berdasarkan tajuk entri beliau,
apabila kita menyelamatkan orang dari dibelasah, kita akan diberi hadiahsesungguhnya aku kenpius atas apa yang pernah aku lakukan, sehingga layak diberi anugerah ini. muahahahah..sinis kah? atau emo kah?
well, sedaya upaya aku akan cuba menjawabnya, dengan diiringi oleh laungan CD NKOTB hadiah dari Mix.Fm tadi..
Perihal Penulisan Di Internet
penulisan di internet? kalau maksudnya berblogging, aku juga masih baru. mungkin baru menginjak ke usia 2 tahun. tapi kalau berchatting, atau mungkin memerah idea menghantar sebarang bentuk artikel ringkas, mengisi ruangan forum, menulis cerpen atau puisi secara online, sudah lama. since 1997. sejak IRC lagi.
sesunggunya aku amat minat dalam bidang penulisan. ada 2, 3 artikel ku yang tersiar di akhbar dan majalah. namun itu sudah lama. puisi ku juga ada yang menghiasi sudut kecil akhbar, juga dipenjuru mukasurat sebuah majalah. namun, itu juga sudah lama. malah tidak ada ahli keluarga ku yang tahu. simpanan salinan naskhah juga tidak ku buat. malu mungkin. uhh..itu dulu. sekarang, setiap tulisan akan ku uar-uarkan. di facebook juga aku rajin menulis nota. di email juga aku rajin membalas kritikan atau memberi pendapat tentang isu2 semasa, berjela panjangnya. pendek kata, aku suka menulis. dan sekarang, aku mula berjinak-jinak bidang penulisan lirik. sudah lebih 50 lirik ku hantar pada mereka yang berada di aliran seni, yang kurasa mungkin akan memberi aku ruang mencelah di tapak seni yang penuh glamour dan huru-hara. namun rezeki masih belum mendatang. aku redha. kerana niatku untuk menyerah hasil tulisan, untuk mungkin mencari sedikit rezeki sampingan bagi menambah pendapatan keluarga, bukan untuk meraih gemerlap cahaya yang konon gemilang tapi samar.
Perihal Diri
Aku dilahirkan hampir 30 tahun dulu dalam bulan cinta; Februari. mungkin bukti cinta mak dan ayahku berbunga waktu itu. aku amat suka menyanyi waktu kecilku, menurut kata mak dan ayah, juga makcik pakcikku. sehingga waktu persandingan aku pun, aku diminta untuk menyanyi oleh pak langku. hehe..aku amat aktif dalam pelbagai bidang kesenian di sekolah. dari tarian, nyanyian, lakonan pentas, perdebatan hinggalah ke cabang menjadi pengerusi majlis bagi setiap majlis formal di sekolah. suaraku kelas dan matang, agaknya. (uhh..aku masuk bakul angkat sendiri). dan aku suka semua itu. aku juga amat suka sesuatu yang melibatkan bahasa. aku boleh berbahasa kantonis, hanya dengan hobiku yang suka menonton drama berbahasa tersebut setiap petang di tv3 dulu. aku juga boleh berbahasa sepanyol (sedikit sebanyak), mandarin, hindi dan tagalog. mungkin tidak begitu fasih, tapi sekiranya aku ditugaskan di tempat2 yang memerlukan kemahiran berbahasa sedemikian, pasti aku boleh. segalanya tanpa pendidikan formal berkaitan bahasa, hanya dengan menonton tv. hebat? nahhhh!!
pernah kemalangan sewaktu berusia 7 tahun dan dimasukkan ke hospital selama seminggu. parut buruk itu masih ada di abdomenku, yang sering disalah anggap oleh para doktor yang memeriksa kandunganku, bahawa ia adalah bekas ceasarian. uhh..benci!
pernah bekerja di pelbagai tempat, dari cybercafe, ke perkhidmatan limo di KLIA, di MPH, membuka kedai aksesori wanita sendiri di Alam Sentral (modal oleh ayah, pastinya) dan akhir sekali di AmBank, Shah Alam.
kini, aku hanya seorang isteri yang duduk dirumah mengurus anak2 sambil sesekali menjadi sekretari dan pengurus akaun perniagaan suamiku yang menggunakan namaku sebagai directornya. ha ha..itu perniagaan keluarga, sebenarnya. landasan untuk kehidupan kami yang lebih selesa, lebih baik di kemudian hari, menjelang dewasanya anak-anak kami. kata orang, sediakan payung, sebelum hujan. benarlah.
