PPSMI atau pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah enam tahun dilaksanakan. Adik aku yang sekarang dah darjah enam, kenmain lagi terer aku tengok penguasaan bahasa inggeris nya dalam kedua-dua subjek tersebut. last week aku tanya dia, 'dik, ko ok ke bab math ngan sains dlm b.i?' dia cakap, 'ok je. best apa..'
so, apa sebenarnya yang digembar gemburkan ni? ada tak mereka 'itu' bertanya pada si empunya diri yang belajar atau dalam pelaksanaan PPSMI ni? budak2 ni, suka ke tak belajar kedua subjek utama dalam b.i nih?
pada pendapat aku lah (di ulang dengan tegas dan tepat; PENDAPAT AKU), benda ni sepatutnya diteruskan. bukan nak bermegah-megah dengan bahasa asing dan bukan pula nak meruntuhkan kedaulatan bahasa ibunda kita. kita sepatutnya memandang ianya sebagai wadah menambah ilmu. ilmu itu perlu dicari dan di gali, semoleknya dan sedalamnya, untuk bekalan hidup. Nabi kita s.a.w juga pernah bersabda, menyuruh kita menimba ilmu, biar sampai ke negeri China. apa maksudnya tu? sudah pasti kerana Nabi s.a.w tidak mahu umatnya berada dalam keadaan mundur dan hanya menadah tangan dan ngangakan mulut untuk meneruskan hidup.
kenapa agaknya perlu berdemonstrasi di jalanan sebegitu? sudah habis segan dan malukah kita? kelibat mereka yang berwibawa dan tokoh2 bahasa dalam demonstrasi itu amat mematahkan jiwa. apa perlunya? dan apa relevannya? mereka yang sudah ternama ini, mempunyai ilmu yang tinggi dan bahasa inggeris itu sendiri dalam hidup mereka sudah seperti makanan dan minuman yang mereka teguk dan telan hari2. mereka sudah arif dalam bahasa tersebut tetapi mereka ini yang sepatutnya mengajak orang lain supaya menambah ilmu, seolah-olah menghalang dan mahu menyekat sebaran ilmu itu sendiri. yang lebih mengecewakan, rata-rata yang berdemonstrasi itu adalah orang MELAYU dan mereka beragama ISLAM.
bahasa inggeris merupakan bahasa yang paling meluas digunakan seluruh dunia. lebih kurang 850,000,000 (dipetik dari wikipedia) orang di seluruh dunia ini menggunakannya, samada sebagai bahasa utama atau bahasa kedua. seandainya bahasa inggeris ini tidak di didik atau diterap penggunaannya terhadap generasi awal kini, mana mungkin kemajuan sesuatu kaum itu akan tercapai; dengan jaya dan gemilangnya. jangan tuding jari kepada Jepun, yang menggunakan bahasa ibundanya dalam segala hal dan amat mementingkan kemandirian dan kedaulatan bahasanya itu. kita jauh terkebelakang dari jepun. mereka bukan buta-buta tak mahu menerima bahasa luar. ramai juga antara mereka yang fasih berbahasa inggeris. dari mana datangnya taraf negara maju yang mereka miliki, seandainya tidak dicedok sebaik mungkin dari merata tempat serata dunia ini? takkan mereka pergi belajar di UK, German atau mungkin di Sweden dengan berbekalkan bahasa jepun sahaja, kan? mereka mempertahankan penggunaan bahasa mereka kerana; tidak mahu rahsia kejayaan dan kemajuan negaranya, jatuh ke tangan orang bukan Jepun. lihat, apa jadi sekiranya kita fasih berbahasa jepun? mereka akan melayan kita seperti darah daging sendiri. this is the fact. pakcik aku fasih berbahasa jepun dan dia juga yang bercerita sebegini. sememangnya, orang jepun begitu. kalau perasan, orang jerman juga begitu. mereka ini bertaraf negara maju. kemungkinan besar, mereka tidak mahu apa yang terjadi pada kesatuan soviet dulu, berulang. bukankah kesatuan soviet itu satu kuasa besar suatu ketika dahulu? apa yang menyebabkan mereka kini hanya tinggal serpihan? mereka taksub dengan kelebihan diri sendiri. sampai tak perasan akan juga kekurangan yang ada. mereka leka dengan ilmu mereka yang buta2 dicedok keluar oleh mereka2 yang bergelar penyangak dunia.
