Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!
Showing posts with label PPSMI. Show all posts
Showing posts with label PPSMI. Show all posts

Tuesday, March 10, 2009

apa isu sebenarnya tentang bahasa?

PPSMI atau pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah enam tahun dilaksanakan. Adik aku yang sekarang dah darjah enam, kenmain lagi terer aku tengok penguasaan bahasa inggeris nya dalam kedua-dua subjek tersebut. last week aku tanya dia, 'dik, ko ok ke bab math ngan sains dlm b.i?' dia cakap, 'ok je. best apa..'

so, apa sebenarnya yang digembar gemburkan ni? ada tak mereka 'itu' bertanya pada si empunya diri yang belajar atau dalam pelaksanaan PPSMI ni? budak2 ni, suka ke tak belajar kedua subjek utama dalam b.i nih?

pada pendapat aku lah (di ulang dengan tegas dan tepat; PENDAPAT AKU), benda ni sepatutnya diteruskan. bukan nak bermegah-megah dengan bahasa asing dan bukan pula nak meruntuhkan kedaulatan bahasa ibunda kita. kita sepatutnya memandang ianya sebagai wadah menambah ilmu. ilmu itu perlu dicari dan di gali, semoleknya dan sedalamnya, untuk bekalan hidup. Nabi kita s.a.w juga pernah bersabda, menyuruh kita menimba ilmu, biar sampai ke negeri China. apa maksudnya tu? sudah pasti kerana Nabi s.a.w tidak mahu umatnya berada dalam keadaan mundur dan hanya menadah tangan dan ngangakan mulut untuk meneruskan hidup.

kenapa agaknya perlu berdemonstrasi di jalanan sebegitu? sudah habis segan dan malukah kita? kelibat mereka yang berwibawa dan tokoh2 bahasa dalam demonstrasi itu amat mematahkan jiwa. apa perlunya? dan apa relevannya? mereka yang sudah ternama ini, mempunyai ilmu yang tinggi dan bahasa inggeris itu sendiri dalam hidup mereka sudah seperti makanan dan minuman yang mereka teguk dan telan hari2. mereka sudah arif dalam bahasa tersebut tetapi mereka ini yang sepatutnya mengajak orang lain supaya menambah ilmu, seolah-olah menghalang dan mahu menyekat sebaran ilmu itu sendiri. yang lebih mengecewakan, rata-rata yang berdemonstrasi itu adalah orang MELAYU dan mereka beragama ISLAM.

bahasa inggeris merupakan bahasa yang paling meluas digunakan seluruh dunia. lebih kurang 850,000,000 (dipetik dari wikipedia) orang di seluruh dunia ini menggunakannya, samada sebagai bahasa utama atau bahasa kedua. seandainya bahasa inggeris ini tidak di didik atau diterap penggunaannya terhadap generasi awal kini, mana mungkin kemajuan sesuatu kaum itu akan tercapai; dengan jaya dan gemilangnya. jangan tuding jari kepada Jepun, yang menggunakan bahasa ibundanya dalam segala hal dan amat mementingkan kemandirian dan kedaulatan bahasanya itu. kita jauh terkebelakang dari jepun. mereka bukan buta-buta tak mahu menerima bahasa luar. ramai juga antara mereka yang fasih berbahasa inggeris. dari mana datangnya taraf negara maju yang mereka miliki, seandainya tidak dicedok sebaik mungkin dari merata tempat serata dunia ini? takkan mereka pergi belajar di UK, German atau mungkin di Sweden dengan berbekalkan bahasa jepun sahaja, kan? mereka mempertahankan penggunaan bahasa mereka kerana; tidak mahu rahsia kejayaan dan kemajuan negaranya, jatuh ke tangan orang bukan Jepun. lihat, apa jadi sekiranya kita fasih berbahasa jepun? mereka akan melayan kita seperti darah daging sendiri. this is the fact. pakcik aku fasih berbahasa jepun dan dia juga yang bercerita sebegini. sememangnya, orang jepun begitu. kalau perasan, orang jerman juga begitu. mereka ini bertaraf negara maju. kemungkinan besar, mereka tidak mahu apa yang terjadi pada kesatuan soviet dulu, berulang. bukankah kesatuan soviet itu satu kuasa besar suatu ketika dahulu? apa yang menyebabkan mereka kini hanya tinggal serpihan? mereka taksub dengan kelebihan diri sendiri. sampai tak perasan akan juga kekurangan yang ada. mereka leka dengan ilmu mereka yang buta2 dicedok keluar oleh mereka2 yang bergelar penyangak dunia.

