panggillah ayah, daddy, papa, abah, baba, walid dan sebagainya, mereka semua memegang satu jawatan; BAPA.
semenjak aku dah cecah 30an ni, dan dah jadi ibu, aku baru terperasan sesuatu yang ada pada mereka yang bergelar bapa ni.
mungkin juga itu fitrah kaum Adam ni. mungkin juga boleh dikatakan 'keistimewaan' yang Allah kurniakan. mereka ini sebenarnya penyabar. erkkk???!!!! tak percaya? selalunya, kita akan nampak sifat lahiriah para lelaki ini, mereka suka marah2 dan cepat tinggi suara. kan? tapi, kalau kita perhatikan betul-betul, mereka ada sifat sabar yang tersembunyi. hidden treasure, i can say. seandainya anda seorang anak, mahupun seorang isteri, cuba beri perhatian khusus tentang kewangan keluarga, khasnya waktu tgh dan hujung bulan. tak ramai para pemegang title bapa ni, akan mengeluh dan bising, serta marah2 tak tentu bila ada anak2 atau isteri yang minta itu ini. yang tu nak beli, yang ni dah habis, yang sinun keperluan, yang sini pulak bil bulanan. pelik tak? takde lah kot.
ayah aku, seorang yang tegas, kelakar dan berpandangan jauh. kadang2 dia sangat garang. dulu laa, sekarang dah berumur, dia dah malas nak garang2. tapi, tak pernah sekali pun aku nampak dia marah2 dan bising2, pasal kewangan dengan anak-anak. abis2 pun, mak la akan cakap 'ayah tengah takde duit tu. nanti lah beli, bila ayah dah ada duit..' jadi, anak2 faham sendiri. ye.. aku penah mintak komputer, masa darjah 4. ayah belikan... masa aku 18 tahun. hahahaha.. dia tak pernah cakap kat aku yang dia takde duit nak belikan komputer. dia tak pernah marah aku bila aku menyaru. dia tak pernah pulak tengking2 aku bila aku mintak apa-apa pun. perubahan mimik muka, itu je yang aku nampak.
perubahan itu, aku faham bila aku dah berkeluarga.
suami aku, orangnya takde la garang mana, tapi tegas dalam hampir semua perkara. dia takde bising2 sangat bila macam2 nak kena provide untuk keluarga. bila macam2 kerenah kewangan, perlu diambilkira. dan dalam situasi ini, aku akan jadi sepertimana mak aku dulu; bgtau anak2, supaya sabar menunggu. dan bila dia dalam keadaan keletihan balik kerja, aku pandang dia dengan penuh perasaan sayu di dada. lebih2 lagi masa dia tidur. mungkin mak aku juga begitu agaknya.
perkara yang sama juga aku tengok pada adik aku (angah) dan bapa mertua aku (abah).
ayah, terima kasih banyak2. selalunya peranan bapa ni tak terperasan sangat. sebab overshadowed dengan peranan ibu yang lebih besar. takpe ayah. anak2 ayah semuanya alhamdulillah.. pasti akan ingat ayah juga.
to my dear hubby, thanks for being such a good father. keep it that way. biarlah orang nak kata apa, biarlah tak ada siapa yang nak membantu kita, insya Allah ma akan sentiasa di sisi papa. sama-sama kita memperelok antara satu sama lain. janji, kita akan bertemu di syurga. insya Allah.
Happy father's day, ayah..
Happy father's day, abah..
Happy father's day, papa..
Happy father's day, angah..
kalian yang terbaik kurniaan Allah!
p/s: harus diingat, pengiktirafan ini hanya untuk para bapa yang waras dan berperikemanusiaan sahaja. serius. yang suka dera anak, dera isteri, jenis haruan makan anak dan yg sewaktu dengan perangai lebih hina dari binatang, adalah tidak layak sama sekali untuk diiktiraf sebegini tinggi.
No comments:
Post a Comment