Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, January 12, 2009

Tabiat anak-anak, yang aku perasan


anak2 aku ada tiga, kan?

aku noticed ada satu tabiat diorang ni yang sangat sama, sejak kecik, dari si kakak sampai la si adik.

jeng..jeng..jenggggg....

diorang suka tidur berlapikkan tangan aku yang gebu lagi empuk dan montok ini!!!

petang atau malam, waktu tidur memang agak memenatkan untuk aku la kiranya. sebabnya, si kecik akan mula berpusing-pusing mencari posisi yang selesa atas tangan aku ni; dengan lengan atas aku sebagai bantal baring dan lengan bawah (siku ke pergelangan tangan) sebagai bolster.

lucu? kepala hotak! penat dan lenguh siot!!

tapi, despite all that feelings, ada satu rasa indah. anak rasa sela
mat dan aku rasa disayangi. seronok rasanya dapat peluk anak dengan rasa melindungi macam tu.

dah selesai si kecik, si abang pula akan mula mengambil giliran. kenkadang tak tunggu turn pun. terus grab je tangan aku ni, letak bawah pipi dia yang gembem tu. si abang agak kelakar sket. kalau aku dah terlalu lenguh berbaring mengadap diorang, aku akan beralih. tapi aku takkan bertukar posisi dari mengiring ke kanan (facing them) ke sebelah kiri, aku akan bertukar kedudukan, dari kepala ke kaki. err..dapat bayangkan? jadinya, bila si ziyad ni dok raba-raba, tangan mama takde, dia akan grab aje apa yang dia dapat, e.g kaki aku. itupun jadi untuk lenakan tido dia. senang sket aa anak2 aku ni. tak payah pakai bantal busuk.

dan kalau aku dah sedia nak beredar, si kakak belum tido (kakak biasanya akan menjadikan papa sebagai mangsa) dia akan suh aku lak landing sebelah dia dan semestinya, tangan aku jadi bantal peluk dia. dan percaya atau tidak, tak dan lima minit pun, si kakak akan terus lena.

sesungguhnya, aku menaip entri kali ini dengan senyuman lebar tergaris di bibir..

dan dengan si adik yang sibuk dok atas meja komputer ni, dengan penuh kerenah menjadi pengganggu setia setiap kali aku online!!


anak..anak...


1 comment:

Elsa Soraya Othman said...

i wudnt trade wif nething if i were to be given a life like u :) surrounded wif flesh & blood made by u, urself (& of course, ur hubby). ha ha :P

someday, i hope.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online