pregnancy kali ini, amat memenatkan.
mungkin juga kerana ada askar 3 orang ni, yang perlu diurus setiap hari.
ke hulu ke hilir, membuat kaki aku cepat bengkak, buat aku cepat tercungap dan amat menyenakkan perut.
takut juga. kerana simptom ini selalunya ada pd ibu2 mengandung yang secara tiba2 menghidap darah tinggi dan kencing manis, serentak.
last checkup, my blood sugar sudah berada di tahap border. padahal aku tak pernah ada masalah sedemikian. takkan makan durian dua, tiga ulas dah mencanak naik, kan?
esok akan ke putrajaya. nak register dan kalau nasib baik, leh wat checkup sekali.
hari ni, naik kembung perut aku dan naik lenguh kaki dok minum air mati bebanyak menyebabkan aku ulang alik ke bilik air selalu.
lately, kot terbersin ke, terbatuk ke, sure kena kepit kaki kuat2. kot tak, alamatnya kena tukar seluar/ kain. sebabnya, terkencing laaaa....
apsal ketawa? nanti la korang (atau bini korang) dah pegnen...rasa sendiri!! time tu tgk, nak ketawa ke tak...
err..aku pun terketawa gak kenkadang...kehkehkeh
No comments:
Post a Comment