Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, January 30, 2011

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.



Terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam. Tempat di mana aku selalu pergi masa sekolah dulu. Tempat aku masuk pertandingan membaca dan tempat adik aku ECR menang peraduan mewarna dan melukis masa umur dia 5 tahun. Inilah juga tempat aku melepak dengan kawan-kawan sekelas masa nak SPM dulu. Alasan paling baik untuk mengular keluar dari rumah! *wink*

Beberapa bulan lepas, sesudah selesai Karnival Galakan Membaca (rasanya la..lupa dah) anjuran PPAS di Taman Tasik Shah Alam, suami aku (dia handle bab sound system) memberitahu bahawa PPAS (perbadanan perpustakaan awam selangor) ini akan dipindahkan. Dalam kepala aku, mungkin akan dipindahkan ke kawasan berdekatan, kat sebelah DEMC ke, atau mungkin kat bangunan yang mcm kapal angkasa Star Wars tu ke, ye lah, dengan kapasiti dan keluasan yang lebih besar. Namun sangkaan aku meleset sekali. Kerana perkhabaran yang aku terima ketika itu membuat aku berfikir berulang kali; 'macam mana nak masuk nanti?'

PPAS akan dipindahkan ke Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, Shah Alam. Bersebelahan Kolej PTPL tu.


Semalam aku berkesempatan pergi meninjau.




Masih dalam pembinaan. Besar, luas dan kelihatannya amat cantik.



pandangan dari depan pintu masuk kelab

Persoalan yang bermain di minda aku ialah, kenapa berpindah jauh dari tengah bandar? Kenapa agak terpencil? Kenapa DALAM kelab golf? Seolah-olah mahukan prestij tinggi. Seolah-olah idamkan nama ekslusif. Seolah-olah mahukan gah di tempat elit. Orang kita mungkin mahukan kawasan perumahan yang dikawal dan di pagar rapi (gated & guarded) tapi tak bermaksud yang mereka mahu atau suka melalui atau masuk tempat yang gated & guarded ini. Leceh, nak register dan mungkin kena tinggalkan IC. Nak pergi library pun, nanti terasa macam nak pergi melawat orang di penjara! As at yesterday, sepanjang perjalanan masuk, melalui 2 pos pengawal yang dah usang. Mungkin dah tak ada pengawal. Atau mungkin sebab semalam ialah hari Sabtu. Kalau dah tak ada pengawal pun, agak-agak lah kan, apa yang orang awam akan fikir, bila diberitahu perpustakaan awam berada di DALAM kelab golf? Apa yang terlintas di fikiran agaknya? Para pelajar di kolej bersebelahan, mungkin dapat advantage. Tapi, andai mereka tidak tahu yang mereka tidak perlu melalui pos pengawal (mungkin), agaknya, mahu ke mereka masuk ke dalam KGSAAS tu? Bagaimana pula halnya nanti dengan pengunjung luar? Luar dari Shah Alam, khasnya dan luar dari Selangor, amnya? Memang, ilmu perlu ditimba tak mengira apa jua halangannya. Tapi dah ada kolam mandi, air dah bersih, cantik siap bubuh klorin, apa faedahnya lagi mencari perigi di tengah hutan untuk menimba airnya, kan? Ehhh! Entahlah!!

Terus terang, ini sekadar pendapat dan luahan rasa aku. Dan rasanya penempatan baru PPAS ni agak kurang sesuai. Tapi, apa sangat lah yang aku tahu, kan? Motif, agenda, misi dan visi mereka di PPAS, hanya mereka dan pengurusan kerajaan negeri yang tahu. Kalau nak buat bantahan pun, dah terlewat sebab projek dah mula, pembinaan dah berjalan.

Cuma satu, harapnya perpindahan ini tak menyusahkan orang awam yang ingin dan suka berkunjung ke perpustakaan, mahupun yang baru nak berjinak-jinak melangkah kaki ke lubuk ilmu pengetahuan.

Kalau ada yang lebih mengetahui, tolong share informasi, ya. terima kasih!

1 comment:

Syamil Hafiy said...

saya setuju! memang tak sesuai pindah kat dalam KGSAAS. sepatutnya stay je tempat lama tu. saya ni sbg pelajar skola menengah selalu jugak lepak situ.. tapi lepas ni dah pindah, tak tau nak lepak mana lagi dah ...

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online