last friday, aku berkampung di rumah mak selama 3 hari, suami aku ada kerja sempena ekspo selangkah ke uitm di stadium malawati. aku kembali ke rumahku ahad lepas.
the next monday, aku dapat sms dari kakchik;
'ayah masuk wad, tak tahu lagi sakit apa'
aku terduduk. macam2 terbayang.
kemudian aku gagahkan diri call kak chik. dari cerita dan suaranya, aku rasa ayah tak teruk. mungkin cuma perlu banyak rehat.
namun aku tetap lemah. berusaha setenang mungkin dalam perbualan dengan kak chik, tapi aku kalah bila aku memberitahu berita itu pada suami. belum sempat bermukadimah, air mata sudah laju menitis. tak mampu dibendung lagi. entah. mungkin suami tempat aku meluah pelbagai rasa. dan aku rasa dia orang kedua yang manjakan aku (just the way i want it) selepas ayah. mungkin juga kerana suamiku banyak resembles my dad. makanan kegemaran, tahun kelahiran mengikut kalendar cina (thn naga), hobi dalam muzik (my hubby's a musician, and so was my dad), pengalaman kerja; walau sedikit nak dibanding antara keduanya tapi banyak yang sama dan mungkin serba sedikit perangai mereka. orang tua2 kata, orang perempuan selalunya akan mencari jodoh yang sedikit sebanyak seperti ayah mereka. mungkin la kot...
dalam setengah jam kemudiannya, selepas susah payah menahan diri dari terus dihanyut rasa, selepas dengan tenang di pujuk suami, aku menghubungi emak. penjelasan emak kemudiannya membuat aku makin lega. daddy was okay. low blood pressure, nothing serious to be worried about. he needed rest. thought of visiting dad on that monday night, after maghrib (my hubby got off from work at 7pm, everyday) but then i was afraid of my children creating a mess. well, i have 3 and of course they won't sit still and quiet, right? called my mum and she said 'no need to come. daddy need his rest.' entah mengapa aku rasa ianya menenangkan. sungguh meyakinkan. itu pulak hebatnya kata2 seorang ibu. mampu mengubah segala rasa dalam jiwa.
hati ini bergolak juga untuk pergi melawat ayah, namun berbelah bagi dengan tingkah anak2 aku nanti yang pasti tidak akan beri ruang untuk ayah berehat. nanti pasti ada yang sibuk nak duduk atas katil atuk, nak minum air atuk lah, nak sibuk tengok toilet lah, suruh tukar channel tv lah dan macam2 lagi. jadi, aku ambil keputusan untuk tidak melawat ayah, tidak mahu membebankan dan menyakitkan lagi ayah dengan tingkah anak2..kadang2 aku rasa macam faham dengan ayah, yang tak berapa selesa dengan kanak2. tapi aku semacam terperasan yang ayah mungkin terasa, kenapa aku tidak melawat dia. mungkinkah?
tadi aku call emak. ayah dah discharged. on the way balik. aku tanya mak, ayah cemana..mak kata ayah ok. esok mungkin aku akan pergi tengok ayah dan bertanya khabar. insya allah.
berat sungguh rasanya tanggungjawab bila sudah menjadi isteri, ibu dan anak ni. banyak hati perlu dijaga, dan seribu macam rasa perlu di tanggung sendiri.
3 comments:
hmm.. baru sue paham yang boleh tahan berat jugakla tanggungjawab yang akak pikul sekarang nih :)
doa sue ayah akak sihat seperti sedia kala & boleh enjoy enjoy dgn cucu cucu die ;) (plus yang tgh dalam perut tuh, he he)
Puan,
Semoga Puan tabah menghadapi dugaan dariNya ...
Harapan saya agar ayahanda Puan cepat sembuh ... insya-allah ...
Puan,
Saya tidak berminat untuk berdebat lagi mengenai isu PPSMI.
Saya sudah cukup berpuas hati jika Puan faham bahawa kami yang menentang PPSMI bukanlah untuk menjahanamkan bangsa, sebaliknya adalah untuk memajukan bangsa sendiri juga. Cuma, mungkin cara kita berbeza ...
Akhir sekali, hayatilah satu sajak hasil nukilan Sasterawan Negara kita ...
Mungkin berguna utk panduan anak2 bangsa kita nanti ...
Anakku,
Jika engkau berjaya di masa depan,
Jangan kau lupa akan pejuang-pejuang,
Yang berpanas dan berhujan,
Dipukul dan disembur,
Memperjuangkan Bahasa Nenek Moyangnya.
Anakku,
Jangan kau ingat kau Melayu,
Kau akan mudah menongkah arus,
Di Tanah Melayu.
Kerana ia sememangnya sukar,
Tidak seenteng yang dirasakan.
Anakku,
Ingatlah untuk sedetik cuma,
Mengucapkan terima kasih,
Dan mendoakan kesejahteraan Roh-Roh Pejuang,
Kerana mereka yang memastikan,
Kau terus berbahasa Melayu,
Dan 152 tidak terus di"keranda"kan,
Oleh orang-orang atasan yang sudah tepu keMelayuannya,
Konon-kononnya.
Mintak² cepat sembuh ayah akak.
Mr. - kalau sedara panjangkan sikit akal sedara, sedara akan postkan puisi tu kat entri bawah.
Post a Comment