tajuk entri cam skema, kan?
1st of all, welcome back to AMI. lama tak tgk komen dari dia, mcm kurang pulak blog aku ni.. walau dia cuma seorang yang aku temui di alam blogging ni melalui adik aku, dari goresan komen dan ketukan huruf2 nya yang ditinggalkan di blog aku ni, aku rasa dia budak baik. seorang yang nampak gayanya ada masa depan yang cerah, insya Allah. (akak doakan yang terbaik utk kamu).
salam tahniah juga untuk adik Ami yang skor hebat dalam SPM. err...dia takde masalah pun dalam PPSMI, kan?
walau aku tak selalu memerah idea dalam kepala mengenai isu semasa; samada ianya hangat atau suam2 kuku je, aku terasa yang kadang2 pendapat tak seberapa aku ni selalu pulak diambil serius. dan selalunya oleh orang yang boleh aku kategorikan sebagai bijak pandai pulak tu. honestly, aku cuma orang biasa yang tidak ada diploma atau ijazah dalam bidang yang khusus. ya, mungkin jejak kaki ke itm tapi cuma pra-diploma.
terasa hebat pula. :|
ayah dah ok nampak gayanya. aku belum lagi berkesempatan melawat. kami sekeluarga pula diserang pelbagai virus. musim, kata doktor. semalam gi checkup, aku diberi suntikan tetanus. sesungguhnya aku orang yang kuat semangat, tak pernah takut dengan jarum suntikan dan pada aku benda tu biasa je. tapi entah apa ujian dan dugaan, kesan dari tetanus shot itu, aku jadi lemah seluruh badan. sengal2 dan bisa2 keseluruhannya. menambah perisa, darling juga diberi suntikan imunisasi terakhir, semalam. sudahnya, dia mengamuk sepanjang hari. dan menjelang malam, demam pula menyerang. papa juga berjumpa doktor, severe sore throat hingga doktor memberikan antibiotik dan MC. anak2 aku yang dua itu? dari last monday tak henti2 batuk. ziyad batuk agak teruk. asal malam menjelma, batuknya mengalahkan orang tua yang ada bronkitis. heh..tiap2 malam aku terpaksa tidur2 ayam (memang sejak dah ada anak, aku begitu). sekejap2, darling merengek, kang pastuh plak ziyad terbatuk-batuk. tu belum cerita bab muntah pulak. dua malam lepas, aku kena mencuci napkin yang dimuntahkan ziyad jam 3 pagi. sebelum tu plak, aku penat mengelap rumah, bahana si darling yang muntah2 tak kira tempat. ye la, baru setahun setengah umurnya kan...
hari ni, aku amat penat. kepala terasa sakit teramat. harapnya anak2 tak meragam teruk.
1 comment:
Sy tak baik jika benar2 dikenali. Tp sy masih cuba jadi baik. Terima kasih untuk doa akak..sy hargai.
Post a Comment