sabtu lepas, lepas maghrib, keluar jalan2. asalnya nak bawa anak2 berlari-larian di taman awam putrajaya. tapi budak2 ni, masuk je kereta tak sampai 10 minit dah terlelap. makanya, sebab papa pun kesian dengan anak2, 'bawak' mama je jalan2. tu la, sapa suh nyibuk dengan mama papa kat umah. kitorang biasalah, hujung minggu mengemas rumah. sesekali ada papa di rumah, macam2 yang tak terlarat aku buat sorang, nak kena buat.
sementara tunggu anak2 terjaga dari lena, jalan2 lah kami, dari nkve ke damansara, keluar ke sungai besi tengok2 suasana suram bandaraya KL due to earth hour. mulanya kami singgah di KFC NKVE, konon nak gi makan, sebab dalia dah mintak dua hari dah. tapi since dia tidur, we decided to look for another kfc outlet. tu yang bila kitorang reach another kfc (aku lupa dah kat mana, tp lepas tol sungai besi dekat esso station) that outlet was dark. aik? kata 24 jam. takkan tutup? takde la singgah, tengok from the highway je. then baru aku perasan, earth jour laaaaa. aku nampak ramai juga para customer sedang beratur dana menjamu selera. me and hubby ketawa je lah. takkan nak buat u-turn tetengah jalan tu, kan? so we continue our journey.
then papa kata, kita gi airport lah, tengok aeroplane. sampai kat hentian Nilai, papa berhenti. nak makan lah. mujur kitorang takde bikin janji dengan budak2 nak gi kfc. kot tak sure depa ngamuk. order lebih kurang, simple2. budak2 since masih mamai, takde nak makan sangat. besides, maybe masih kenyang sebab aku dah bagi makan sandwich kat umah sebelum keluar. papa order air kat kedai B, tanya anak2 nak apa2 tak, diorang geleng. then papa pg kedai A, order nasi ayam. pastuh tetiba dalia bangun. pegi straight to kedai B. aku ingat dia nak ushar anything to claim kat papa tapi dia terus tepuk2 belakang one indian guy whose standing there to buy some beverages. that guy looked at dalia pastuh blah. and i called her right away. 'yaya, wat apa tu? nak apa? yaya pegang sapa?' she looked up and run towards me. i laughed. aku cakap 'papa kat sana, la. yaya pegang sapa?' dia malu tersipu-sipu. papa yang tak tahu kejadian tertanya-tanya. aku dah takleh tahan gelak, dalia punya hebat dan pandai, tutup mulut aku. konon tak mau aku bgtau papa la kejadian memalukan yang menimpa dia tu. kehkehkeh. lawak sungguh. mana boleh tahan tak bgtau papa. papa pun ikut gelak., 'tu la, konfiden sangat,' papa cakap. dalia terus tarik muka. muncung. tapi tak lama. papa umpan twisties, lega la dia. then we went straight to KLIA.
kat KLIA, punya ramai orang. rimas juga. ntah apa ke hal nya. mungkin sindrom 'yang terbang sorang, yang hantar sekampung' melanda. sumpah ramai. pulak tu pakaian..mak aih. cuba la tertib sikit, kan..kot cuma menghantar ke, menjemput ke, awak tu di luar, bukan di rumah sendiri. KLIA pulak tu, kan. ni pakai kain batik la..seluar pendek sliper jepun la. yang paling tak tahan, pakai baju kelawar. baju tidur. tudung ala sempat dan selipar. jadi untuk mengelak dari sakit mata dan kemudian menjurus pula sakit hati, aku cecepat mengeluarkan diri dari kelompok mereka yang ramai tu.
menuju ke anjung tinjau. papa was holding dalili dan dalia berlari-lari anak mengekor. yad? biasa la anak jantan aku sorang ni. aku gi toilet pun dia nak ikut. singgah ke satu souvenire shop. tengok2, cuci mata. then papa called. aku suh dia jalan dulu, aku masih di souvenir shop. sebenarnya aku tgh ushar bday gift untuk papa. tapi kat airport kan, subhanallah mahal.
dalam perjalanan ke anjung tinjau, kan ada toilet, kan? yad pun otomatik cakap 'alamak, yad nak kencing la.' yad memang!!! nyampah betul.
lepak2 di anjung tinjau, memerhati pelbagai jenis aeroplane. papa nampak excited. FYI, (siap FYI, poyo!!) papa memang suka aeroplane. he knows jenis2nya just by looking at the plane or even just hearing the engine roars. anak2 berlari-larian, keseronokan.
suddenly....
darling mencangkung baeeekkkk punya kat tepi tingkap. when dalia approached, sambil terangguk-angguk dia bgtau kakak dia 'ni okk-okk ni..' aduh laaaa...satu hal pulak si kecik ni. dah la tak bawak diaper dia (ada dalam kereta). papa dah tepuk dahi. potong stim la darling ni. heheheh..sementara menunggu darling setelkan tugas2nya, papa pg cari convenient store dalam KLIA ni. kalau di 7E, diaper yang darling pakai (jenis travelling pack) mmg agak mahal, rm5.20. kat KLIA? lagi mahal, rm8. adoih laaa...lili, lili....hehehehe...mujur tak ngamuk. on the way ke toilet, beberapa kali juga dia berhenti. ingat dah selesai tugas, rupanya belum. jenuh la aku nunggu. puas lah orang yang lalu lalang bertanya, apa dibuat dek anak aku ni. memang haru.
lately papa selalu good mood. dia takde marah2, senyum je. macam seronok je. dia pun ketawa je dengan kerenah anak2 ni. lepas setelkan si darling, kitorang pun berangkat pulang. menjelang pukul 12 tgh malam, kami sampai ke rumah. dan sepanjang perjalanan, rasanya seronok je.
pa..ma seronok kalau papa seronok. tp kenapa ma rasa tak sedap hati ni?
No comments:
Post a Comment