memetik dari kata2 bapak aku, mereka yang berkata pembelajaran subjek math dan sains dalam b.i ini tidak perlu adalah kerana mereka ini sudah terlalu biasa dengan bahasa itu, dan mereka ini sebenarnya merasa tergugat. risau nanti ramai pula anak2 pedalaman yang pandai berbahasa inggeris, dan mungkin akan 'merampas' kedudukan mereka dalam senarai para bijak pandai di malaysia. Sepatutnya, ini yang kita perlukan. sampai bila orang melayu kita ini hanya nak disogok dengan benda yang mudah2? mereka yang menentang ini, sepatutnya memandang jauh ke hadapan. sepuluh tahun, 50 tahun lagi. generasi PPSMI sekarang ini adalah bakal pemimpin negara kita ini, dalam tempoh itu. takkan kita nak biar negara tercinta ini ditakluk dan dijajah sekali lagi, hanya kerana kebutaan ilmu yang melanda dan buta hati mereka yang kononnya pejuang bahasa kebangsaan ini? cuba tanya mereka yang berdemonstrasi tu, berapa ramai daripada mereka yang reti bahasa inggeris? berapa ramai yang sangat fasih? dan berapa ramai pula yang hanya tau perkataan 'yes', 'no', 'alright'? kita kena ingat, kita belajar bahasa asing ni, bukan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk, sebaliknya untuk mengelakkan diri kita dari ditindas masyarakat yang berbahasa asing itu. tengok orang cina dan india di negara kita. tak rasa ke yang kita ni jauh ketinggalan dari segi pengetahuan berbahasa? selain dari bahasa mandarin dan tamil yang diorang tuturkan hari2, mereka juga fasih berbahasa melayu dan inggeris, kan? kita? andainya yang melayu ni tak diajar dengan bahasa kedua, atau ketiga, sampai ke mana aje agaknya ilmu kita ni ya?
ok, sekalipun kita ingin memperjuangkan bahasa ibunda, jangan sampai menggadai maruah dan ilmu bangsa kita. lihat pandangan para cendekiawan dan mahasiswa kita yang terbuka mindanya. bayangkan kalau bahasa inggeris ini tidak diterap sedari awal. bayangkan kalau segalanya perlu dialih bahasa ke bahasa malaysia. benda2 yang simple seperti 'push', 'pull', 'open', 'close' mungkin boleh difahami dan dialih bahasa dengan mudah. tapi di situ juga akan wujud kekeliruan. 'push' tidak semestinya bermaksud 'tolak'. ianya juga boleh memberi makna 'tekan'. apa pula nanti jika kefahaman bahasa ini makin hilang dan segalanya akan jadi kacau bilau. chaotic. mungkin nanti takkan ada fakulti sains komputer? sebab perisian dan basic pengkomputeran itu semuanya dalam bahasa inggeris. mungkin juga nanti tidak akan ada lapangan terbang, sebab semuanya perlu di alih bahasa ke bahasa malaysia, dan tak ada pelancong yang nak datang sebab tak ramai yang tahu bahasa kita? begitu juga nanti dengan kejuruteraan, seni bina, pembangunan laman web, dan macam2 lagi lapangan ilmu yang rata2 dijana dari pengetahuan bahasa inggeris? atau mungkin nanti kita akan jadi negara yang paling mundur, kerana menegak benang yang basah tanpa sebab yang munasabah? nanti kalau semua nak ditranslate, mana nak cari translator tu? bukan kah translator tu perlu di gaji? dan mereka perlu tahu bahasa inggeris ni? kalau tak di ajar, mungkinkah wujud translator ni nanti? takkan lupa pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya' tu?
