Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, March 15, 2009

isu bahasa - 2

PPSMI.

pos aku berkenaan isu ini turut berjaya menjentik seseorang. dan seseorang itu nampaknya begitu beria menekankan ia tidak sepatutnya dilaksanakan, dengan alasan 'bagaimana nanti budak2 kampung..bla..bla..bla..'nampak remeh juga alasan beliau. nampak juga tidak relevan kerana hanya menumpu kepada pelajar di desa. beliau ini juga bukan main bangga dengan memberi contoh anak beliau yang masih kecil namun sudah pandai juga berbahasa inggeris. nahhh... pokok pangkalnya di situ, boleh nampak. kalau dari kecil di beri tunjuk ajar, di bimbing dsb, mesti pandai, kan? aku macam terasa-rasa yang beliau telah menepuk air di dalam dulang..

tepuk kuat2 pulak tu.

pendek kata, aku minta agar kita jgn merendahkan kebolehan dan kemampuan bangsa sendiri. sepatutnya pd yang claim diri mereka cerdik pandai ni, cuba intai mana anak bangsa yang nampaknya terkial-ial meraih ilmu lalu beri bantuan pernafasan sebaik mungkin. bukan terus bagi nyawa sendiri untuk kelangsungan hidup orang lain. faham? kalau tak faham pegi belajar bahasa melayu semula.

even Tuk Det pun dah beri penjelasan ttg isu ni.

dahhhh..ada pulak yang kata aku taksub dengan mantan PM kita. deliau orang berilmu, kalau aku nak taksub pun, pedulik la..kan? aku nak kutip ilmu, bukan nak pilih bulu atau buat2 buta dengan apa yang berlaku atas alasan aku ni melayu.

4 comments:

MR. said...

Puan,

If I only think about my childrens, I will totally agree with PPSMI ...

My eldest son, in standard 2 right now ... really good in English and can beat all the Chinese and Indian in his class ...

But ... please look this issue in different kind of views ...

Put away about Tun M. Saya juga penyokong Tun M ... tapi berpada2 ..jangan terlalu taksub sehingga meletakkan beliau menjadi maksum.

Saya tinggal di bandar dan berkemampuan menghantar anak2 ke tuisyen. Anak2 saya mingle around with my multi-racial neighbours that speak in English ..

Yang saya kesiankan adalah kepada mereka yg tak senasib dengan saya, dengan Puan yg boleh berbahasa Inggeris.

Mungkin kita perlu pergi ke kampung2. Ada budak2 yang dijaga oleh nenek tua miskin yang tidak tahu berbahasa Inggeris.

Ada yg dijaga oleh ibu tunggal yg juga tidak tahu berbahasa Inggeris.

Persekitarannya ialah orang2 Melayu yg tidak menggunakan Bahasa Inggeris ..

Saya setuju jika Math & Science dalam B.I in IPT ... not in Primary and Secondary School ...

Sekali lagi saya tekankan, utk meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris, Syllabus dan cara pengajaran B.I itu sendiri yg perlu dikaji, bukan dengan perlaksanaan PPSMI ...

eraerzarusli said...

opinions may vary..different people, different thinking.

err..yang skor 20A dalam SPM baru2 ni, bukan orang kampung ke? bukan anak nelayan yang ibu bapanya tidak pandai berbahasa inggeris?

org putih kata; don't judge a book by it's cover.

FYI, ibu bapa saya juga tidak begitu pandai berbahasa inggeris. my dad, esp. my mum learned english during her working days; thru seminars, courses etc. i wasn't this okay in english, even after my SPM. i learned and still learning. why? because of my passion in it. semangat untuk lebih tahu dan cungkil rahsia.

sebenarnya En. MR, semuanya bergantung pada 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.

lucky you for staying in the city where you can send your children for tuition or let them mingle with those multi racial neighbours of yours that speak well in english. well, i couldnt and i don't. but still, i teach them english everyday, within my ability and knowledge, of course.

persekitaran? where the malays don't and can't speak english? this is where our bijak pandai needed. bijak pandai di sini ialah para guru yang diamanahkan untuk mendidik. dan ini akan membawa kita kembali ke komen balas saya dalam entri berkaitan sebelum ini. you seem not paying attention, MR. Kalau Math & Sci in english, mula diajar di IPT, tidakkah itu akan mengundang lebih masalah? kalau dah dari sekolah rendah tak diajar, apa mungkin bila dah cecah usia 18 boleh terus faham? do our children nowadays have super powers? once they reach 18, they can swallow every knowledge and understand it all without the needs to learn the basics?

bukankah dengan perlaksaan PPSMI, secara tidak langsung syllabus dan cara pengajaran bahasa inggeris itu sebenarnya sedang di pertingkat dan dikaji?

think, and re-think again.