Perihal Keluarga
aku merupakan anak sulung 5 beradik. mak dan ayahku berkerja, sepenuh masa. mak seorang pegawai kerajaan di LHDN, dan ayahku pernah bekerja di various factories sebelum menjadi kontraktor sepenuh masa pada tahun 1986. aku tidak selalu mewah. pernah merasa susah, pernah juga merasa berbelanja rm100 sehari ke sekolah. tapi itu semua bukan sebab untuk aku menjadi gah dan lupa diri. tidak. mungkin ada yang pernah mengata aku sombong, but the truth is, 'tak kenal maka tak cinta'. aku juga bukan anak favourite. aku rasa aku anak yang paling ntah apa-apa. sebenarnya paling nakal dan paling tak menentu kepanjangan akalnya. yang buruk, yang aib, biarlah kusimpan dalam hati.
keluarga ku kini, dengan suami tercinta En. Zairi, dihiasi dengan 3 cahaya mata, dan yang ke-empat bakal menyusul jun nanti. sesungguhnya kini aku mengerti, susah payah, jerit perih, seronok gembira menjadi ibu dan isteri. lantang jeritan suara aku memarahi anak2, meski pedih di telinga suami, sudah lali di telingan anak-anak, bahkan para jiran. meski aku dan suami tidak selalunya dan tidak sehariannya bergurau senda dan beramah mesra, cinta masih ada, tebal dan setia. kata orang cinta selepas kahwin, lebih istimewa. benarlah. aku terlalu mencintainya.
Perihal Cinta
aku pernah buat 'list of boyfriends' dengan mak aku. nyata mak kalah. sepanjang usia ku 18 tahun, aku sudah punyai 11 orang 'teman lelaki', berbanding 8 oleh emak. ha ha..poyo!
namun cinta sejatiku berputik selepas kahwin. suamiku bukan pilihan keluarga, tapi terpilih hasil dari hati yang sama-sama terluka. ya..kami sebenarnya masing2 baru sahaja putus cinta, ketika bertemu kali pertama. dia juga yang pertama direstui ayah. bukan tidak pernah bawa kawan lelaki pulang ke rumah, namun semuanya dibenci ayah. ayah siap ugut untuk menembak lelaki itu, jika masih berkawan denganku. Zairi juga memikat hatinya, mungkin kerana sikap jujur, terus terang dan selambanya. mungkin juga insiden cekodok bilis emak, menambat jiwa. kasih kami mungkin mula bersemi since then, cuma cinta hanya wujud, selepas berumahtangga. dan ianya sangat indah, sungguh aku berterima kasih padaNya!
note: teman2 lelakiku, samada mereka beriras cina, atau india. tidak ada melayu tulin. dan akhirnya aku sangkut, dengan si dia yang berdarah campuran india. ironi? uhh..kelakar!
Perihal Kawan Baik
kawan baik? kalau dulu aku anggap kawan baik ini perlu. tapi kini tidak lagi. kawan baik pada aku ialah mereka yang sanggup berada di sisi, tak kira waktu atau situasi dimana mereka diperlukan. dan selalunya, mereka yang ku anggap kawan baik ini, tidak sedemikian. hanya aku. ya, hanya aku yang begitu. sanggup meredah hujan ke rumah si teman. sanggup juga berhabis duit teksi juga untuk bertemu dia. berhabis duit untuk berbelanja dan berhabis suara bergaduh membela dia. pernah juga berkorban jejaka idaman, kerana dia.
aku sesungguhnya layak menjadi kawan baik sesiapa pun, namun aku sangsi, samada aku akan layak mendapat kawan baik, sebagaimana aku terhadap mereka.
kawan baik terakhirku, sungguh2 ayah tak suka. suamiku juga tidak menyukai dia. tapi keluarga si dia, amatlah sayang padaku. ibunya, kalau berjumpa denganku, pasti akan dipeluk cium diriku. lalu, dapatkah kalian membuat kesimpulan?
aku rela sendiri. tak perlu ada kawan baik sebegini. yang selalunya hanya ambil kesempatan dan menikam aku dari belakang, 'kawan baik' mereka sendiri. sangat benci!!
Perihal Biskut Beruang (??)
aku boleh makan apa saja kot. asalkan bukan di luar tabi'i. aku suka yang ada cheese dan tika ini aku amat menggilai sandwich. ha..ha..
sandwich itu mestilah berintikan ayam, atau mungkin telur. bukan sardin atau tuna. aku tak suka baunya. kegemaran ku dulu, melepak di Gloria Jean's dan favourite dish aku ialah corn beef panini, juga cheesy meltz. aku juga suka kopi. tak kira jenis, segera atau klasik.
biskut juga aku makan. dari biskut kering ke biskut pelbagai perisa. asal lapar dan itu je yang ada, pasti menambat selera. but definitely, bukan yang berpeanut butter!
namun, aku kurang sedikit dengan selera autentik india. aku lebih western. tapi tak bermakna aku tak makan tosai, atau chappati. aku suka cheese nan dgn ayam tandoori. hehehe..
