Sekolah Tabika Kemas Sg Kapar Indah adalah tempat di mana anak-anak saya menimba ilmu persekolahan mereka yang pertama. Sekolah ini masih baru dan persekitarannya bersih dan terjaga namun agak kurang ceria. Umum maklum, sekolah tabika Kemas adalah sekolah yang paling murah kadar yurannya berbanding sekolah tabika/ tadika swasta. Ini kerana sekolah ini diwujudkan kerajaan khasnya untuk golongan pinggir dan luar bandar yang mana pendapatan isirumahnya kurang dari rm1k sebulan.
Sewaktu mendaftarkan anak kedua saya 2 minggu lepas, saya berkesempatan meninjau keadaan sekeliling. Memang ada banyak perubahan namun tatkala terpandangkan satu sudut yang diberi nama 'Sudut Teknologi' hati saya tersentuh. Kenapa? Kerana yang ada cuma mini-compo yang lama. Yang ada dua deck kaset tu. Zaman sekarang teknologi dah pakai Ipod; plug and play. Tu belum cakap lagi bab sistem pembesar suara. Sedih. Suami saya sedang berkira-kira untuk menyumbang sistem pembesar suara (maklum, he's on that field!) namun pastinya mengambil masa. Well, we are not from a very rich family background! Walaupun berbisnes, tidak selalunya langit cerah pada kami. Walau pendapatan isi rumah kami lebih dari RM3k, dengan makan pakai anak-anak yang berempat, dan pelbagai tanggungan lain, kami hanyalah golongan sederhana. Atas sebab itulah, saya mohon pada teman-teman, untuk menghulur sumbangan kewangan sekadar termampu, agar anak-anak ini, tidak ketinggalan dalam mengecap ilmu berkaitan teknologi. Mungkin tidak semua anak-anak di tabika ini yang tidak tahu pasal komputer dan teknologi tetapi majoriti mereka hanya tahu tentang 'handphone' sahaja. Pernah nampak komputer dan laptop tapi tidak pernah mengetuk papan kekuncinya, mahupun menggerakkan tetikusnya.
Sekolah ini mengalu-alukan sumbangan pokok2 bunga juga untuk keceriaan sekeliling. Mural dinding pun sejak dari tahun lepas, masih belum siap sepenuhnya. Taman permainan kanak-kanak pun, baru boleh diguna tak sampai sebulan sebelum cuti sekolah lepas. Peningkatan yang baik, kelihatannya. Boleh dibanggakan.
Andai ada antara teman-teman yang sudi menghulur sumbangan, mohon berhubung dengan saya melalui email eraneerusli@yahoo.com. Jasa baik kalian, hanya dapat ditebus, di akhirat sana.
Jutaan terima kasih, saya dahulukan.
No comments:
Post a Comment