MR. said...

Puan,

Please read one of Youngman's view about PPSMI :-

Before this I agreed with Tun.

It made me read the previous post by Tun about this (Before the demonstration).

He made me read Abbasiyah's history during its Golden Era (As he depicted as saying Abbasiyah can be a very good example/model).

I read Abbasiyah history (in detail).

I changed my mind. What Tun said wasn't wrong. But slightly different then what I think it should be.

He agreed that the westerners learnt Arabic for the sake of knowledge. And before that the arabs learnt from the Greeks. After world war II the japanese learnt from the States, and the Chinese learnt from Japanese.

But the different is, the scholar-translaters learnt it in those different languages, and translated them into their own language - To make them their own.

During its golden era, The Abbasids have more than 36 libraries in Baghdad alone, not including the Baitul Hikmah(s). And all books, of course, were written in Arabic, for their children.

They didn't asked their children to learn science and mathematics in those different languages. But they (scholar-translators) took the responsibility.

And they took hundreds of years to do it, after they built Baitul Hikmah!
(This was not the problem for them, as it is for us now). Why Tun?

Because they did that, not only for them, but for their people, and for their future generations.
(This was not the problem for them, as it is for us now). Why?

Because they knew, if the kids are too fond with those different languages, they will never turn back. They grew up with it, and they will have in mind that those different languages are 'destined' to become the language of knowledge, not their own language.

If they ever manage to find new things in the field, would they still be able to write them in Bahasa Melayu?

I don't think so.

This is the reason what the 'Pejuang Bangsa' really afraid of.

And what I'm afraid of.

This is no longer about the Bahasa only, but our people, and our future civilisation. (As what Tun's intention by doing this PPSMI).

Please, think.

Wallahua'lam.

Puan,
I hope you can think beyond of your mind right now ...

I live in Penang ... and yes I am 'Orang Utara' ... most of 'Orang Utara' are Tun's supporter including me ...

But, sorry ... not for this one ...

eraerzarusli said...

well, to me the biggest prob is, our own scholars doesn't want to take that responsibility. our own scholars dah tak pandang bahasa kita, tak mahu pandang anak bangsa, bagaimana nak majukan negara.

those Pejuang Bangsa, bila ditemuramah, berbahasa inggeris juga. kalau benar dan jitu, seharusnya berbahsa melayulah sepenuhnya. takut bangsa lain tak faham? biarlah..kalau depa tak faham, depa kena belajaq lah..bukan sepatutnya begitu? tapi benda ni dah disulam dengan egoisma.

why after 6 years?

sebenarnya kebanyakan melayu dah tak serupa melayu, termasuklah mereka di atas sana, di kerusi selesa yang kononnya memimpin negara. kalau saya taksub dgn Tun, saya takkan pula marah dengan statement beliau dok kutuk kata Pak Lah teruk sekali lepas PRU12 dulu. time tu saya pun dah rasa Tun tak rasional. kalau saya taksub dgn Tun, tiap2 tahun mesti dah pi raya umah dia, dok cari mana dia pi buat buat ceramah ka, apa ka..sampai la ni, baru sekali ja jumpa Tun pun..tu pun masa KL Sentral baru bukak..

u know what, yang penting adalah kehendak orang melayu itu sendiri. cara yang mana kita mahu untuk maju. dari segi apa, dan bagaimana mahu melaksananya.

org DBP pun tak berbahasa, MR. tgk rata2 orang melayu kita, ramai yang tak berbudi bahasa pun, kan..

bahasa menunjukkan bangsa, dah tak terlaksana pun sekarang ni. berdemonstrasi sebegitu, juga bukan sesuatu yang berbahasa. landasannya salah dan bukan contoh yang baik. orang luar ketawakan kita, bangsa lain perbodohkan kita.

as u said, isu ini takkan kemana kalau kita debatkan. my suggestion is, u stay with your thoughts and i stick with mine. yang penting, kita nak bangsa kita maju. cuma mungkin cara dan pendapat kita berlainan.

terima kasih kerana sudi jengah dan tinggalkan jejak 'pena' di blog saya.

saya cuma seorang surirumah. pendapat saya mungkin takkan di pandang hebat oleh seseorang yang tinggi kedudukan dan pelajarannya (like you, perhaps).

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online