peksa ada ujian jawi, tp buku kerja jawi, tak ada!!!! iqra' jek dia ada. ahhhh...sudahhh!! terpaksa aku mengasah bakat mengajar jawi pulak. mim alif kaf nun, makan. alif ya mim, ayam. dah mcm citer pendekar bujang lapok plak rasanyaaaa!
nasib baik aku terer baca jawi! (sambil angkat2 kening penuh eksen..)
No comments:
Post a Comment