Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Thursday, January 22, 2009

hari ini mungkin yang terbaik

ye ke? takkan lah...

pertamanya; kami semua kesiangan, menyebabkan
dalia tidak ke sekolah! pontengan keduanya minggu ini. dan yang ketiga sepanjang dia mula bersekolah. semuanya disebabkan kesiangan.

bangun pagi tadi, jam sudah menunjukkan angka 8.57! sekolah hapanya.. bila
papa tanya dalia, nak sekolah tak? dalia dalam kemamaian dan kemalasan menggeleng. cheh!! pastuh aku nyampuk, 'sori ye kakak, mama bangun lambat la..esok kakak sekolah tau.' then dia plak sound aku, 'tu la, kenapa mama tido lambat?' aiks?? lantas aku menjawab 'papa laaa..buat mama tido lambat, tu la mama bangun pun lambat.' (mereka yang belum berumahtangga mungkin tidak faham akan statement sopan ini).

tp pagi td tak seceria biasa. menjelang tinggi matahari, mood aku tetiba swing. terjentik oleh benda remeh. tak payah ceritalah. kemudian aku gegas2 siapkan sarapan anak2. pilihan aku hari ni, spaghetti bolognese; favourite anak2.



kemudian ada cerita menarik lagi menggelikan.

aku tak suka cicak! dan makhluk itu tiba-tiba mengganggu
pagiku, hari ini. sedang aku mengambil botol olive oil di kabinet dapur, dan dengan senang hati menutup pintu kabinet tersebut, entah dari mana munculnya makhluk membencikan itu, tersepit pulak di pintu kabinet. OMG! aku sudah kegelian melihat cicak tersebut tergedik-gedik minta dilepaskan. cilakak! sos bologna sedang mendidih, minta ditutup apinya. air milo sedang menunggu untuk dituang ke dalam cawan anak2 dan nasi semalam sudah tersedia di dalam pinggan bersama sebiji telur yang aku goreng atas grill pan, sedia untuk ku lahap, atas counter top kitchen kabinetku. namun semuanya bagai terhenti, dek kegelian aku terhadap cicak durjana itu. aku yang moody dengan papa (aiseh, tercakap plak) tanpa ada pilihan lain, terpaksa call dia. uhhh..tak macho sungguh, takut cicak call hubby. malang sekali nasibku, papa sudah jauh meninggalkan kawasan perumahan kami. aku dengan peluh penat dan gelabah, demi untuk mengelak perut berkeroncong dan sos pasta hangus, menggelinjang berusaha untuk melepaskan cicak itu. menggunakan batang penyapu sebagai pengganti tangan untuk membuka pintu kabinet, cicak kulepaskan. dan yang paling buat aku terlompat tambah kegelian, ekor dia putus dan menggelitik di atas lantai. habis segala sumpah seranah keluar dari mulutku. anak2 aku pulak, berlarian ke depan ke dapur menambah side effects. uhhh...sungguh tensi!

setelah segalanya selesai, kami dengan leganya menghadap hidangan masing-masing. slamatssss!!

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online