topik, ala-ala nak jadi motivator. :))
tapi ini sebenarnya hakikat. aku kan perempuan, takkan plak nak menafikannya, kan? makanya topik ini ditulis, dari perspektif aku. andai ada yang tak puas hati, aku mohon maaf terlebih dahulu. diulang-nyata sekali lagi, ini berdasarkan pandangan dan pengalaman aku; totally from my perspective!
orang perempuan, betul atau tidak:-
- terlalu mudah berasa hati. sensitip! tak kiralah kot teguran ke, sindiran ke, nasihat ke, apatah lagi kena marah. kan? nak..nak pulak, yang menegur tu, suami, boifren atau tunang. dengan mak ayah tak rasa sangat, sebab dah selalu kena tegur. hehehehe.. tapi kalau dibanding-bandingkan dengan adik beradik, aaaa... sure panas je hati, kan? ehh? anda tak? tak apa.. tak salah pun.. :)
- mudah tersentuh (sedih, sayu, marah, geram etc). ya Allah. bab ni, senang cari time tgk tv. tgk cerita hindi, tgk cerita korea, tgk cerita filipina hatta tgk berita org buang anak/ dera anak, tgk mangsa malapetaka, tgk kisah tsunami melanda Asia Tenggara (2006), mahupun dokumentari perang dunia. anda tak tersentuh? tak apa. aku tersentuh. sangat mudah. tapi tidak la time tgk drama atau filem, sket2 nak nangis. aih.. tgk part la, kan.. hahaha.. luckily, aku bukan fan citer hindi. so, selamat airmataku!
- kalau anak-anak buat perangai, kita selalu laa rasa nak naik angin. sabar tu mcm nipiiiiiisssss jek. tp bila tgk anak org lain, kenmain lagi pulak dok agah2 sana sini. (hahaha.. tgh dok angkat2 kening ni..ada yg terasa? hehehehe)
- orang perempuan ni, hal remeh adalah penting dalam hidup dia. just to name one; warna baju mesti nak match dgn kasut + beg. orang lelaki kata remeh, orang pompuan kata, penting. penampilan, beb.. kena jaga. satgi nak pi meeting jumpa klien, dok pakai baju merah, skirt hijau pucuk pisang, kasut kaler gold gitu..apa kes? tapi, kalau pakai kemeja + skirt kaler ijau pucuk pisang, overcoat + kasut kaler merah, handbag kaler gold, cantik kotttt!! (saper fesyen designer yg ambik motif atau campuran warna ni dan jd hit, sila kirim2kan royalti sket aa..tak halal curi idea org.. hahahaha)
- orang perempuan kalau dah bersuami, laaaagggiiiiiii cepat terasa hati. kalau dulu masa bujang, bolayan je org nak kata apa. tapi bila dah ada suami, setiap kata-katanya MESTI diambil keseriusannya, walau pun si suami sekadar mengusik atau berjenaka sahaja. aisehhhhh! kes yang biasa kita dengar, 'yang, i tgk u dah makin berisi laa' usik si suami pada si isteri. haaaaaaa! isteri yang prihatin, akan buat sesuatu. isteri yang 'kering' akan buat2 tak tahu. jaga2 ye orang perempuan. kalau suami dah bg 'hint' sebegitu, setahun yang pertama mungkin teaser sahaja. kalau dah masuk tahun kedua, kalau anda tak ditinggalkan, anda bernasib baik. sila mula berbuat sesuatu. anda sedang dalam keadaan bahaya. hahahhahaha! org lelaki plak, kalau nak isteri lawa, buat la sesuatu juga. dok bising je pun tak guna. suh pg spa la, suh pg berurut la, suh pakai mekap sikit la, tapi tak membantu dari segi sokongan rohani dan kewangan. apa ke? suh pg spa, tp anda tak nak temankan, atau kerap la bg alasan tak dpt nak balik awal tgkkan anak ke, ambik anak balik sekolah ke, apa ke. suh pg berurut, banyak sgt bunyi nya pulak. kang nak pg lama ke, makcik tu dtg ke, lama ke urutnya, nanti sapa nak siapkan makan tgh hari/ mlm dia la, mahal ke bayarnya. suh mekap2, tapi dok banding2 laa isteri tu dgn orang lain; dgn adik dia, dgn mak dia, dgn fasha sandha, dgn artis tah mana2. ada ke patut?
- orang perempuan, takde kisah sangat mcm mana rupa fizikal suami dia. lebih2 lagi selepas berkahwin. makin banyak jerawat ke, kurus kedengking ke, perut makin buncit ke, badan makin gemuk ke, kita takde nak bising2 sangat. yang penting, 'laki kita sihat'. kenapa ekk?
- emosi orang perempuan, time dekat2 nak uzur, mmg kecamuk. time tgh pregnant pun sama. time nak mengawan pun sama juga! hahahahaha.. agak2 la orang lelaki kalau nak approach yer. kot tgk muka semacam je masamnya, kalau soalan ditanya 'hmm' je jawabnya, elok lah pegi main jauh2. :))
- perangai? lain orang lain perangainya. pandai2 lah handle. kalau masa bercinta boleh layan, takkan dah kawen buat bolayan, kan? Ini Tidak Adil! hehehehe..
No comments:
Post a Comment