isunya mungkin kecil dan nampak remeh. tapi kesan jangka panjangnya amat besar. aku tak nampak kekukuhan sebab mengapa PPSMI ini perlu dihentikan perlaksanaannya. kalau yang banyak komplen tu para pelajar, aku mungkin boleh terima. tapi yang komplen kebanyakannya guru dan ibubapa. pelajar ni masih muda dan minda mereka masih mudah menyerap ilmu dan dan pengetahuan yang diberi. cuma yang perlu diberi perhatian ialah cara bagaimana untuk memudahkan penerapan ilmu tersebut. untuk para guru yang komplen PPSMI ni susah, pergi belajar balik dan penuhkan apa2 ilmu yang patut dalam dada tu, baru boleh 'menabur bakti' pada anak bangsa. mendidik ni satu tanggungjawab. di akhirat nanti, Allah tanya. takkan nak jawab, 'aku blajar math gila2, sebab nak ngajar anak bangsa ttg ilmu matematik, bukan nak ngajar bahasa inggeris dan menyusahkan diri aku sendiri.' kalau cenggitu la akal yang ada, baik tak payah jadi pendidik. untuk para ibubapa yang komplen plak, aku nasihatkan, kalau diri sendiri kekurangan, tak pandai berbahasa inggeris, jangan heret anak2 sekali. sepatutnya nasihatkan anak2 supaya tak mudah patah semangat dan terlalu cepat putus asa. sepatutnya jadi contoh yang baik juga. kalau anak tu agak lemah dalam bahasa inggeris, dan awak juga sebagai ibu/ bapa tak reti sepatah haram pun, ambil inisiatif belajar sama2. dapat sehari 2, 3 patah perkataan pun, dah syukur. nanti anak2 tengok akan kecekalan dan semangat ibu/ bapa, mereka juga akan jadi cekal dan bersemangat. baru lah layak untuk di calon sebagai ibu atau bapa mithali.
aku dah usulkan pada kementerian pelajaran, supaya guru2 yang komplen ni, di hantar kursus bahasa inggeris. kalau kerajaan leh buat budget kenmain banyak untuk pembangunan fizikal negara, apa salahnya bagi peruntukan lebih sedikit untuk kesinambungan kemajuan anak watan, kan? bukan untuk sapa pun...untuk negara tercinta ni juga, kan?
aku pun bukan pandai sangat berbahasa inggeris nih, tapi aku nak anak2 aku pandai dan fasih, supaya boleh kutip ilmu dan sumbang pula pada anak bangsa sendiri. kalau mampu, biarlah reti lebih dari dua bahasa asing...insya Allah...

9 comments:
Puan,
MUngkin adik Puan duduk di bandar dan amat mudah faham bahasa Inggeris kerana pergaulan dan persekitaran yang kondusif ...
Namun tidak terfkirkah Puan kepada mereka yg duduk di kampung2 yang bila orang tanya "what is your name" pun tak tau nak jawab, apakan pula nak jawab "Calculate the percentage of the diagram that is shaded"
Jika kita imbas kembali di zaman al-khawarizmi, beliau menulis ilmu al-gebra di dalam bahasa Arab.
Para scholar inggeris telah diarahkan utk belajar bahasa Arab dan menterjemahkan ilmu al-gebra tu ke dalam bahasa inggeris.
Tujuannya adalah supaya semua orang Inggeris mendapat ilmu matematik tanpa ada halangan bahasa ...
Kenapa pada waktu itu tidak diarahkan sahaja semua orang belajar al-gebra dalam bahasa arab? Pada waktu itu tiada satu pun buku rujukan al-gebra dalam bahasa inggeris??
Fikir-fikirkan lah ...