Perihal Pelajaran
ini tajuk berat. aku bukan tak pandai. tapi aku malas dan mengada-ngada. aku dianugerahkan kebijakan dan kepandaian lebih dari sepupu sepapatku namun tidak digunakan sebaiknya. aku mendapat straight A's dalam UPSR. pelajar terbaik muzik dan bahasa inggeris sewaktu sekolah rendah. dapat various award masa darjah satu. tak pernah dapat nombor corot dalam peperiksaan sewaktu sekolah rendah. asyik2 nombor 1, 2 atau 3. cuma sekali dapat nombor 9.
namun berubah bila jejak sekolah menengah. aggregat 15 masa form 1, namun tercorot dalam kelas; nombor 35 out of 36. uhhh..bengang gila. dan kemahiran bahasa inggeris makin meningkat. aku yang tidak pernah dipandang rakan2 sewaktu itu (aku di sekolah projek, yang kebanyakannya budak2 pandai dan kaya, kononnya) menjadi wira kelasku dalam spelling bee competition. nah, kemudian baru ada yang bukak mata. hipokrit sungguh!
seterusnya, tak ada apa yang perlu dibangga. sekadar 1 a dalam pmr dan pangkat 2 dalam spm, aku tergolong dalam kelompok mereka yang biasa2 saja. menjejak kaki ke itm jengka, jurusan pra perakaunan hakikatnya tidak membanggakan. aku lemah dalam subjek matematik dek kerana aku amat membencinya, tidak menjamin kecemerlangan aku di lapangan perakaunan itu. sesungguhnya aku hanya menuruti kehendak ibu. dan sesungguhnya jiwa, hati dan minda ku memberontak tidak merestu pilihan itu. sesungguhnya, aku meminati bidang lain. more to kesenian, mungkin. aku minat mass comm, tapi tidak ada rezekiku waktu itu. kecewa, aku hanya setuju dengan akaun, lalu jejak ke Jengka, Pahang.
bukan tak mau teruskan (offered but i let it down) tapi aku nekad, berhenti. setelah gagal dalam maths (aku perlu lulus semua subjek, to continue) aku tinggalkan jengka. kebetulan juga waktu itu negara sedang dalam krisis ekonomi. aku sorok surat tawaran itm untuk sambung diploma. aku beri laluan pada adik lelaki yang lebih pandai ke UTM, Skudai. muliakah tindakan ku? tidak..aku hanya seorang kakak, dan anak. sudahnya, mak marah sangat2 dengan aku, bila secara tak sengaja terjumpa dengan surat tawaran itu. penjelasan hanya kuberikan padanya, selepas seminggu. waktu itu, aku sudahpun bekerja di cybercafe, kompleks PKNS Shah Alam.
Perihal Cita-Cita
kalau dulu aku ingin menjadi anchor newscaster, atau mungkin businesswoman berjaya. tapi kini aku hanya ingin melihat anak2 ku berjaya. perniagaan suamiku berhasil dan keluargaku terus harmoni selamanya.
Perihal 'Apa merepek kau ni??'
aku tak suka dengar orang makan berbunyi. hatta makan aiskrim pun, macam makan kacang, berdetap detup bunyi gigi berlaga. keras ke aiskrim tu? rimas dan sungguh geli. aku juga tak suka orang berpakaian ala-ala kemas, tapi bau ketiak menusuk hidung. tak suka orang yang konon2 berprestij, dgn beg tangan berjenama, wangian mahal, baju trendy tapi tudung sumpah tak gosok dan nampak sangat dah dipakai berhari-hari. pengotor!! aku juga tak suka tgk org perempuan bertudung tapi pakaian bukan main ketat nampak segala lekuk dan biji, belahan kain atau skirt bukan main tinggi sampai nak ke pangkal kaki. gila ke?
dan aku tak suka dengan orang yang sangat suka menyanyi tapi suara sangatlah sumbang gila babi! siap bangga dengan kegemarannya tu lagi.
note: aku finalis pertandingan menyanyi sewaktu di ambank, takde plak suka melalak sesedap hati. lagipun, aku malas nak dengar komen keras suamiku nanti. orang sound ni, kritikannya menghiris hati.
Perihal Penyesalan (Stupid flings)
tak tersenaraikan kot. terlalu banyak. tapi hanya simpan dalam hati. dengan janji pada diri sendiri, jangan ulangi lagi.
sudah. selesai.
jadi, pada siapa harus ku hadiahkan pula award dan tag ini?
rasanya mungkin cuma pada adikku Eireen, yang paling bijak dalam keluargaku ini.
terima kasih elsasoraya!
6 comments:
ayah siap ugut untuk menembak lelaki itu, jika masih berkawan denganku <----- waah ganasnya! tembak pakai senapang gajah kah ? he he.
nway great write-up :D love to read dis entry!
elsasoraya
thanks..
sungguh2 ayah akak nak tembak, but he didn't say it in front of that guy la..gertak akak je tu..
hah... umor 18 dah cecah 11 org?
adoi... kalah teruk la ni...
sultan
oii..kalah ke? aiseh..tak sangka akak terer..muehehehe...
disebabkan ko baca gak, akak tag ko jugak..sultan!!
kenapa selama kakchik 18 tahun... penah ada 1 boifren ja?
haish haishh T_T
kak chik
hahahaha!! jangan ikut jejak kakakmu ini. takde pekdah pun...
gi blaja sana. lagi baguih. kuhehkuhehkuheh!
Post a Comment