memetik dari kata2 bapak aku, mereka yang berkata pembelajaran subjek math dan sains dalam b.i ini tidak perlu adalah kerana mereka ini sudah terlalu biasa dengan bahasa itu, dan mereka ini sebenarnya merasa tergugat. risau nanti ramai pula anak2 pedalaman yang pandai berbahasa inggeris, dan mungkin akan 'merampas' kedudukan mereka dalam senarai para bijak pandai di malaysia. Sepatutnya, ini yang kita perlukan. sampai bila orang melayu kita ini hanya nak disogok dengan benda yang mudah2? mereka yang menentang ini, sepatutnya memandang jauh ke hadapan. sepuluh tahun, 50 tahun lagi. generasi PPSMI sekarang ini adalah bakal pemimpin negara kita ini, dalam tempoh itu. takkan kita nak biar negara tercinta ini ditakluk dan dijajah sekali lagi, hanya kerana kebutaan ilmu yang melanda dan buta hati mereka yang kononnya pejuang bahasa kebangsaan ini? cuba tanya mereka yang berdemonstrasi tu, berapa ramai daripada mereka yang reti bahasa inggeris? berapa ramai yang sangat fasih? dan berapa ramai pula yang hanya tau perkataan 'yes', 'no', 'alright'? kita kena ingat, kita belajar bahasa asing ni, bukan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk, sebaliknya untuk mengelakkan diri kita dari ditindas masyarakat yang berbahasa asing itu. tengok orang cina dan india di negara kita. tak rasa ke yang kita ni jauh ketinggalan dari segi pengetahuan berbahasa? selain dari bahasa mandarin dan tamil yang diorang tuturkan hari2, mereka juga fasih berbahasa melayu dan inggeris, kan? kita? andainya yang melayu ni tak diajar dengan bahasa kedua, atau ketiga, sampai ke mana aje agaknya ilmu kita ni ya?

ok, sekalipun kita ingin memperjuangkan bahasa ibunda, jangan sampai menggadai maruah dan ilmu bangsa kita. lihat pandangan para cendekiawan dan mahasiswa kita yang terbuka mindanya. bayangkan kalau bahasa inggeris ini tidak diterap sedari awal. bayangkan kalau segalanya perlu dialih bahasa ke bahasa malaysia. benda2 yang simple seperti 'push', 'pull', 'open', 'close' mungkin boleh difahami dan dialih bahasa dengan mudah. tapi di situ juga akan wujud kekeliruan. 'push' tidak semestinya bermaksud 'tolak'. ianya juga boleh memberi makna 'tekan'. apa pula nanti jika kefahaman bahasa ini makin hilang dan segalanya akan jadi kacau bilau. chaotic. mungkin nanti takkan ada fakulti sains komputer? sebab perisian dan basic pengkomputeran itu semuanya dalam bahasa inggeris. mungkin juga nanti tidak akan ada lapangan terbang, sebab semuanya perlu di alih bahasa ke bahasa malaysia, dan tak ada pelancong yang nak datang sebab tak ramai yang tahu bahasa kita? begitu juga nanti dengan kejuruteraan, seni bina, pembangunan laman web, dan macam2 lagi lapangan ilmu yang rata2 dijana dari pengetahuan bahasa inggeris? atau mungkin nanti kita akan jadi negara yang paling mundur, kerana menegak benang yang basah tanpa sebab yang munasabah? nanti kalau semua nak ditranslate, mana nak cari translator tu? bukan kah translator tu perlu di gaji? dan mereka perlu tahu bahasa inggeris ni? kalau tak di ajar, mungkinkah wujud translator ni nanti? takkan lupa pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya' tu?

isunya mungkin kecil dan nampak remeh. tapi kesan jangka panjangnya amat besar. aku tak nampak kekukuhan sebab mengapa PPSMI ini perlu dihentikan perlaksanaannya. kalau yang banyak komplen tu para pelajar, aku mungkin boleh terima. tapi yang komplen kebanyakannya guru dan ibubapa. pelajar ni masih muda dan minda mereka masih mudah menyerap ilmu dan dan pengetahuan yang diberi. cuma yang perlu diberi perhatian ialah cara bagaimana untuk memudahkan penerapan ilmu tersebut. untuk para guru yang komplen PPSMI ni susah, pergi belajar balik dan penuhkan apa2 ilmu yang patut dalam dada tu, baru boleh 'menabur bakti' pada anak bangsa. mendidik ni satu tanggungjawab. di akhirat nanti, Allah tanya. takkan nak jawab, 'aku blajar math gila2, sebab nak ngajar anak bangsa ttg ilmu matematik, bukan nak ngajar bahasa inggeris dan menyusahkan diri aku sendiri.' kalau cenggitu la akal yang ada, baik tak payah jadi pendidik. untuk para ibubapa yang komplen plak, aku nasihatkan, kalau diri sendiri kekurangan, tak pandai berbahasa inggeris, jangan heret anak2 sekali. sepatutnya nasihatkan anak2 supaya tak mudah patah semangat dan terlalu cepat putus asa. sepatutnya jadi contoh yang baik juga. kalau anak tu agak lemah dalam bahasa inggeris, dan awak juga sebagai ibu/ bapa tak reti sepatah haram pun, ambil inisiatif belajar sama2. dapat sehari 2, 3 patah perkataan pun, dah syukur. nanti anak2 tengok akan kecekalan dan semangat ibu/ bapa, mereka juga akan jadi cekal dan bersemangat. baru lah layak untuk di calon sebagai ibu atau bapa mithali.

aku dah usulkan pada kementerian pelajaran, supaya guru2 yang komplen ni, di hantar kursus bahasa inggeris. kalau kerajaan leh buat budget kenmain banyak untuk pembangunan fizikal negara, apa salahnya bagi peruntukan lebih sedikit untuk kesinambungan kemajuan anak watan, kan? bukan untuk sapa pun...untuk negara tercinta ni juga, kan?

aku pun bukan pandai sangat berbahasa inggeris nih, tapi aku nak anak2 aku pandai dan fasih, supaya boleh kutip ilmu dan sumbang pula pada anak bangsa sendiri. kalau mampu, biarlah reti lebih dari dua bahasa asing...insya Allah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online