Al-gebra dan Al-Jabar membawa maksud yang sama ....
Pada pandangan Puan, antara dua perkataan ini yang manakah lebih pelik jika digunakan?
betul...sokong 100%...aku saye blajar engineering dan semua buku teks adalah dlm bahasa inggeris...dan pengetahuan dlm bahasa inggeris amatlah penting...tapi tidak pulak saya berborak dengan member2 dlm bahsa inggeris...saye tak nampak penggunaan BI dlm math dan sains adalah salah..malah patut supaya budak budak nih reti BI...en Mr...kalau dah dr umor 7 tahun dah blajar Bi..insha allah boleh nyer...tak kesah org kampung ker bandar...yg tak reti tuh mesti org yg malas jer...dan biase nyer org melayu lah yg malas...BI boleh dikatakan bahasa ilmu sekarang..so tak leh nak compare ngan dulu dulu yg sememang nyer bahasa arab merupakan bahasa ilmu kan???
hmm...
ada juga yang tak mahu melayu maju.
ajai betul. akak sokong. bahasa inggeris bukan untuk sehari dua. kalau tak lentur buluh dari rebung, mana nak jadi, kan?
kalau dah tua baru terhegeh-hegeh, memang la tak dapat tangkap walau soalan nya sesimple 'what is your name' kan? my dad pun bukan pandai sangat bahasa inggeris. i wasn't good either (still not that good) but i learned and still learning. sebab apa? sebab tak nak ketinggalan dan rasa bengap.
zaman lalu patut dijadikan contoh dan panduan untuk kita lebih mudah mendalami ilmu, bukan setakat nak bangga dengan pencapaian itu lalu duduk senang lenang tanpa mahu memperbaiki diri. bangga sangat dengan kejayaan lalu, tapi tak nak pula ambil iktibar memperbaiki dan mempelopori ilmu baru. apa yang al-khwarizmi buat itu, menulis ilmu algebra dalam bahasa arab memang indah kerana dia menciptanya. coz he discovered it. kita?
para scholar inggeris (as u said) berusaha menterjemahnya dlm b.i untuk apa? mencungkil ilmu tu, kan?
then, don't you think that we should do the same? untuk memahami tindak tanduk dan tingkah sesuatu kaum atau bangsa, perlu mengetahui selok belok bahasanya dahulu. ia juga untuk mengelak kita dari ditindas bangsa asing. kot tak faham, cemana nak kutip ilmu, kan? pemahaman; itu adalah tugas ibu bapa dan guru. kalau kita ajar anak kita mengaji, anak kita tanya apa itu 'bismillah', apa kita jawab>? dari mana pulak kita tau jawapan itu? pastinya sebab kita berusaha dan belajar untuk fahami maksud 'bismillah' itu, untuk kefahaman anak kita..jika mahu yang terbaik untuk anak2 kita, yang juga bakal pemimpin masa depan, bukan alasan yang patut ditaburkan. sebaliknya usaha untuk memperbaiki kesilapan dan meningkatkan ilmu pengetahuan.
PPSMI bukan buta-buta nak diajar tanpa ada asas bahasa inggeris sedikit pun pada kanak2 ni. rasanya setiap sekolah, tak kira kebangsaan, mahupun jenis kebangsaan, ada di ajar bahasa inggeris. takkan as basic as 'what is your name' pun tak tau...ridiculous statement. my daughter yang umur 5 tahun pun pandai. i stay in klang MR, dan rata2 anak2 di sini dari kawasan kampung berdekatana, elok je penggunaan bahasa inggeris mereka. nak seribu daya, tak nak seribu dalih. esok dah besar, suh buat kerja sikit, mengeluh, susah lah, payah lah, tak reti lah. bukan ke semua tu perlu dipelajari?
