Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, March 1, 2009

dan hati pun terusik...




semalam,

lepas asar, kami keluar makan. sekeluarga. santai di shah alam mall, kemudian ke salon gunting rambut. bukan untuk aku, tapi untuk anak daraku yang berambut cantik. saat untuk mengorbankan curly-curly yang cantik yang cuma tergantung dihujung rambutnya. sungguh aku sayu tatkala melihat gugurnya gulungan2 cantik itu saat dipotong. lama membelanya, seksa menyikatnya tiap pagi untuk dibuat tocangan sejak lima tahun lalu, akhirnya ia perlu dikorbankan kerana dia sendiri sudah rimas dan lemas dengan kepanjangan rambutnya yang mencecah punggung. ye la, tiap kali nak sikatkan rambutnya, asyiklaa ngadu sakit lah, apa lah..kalau nak gi toilet, sure rambut tercecah lantai toilet tiap kali nak cuci hadas kecil itu...



after cut, shoulder length.


selesai ke salon, waktu hampir maghrib. singgah umah mak sekejap, solat dan sebagainya. sembang2 dengan mak, kakchik dan edry. kemudian anak2 yang dua orang tu sibuk di bilik pak ucunya. hampir sejam juga. terasa hening seketika, tanpa hingar dan jerit pekik gaduh anak2 yang berdua itu. cuma dalili, mungkin terasa kekurangan sesuatu, seakan serba tak kena. mengantuk pun ada juga tu. lepas isyak, dekat pukul sembilan, kami mula beredar. dalili pun sudah semakin havoc dek mengantuk nya tu. pd awalnya dalia dan yad mmg tak mahu balik. maklum, sekali sekala dapat lepak dengan pak ucu begitu lama, seronok mula terasa agaknya. Tapi, memandangkan ayah yang kebetulan baru balik dari kampung dan kelihatannya amat penat, begitu juga dengan mak yang nampak letih dan mula layu mata, aku umpan anak2 dengan muffin, ajak diorang beredar. laju aje. tak dan papanya bersiap pakai stokin dan aku memakai tudung, dah terus salam dan cium opah dan atuk. peh!! poyo sungguh. dengan muffin pun leh terkesima. namun sayang..singgah di shell, cari muffin, tak ada. kemudian belikan air ribena je, si darling minum sampai basah baju pulak, dah kena marah dengan papa. mengalir laju linangan airmata di pipi tembam si kecil tu. aku tukarkan bajunya. pujuk lebih kurang dan akhirnya dia lena di child seat dia (oh ya..anak2 semua dah duduk belakang. penuh seat belakang kereta dengan mereka bertiga!). dalia masih menuntut muffinnya. papa kata kita cuba cari tempat lain pulak. saja nak jalan2 ambil angin malam. lalu dekat dengan stadium shah alam, penuh sungguh orang. maklum saja, malam tadi ada bola; Selangor vs Kelantan. kemudian di Malawati pula ada malam sinar maulidur rasul. memang sesak. sempat juga mengintai di scoreboard stadium, tgk sapa lead..hehe..

awalnya ingin menuju ke kuala lumpur, tapi dibatalkan sebab kemungkinan kesesakannya melampaui batas. maklum saja, malam minggu. kami menuju ke putrajaya. separuh jalan, hujan mencurah. cuaca makin sejuk dan tenang. sampai di putrajaya, kebiasaannya kami akan singgah di mana2 taman untuk bersiar-siar. tapi sebab hujan, jamu mata dari dalam kereta je. dalam perjalanan pulang, singgah di petronas cari muffin. pun takde. cari kemudian di shell ELITE highway, pun takde. papa beli super ring je. time tu ziyad dah lena. kebetulan pula dalili terjaga. dah bantai super ring (dalia baham sebungkus besar, sorang2), cuci tangan dengan wipes dan tak sampai 15 minit, dalia pun terlena. dalili, dah aku transfer ke depan, lena juga dipangkuan aku.

saat itu aku dan papa mengambil kesempatan bercerita soal kerja dan keluarga. awalnya papa bercerita tentang rakan sepejabat, yang mengadu akan masalah rumah tangga nya pada papa. macam2 kerenah, macam2 hal. selang seli dengan gelak tawa yang dikawal (ye laa..anak2 kan tido), tangan kami bergenggaman sepanjang perjalanan pulang. kereta automatik, tak payah pegang gear, kan..setibanya di tol shapadu, menuju ke rumah kami, cerita sudah berkisar ke hubungan kami berdua pula. dengan anak2, adik beradik, mak ayah, abah mami hinggalah ke atuk nenek sana.

sesampai di rumah, waktu berhenti untuk membuka pagar, kata2 yang dilontar papa pada aku berserta sebuah senyuman amat mengharukan;

apapun, papa bersyukur sangat2 kerana dikurniakan isteri yang baik, macam mama.
sambil dia melangkah keluar dari kereta, dan aku bagai mahu runtuh jiwa dan gugur jantung, menahan airmata.

sesungguhnya, walau kadangkala lidah dan gigi berselisih, tergigit dan tersepit, cinta itu utuh bagai air yang takkan putus walau sekuat mana cincangannya.

sungguh aku mencintai dia...

2 comments:

manusia terlantar said...

Rambut anak akak lawa la.. gulung2 kat hujung.. hehe..macam buat kat saloon je..

Chop sorang leh?

Haha

eraerzarusli said...

hamboih!!

bukan ko dah tahap pakcik ke dgn diorang nih, gorb..ha? ha?

tak nak aku haih, anak aku kawen org tua...

kehkehkeh!!

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online