adat lah tu, kan?
puasa belum pun mula lagi. tapi bab raya bukan main dipentingkan.
cakap.. aku pun sama! :)
bagi para peniaga kuih muih untuk hidangan hari raya, inilah masanya pun untuk mempromosi jualan masing-masing. takut nanti, dah dekat2 nak raya, tak sempat pula nak buat, nak penuhi tempahan pelanggan. jadinya, sebulan sebelum puasa lah waktu yang paling bertepatan untuk mempromosi.
(aku jual juga kuih raya, ya.. makcik di kampung yg buat. perusahaan keluarga. kuih gunting, kuih tiram etc. tp semua jenis yg begini. almond london takde. nak sampel, sila email ye..) <--- mak aku suh promo.. ;)
itu baru kuih raya. belum baju raya dan segala macam benda lain yang berkaitan dengan hari raya.
ya Allah, memikirkannya saja dah boleh buat aku pening kepala dan migraine tahap tiga!!
segala macam plan dah buat. Tuhan je belum bg green light. andai Dia izinkan, lancar lah semua, insya Allah.
perlu diingat, jangan membazir dan jangan over acting.
No comments:
Post a Comment