masa saya di itm dulu, subjek matematik dan akaun dalam bahasa inggeris, memang menggagau juga pada awalnya nak faham. tapi takde pulak lecturer saya tu serah bulat2 pd student untuk faham sendiri. he explained and elaborated, even translated the word first in malay. supaya mudah anak2 murid dia nak faham. itu la yang sepatutnya dan sedang dilakukan para guru yang terlibat dalam PPSMI ni. kalau dah umur 18 tahun, mmg la liat nak masuk. tapi kalau dari sekecil 7 tahun, ruang dalam otak tu masih luas untuk di isi, kan mudah..
mak cik saya, bekas guru tadika di Pulau Indah sana, kawasan perkampungan, elok juga pemahaman bahasa inggeris dia. kalau ada orang kampung yang tak tau nak jawab, 'what is your name' jika diaju soalan demikian, maka dia mungkin tidak langsung jejak ke sekolah..kan?atau mungkin memang dia dah takde hati langsung nak belajar, apatah lagi memahami bahasa inggeris, walau sudah darjah enam..kan?
now tell me, how would you possibly think, in the first place, that this PPSMI thing will be a burden to 'villagers' if YOU yourself aren't good and fluent in English and You yourself that feel that THEY can't be taught? wouldn't it be better, if someone like YOU, who seem to know 'better', take the opportunity to be one of the guide master? be a helper to those who find it hard to understand as a sincere struggle for your nation?
this is the reason for what you should stand up and fight for. for our nation to wake up and be competitive.
algebra dan aljabar, takde satu pun yang pelik. kerana kalau kita buka mata dan minda luas2, ianya tak perlu di 'pelik' kan, malah di bangga kan.if u choose to be weird, than weird you will be...
ah ngade2 ah sume ni. yg under-estimate kebolehan budak kampung kenapa? sibuk fikir 'nnt bdk2 kmpung tak paham mcmna blablabla'. statement ni je dah menjadikan yg seseorang tu under-estimate budak kampung.
sape yg nak compare kte ngan Jepun mmg bodo. sory to say. dorg invent something. kite tak invent pape. kite dengan Jepun tak sama.
kalau nak compare, try compare dgn Indonesia. diorg sme ckp bhsa ibunda. maju tak maju, sendiri tgk la.
masalahnya sekarang ni.. yang menggelabah melancau mengamuk ialah org2 tua. malu sial. takpenah pun kte dgr so far bdk2 mrungut.
batch kakchik is the 1st batch yg di apply PPSMI. ktorg da prove, time result spm, ktorg boleh carry on. peratusan pun meningkat. see?
tu la org kite.. asal kena sogok benda susah sikit.. merungut. nak senang je smpai sudah.
benda baik, apa salahnya belajar?
"para scholar inggeris (as u said) berusaha menterjemahnya dlm b.i untuk apa? mencungkil ilmu tu, kan?
then, don't you think that we should do the same?"
That's what I meant ... we should do the same ... we should hire our scholar to translate the knowledge from english to malay; just like what they did - translate arabic to english!
Jangan salah salah anggap mereka yg menentang PPSMI adalah dikalangan mereka yg tidak tahu berbahasa inggeris dan orang2 tua sahaja ... mereka yg graduate dari oversea pun ada yang menentang PPSMI ...
Mungkin Puan tak faham maksud saya ...
Kenapa orang Inggeris pada zaman dahulu tak sarankan agar orang2nya belajar bahasa arab dulu, baru belajar matematik?
sebaliknya mereka hire beberapa orang scholar utk belajar bahasa arab dan translatekan semua ilmu dalam english?
Kerana mereka tak mahu ketinggalan dari orang Arab ... jika kesemua orang inggeris perlu belajar bahasa arab dulu, baru dapat menguasai ilmu matematik, maka orang Arab akan lebih jauh kehadapan dalam ilmu matematik ...(I don't want to elaborate more about this as this comment would be like my blog instead :P)
Jika orang melayu kurang pandai berbahasa ingggeris, maka Syllabus dan cara pengajaran subjek B.I itu yg patut di kaji ... mungkin Syllabus di sekolah2 tu yg membuatkan anak2 Melayu tak pandai berbahasa inggeris sekarang ...
