Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Thursday, April 30, 2009

last sunday...

mak ayah aku dtg umah. dengan 2 org adik aku.

mak kata nak tgk cucu.

dalam hati aku berkata, itu bukan sebab utama mereka. aku tau ada maksud lain dari itu. kenapa? sebab mereka takkan nak datang umah aku tanpa aku ajak. dan tanpa aku jemput.

sebab ada sesuatu yang dah berlaku, pertemuan itu tidak semesra selalu. aku senyum, sembang dan bercerita juga tapi dalam hati, hanya tuhan yang tahu. and i noticed my mum being extra friendly than usual. they brought some kuih and carbonated drinks, which they never did before, without me asking them to.

aku cuma bercakap dengan mak dan ayah. dan sepatah dua dengan edry. another person? aku tak bersuara sepatah pun dengan dia. dan aku menidakkan kehadiran dia hari itu. mungkin itu yang buat mak aku serba tak kena. anak2 macam biasa, mesti seronok jumpa atuk opah dan pakcik makcik dia. they don't know anything. aku biarkan aje. besides, this time mereka di rumah aku. jadi aku tak risau rumah bersepah, sebab kalau bersepah pun, rumah aku. aku tak payah nak fikir nanti ada orang kata anak2 aku menyusahkan dan suka menyepah rumah orang. ya, my children's own blood related aunt said that. my own flesh and blood related sibling said that.

aku tak membenci. tapi aku sakit hati. dan bila aku sakit hati, aku takkan bercakap dan ambik peduli lagi. honestly, ia akan ambik masa yang lama nak diubati. how long will it take? only time will tell. kalau dengan orang lain, aku akan pegi mampuskan aje. tapi bila berkaitan dengan keluarga dan pertalian darah, aku sangat2 sensitif. sebab bagi aku, hubungan keluarga adalah sampai ke mati. tapi kalau dah keluarga kata ahli keluarga yang lain sebagai menyusahkan dan membebankan, dan suruh pulak ahli keluarga lain ni buat hal sendiri dan jgn campur urusan keluarga lagi, apa maksudnya tu?

fine. aku akan uruskan keluarga aku saja; dimana ianya hanyalah aku, suami dan anak2. bukan nak mencemar pertalian darah, cuma aku tak nak lagi menyusahkan dan membebankan. tak nak lagi anak2 aku dilabel sedemikian. tak nak lagi suami aku dituduh yang bukan2. tuduh aku, label aku dan katalah aku, aku terima. tapi bukan suami dan anak2 aku. mungkin suami aku bukan yang terbaik dan sempurna mana, tapi itulah yang tuhan jodohkan untuk aku. dan jangan sesekali mencemuh anak2 aku. aku tak suka.

sebagaimana aku maki dan caci orang, serta marah dan hampir bergaduh dengan orang in public kerana berkata buruk dan menyusahkan adik2 aku dulu, sebegitu marah juga aku kini bila ada orang berkelakuan demikian pd anak2 aku. cuma yang lebih pedih, yang mengata anak2 aku adalah orang yang berstatus adik, yang pernah aku pertahankan dan sanggup korbankan maruah aku depan orang ramai satu ketika dulu.

why can't u even think before u acted? u broke my heart into pieces, and i don't think u can mend it, even till the end of time. and if one day, that pieces are put into places together once again, the scars will remain.

what goes around, comes around...remember?

1 comment:

¿n0die? said...

err..
(takut pule nk bersemuke dgn akak)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online