Dah masuk hari ketiga persekolahan pun.
Anak-anak, Alhamdulillah, ok dan semuanya berjalan lancar.
Cumanya, ibu bapa/ penjaga.
Seringkali kita mendengar para ibubapa yang mahukan anak-anak mereka menjadi manusia berguna, anak yang soleh dan solehah dan sebagainya. Tapi, pernahkah kita sebagai ibu bapa menjenguk atau melihat ke dalam cermin akan diri sendiri?
Berpeluang merasai pengalaman sebagai ibu, mendaftar dan mengurus bayaran yuran, aturan kelas dan sebagainya, membuka mata dan jiwa. Sayangnya, tidak ramai para ibu bapa yang menurut atau 'faham bahasa' tetapi dalam masa yang sama menuntut anak-anak mereka menjadi mulia dan mendengar kata. Pelik? Tetapi saaaaaangat benar.
Berdepan situasi, di mana diberi arahan mudah oleh guru sekolah; agar ibu bapa tidak mengerumuni anak-anak yang sedang beratur, agar ibu bapa membiarkan anak berdikari dalam jagaan guru-guru, arahan yang semudah itu, kelihatannya amat susah untuk diturutkan. Kenapa ya? Faham, anak baru nak masuk darjah satu. Apalah salahnya andai mengikuti dari jarak yang tertentu. Masih boleh dijangkau pandangan tapi tidak boleh dicapai tangan. Itu belum masuk lagi bab ibu/ bapa yang memotong 'queue' atau barisan sewaktu urusan pembayaran yuran dan sebagainya.
Mana mungkin, anak mahu menurut tuntutan mulia, sedang tauladannya tiada? Jelaslah seumpama ketam, mengajar anaknya berjalan lurus!
No comments:
Post a Comment