Masalahnya disini adalah masalah bahasa inggeris ... bukan masalah sains dan matematik ... kita kene faham, ini 2 isu yang berbeza ...
Apa yang Puan jelaskan kita semua kene belajar bahasa inggeris ... and yes, I got damn agreed!! I did teach my childrens english ... and now, even though my youngest son is only 3 years old, he can answer, "I'm Great" when I ask him "How are you?" ...
Apa yang patut kita kaji, adalah pembelajaran MAth & Sc dalam bahasa Inggeris ...
Sayang sekali jika ada anak orang Melayu yang pandai MAth & Science yg sepatutnya boleh score A1, tapi kerana halangan bahasa, mungkin boleh jatuh to A2 or B3 ...
Fikirkan 10, 20 tahun akan datang ... ya, mungkin anak2 kita pandai berbahasa inggeris ... tapi perkataan2 seperti "Pembezaan", "Pengamiran", "Bundarkan" malah "darab" sekali pun akan terasa seperti janggal jika digunakan ...
Itulah maksud saya apa yg dilakukan oleh orang2 Inggeris ... mereka tidak mahu bahasa mereka dipinggirkan dan Bahasa Arab diiktiraf menjadi Bahasa Ilmu ...
And ... yes, they bloody damn succeed!
Bahasa ilmu yg sepatutnya berasal dari Bahasa Arab, sekarang dah jadi Bahasa Inggeris ... kerana kita semua termasuk orang Arab sendiri meminggirkan bahasa ibunda sendiri ...
Perdebatan ini tidak akan ada hujungnya ... cuma, saya berharap Paun dapat pandang isu ini dari sudut yang berbeza ...
nak menang juga mr nih...hehe
Hmmm..
Pokok pangkal nye hati kita..Kalau nak maju, kena lah belajar dalam bahasa apa sahaja pun yang betul betul memberikan kita Ilmu...Tak kisah lah bahasa Inggeris, Belanda , cina, tamil...Kaut jer...Tapi aku malu lah tgk org melayu kita membawa isu PPSMI ini dijalanan...Bukan ker ada cara lain yang boleh kita buat....????Kalau pasal org kampung nak diambil peduli..Sampai bila kita nak maju...Tidak semua yang bijak pandai didalam bahasa inggeris ini lupakan kampung....Rasanya org kampung sendiri hendak melihat anak mereka pandai didalam bahasa inggeris...
Mahu maju..kena lah usaha lebih...Sampai bila kita nak mundur...Jgn lah bandingkan kita ini dgn orang Jepun atau pun Korea...Memang mereka akan bercakap didalam bahasa mereka sendiri sebab mereka begitu patriotik dgn Bangsa dan Negara mereka sendiri....Tapi kalau tgk mesin mesin mereka..Mereka juga tetap menggunakan bahasa Inggeris...Apa yang perlu sekarang..kita harus memantapkan lagi Bahasa Ibunda kita sendiri...Dan pada masa yang sama..kita harus juga mempelajari bahasa lain juga...untuk mencari ilmu...Jangan lah kita lupakan Allah bila kita sudah menjadi org yang bijaksana...Dan seperkara lagi...Kita orang Malaysia terutamanya Melayu...Kurang Patriotik kepada Bangsa dan Negara kita sendiri...Sebab itu lah kita tidak dapat membezakan apa yang perlu dilaksanakan segera untuk kemajuan negara kita yang tercinta ini....
well done, everyone!!
thanks my beloved hubby, jimbobob. setelah sekian lama berblogging, isu ini juga yang berjaya meruntun beliau untuk meninggalkan komen. hehehe...
even my hubby tidak menunjukkan pro atau kontra nya pendapat beliau untuk entri aku ini.
jaga hati yaaa....
MR, terpulang...
Post a Comment