Jadi isteri memang senang. Jadi suri, sebenarnya agak payah. Tambahan pula, bila dah beranak pinak.
*mengeluh*
Ahh, lupa. Tuhan tak suka hambaNya yang suka mengeluh. Ampun, Ya Allah.
Sesungguhnya, aku kagum dengan mereka yang sebaris usia mahupun lebih tua dari mak ayah aku, dan ikatan perkahwinan mereka masih kukuh dan utuh. Petua? Mereka akan kata, dengar saja cakap suami, asal tidak membebani isteri. Ya, mendengar dan taat kata suami memang dituntut dalam agama kita. Ia juga kunci kita ke syurga. Namun perlu diingat, bukan semua kata-kata suami perlu diikut membuta tuli. Kalau dia suruh mencuri, takkan nak buat, kan? Kalau dia suruh menyundal, takkan nak ikut, kan? Gila? Tak ada akal?
Suami, ijab dan qabul bukan sekadar lafazan untuk memiliki si perempuan sebagai isteri. Ia tergalas sejuta tanggungjawab, keperluan dan harapan.
Andai si lelaki menggambarkan si wanita adalah komplikated, perlu diingat bahawa wanita juga menggambarkan sedemikian rupa. Jika wanita boleh menerima seadanya, silakan anda wahai lelaki, bertindak demikian juga.
Andai si isteri mengomel-ngomel tentang keperluan rumah, membebel-bebel perihal anak, merajuk dengan ketidak-endahan anda, silalah banyak bersabar. Itu tuntutannya menjadi suami. Itu kerenahnya yang perlu dihadapi. Itu perangainya yang perlu dilayani. Tanya diri sendiri, apa puncanya semua yang terjadi. Adakala malah mungkin juga selalunya, si isteri sekadar inginkan perhatian dari si suami. Mungkin juga anda selalu mengabaikan si isteri. Mungkin juga kerana selalu meremehkan perasaan si isteri. Mungkin juga kerana anda selalu lepas tangan dengan urusan rumah tangga. Atau juga sekadar acuh tak acuh dalam berbicara. Semua ada sebab dan musababnya.
Kata-kata yang selalu para pakar motivasi sebut: muhasabah diri.
Ya. Muhasabah diri.
Jangan harap yang terbaik dari pasangan kita kerana kita pun bukan yang terbaik. Jangan pinta kesempurnaan dari pasangan kita kerana kita tidak pernah sempurna. Jangan di keluh tentang sikapnya yang konon tidak memahami penat anda di tempat kerja, sedangkan anda juga tidak pernah memahami letihnya dia mengurus anak dan rumahtangga. Sesungguhnya, Allah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan. Pasangan kita, adalah teman terbaik kita. Layanlah seadil dan sebaiknya, jika kita juga mahu dilayan sedemikian rupa.
**aku jenis manusia yang suka diam bila marah**
Sesungguhnya, bila diam je pun boleh penat, sebab semua perasaan tersimpan dan terpendam di dalam. Orang lelaki majoritinya jenis 'straight to the point'. Diorang tak pandai dan tak suka berkias-kias. Tapi sesungguhnya diorang faham dan selalunya sengaja buat-buat tak faham. Jadinya, siapa yang komplikated sebenarnya? :D
No comments:
Post a Comment