selasa lepas, aku ke klinik untuk pemeriksaan bulanan kandungan.
sungguhpun ianya adalah hari berkerja, suami tetap setia menemani. demi Allah, keempat-empat kali berbadan dua, tidak pernah sekali aku pergi check-up sendiri. ada juga sesekali aku mintak (dulu la) tapi dia seakan terbiasa dan suka menemani.
kerana dia adalah seorang pegawai kerajaan, maka kesempatan di ambil untuk membuat dan menerima khidmat hospital kerajaan. anak pertama, dan ketiga check-up bulanan aku di Hospital Putrajaya. Anak kedua ku di PPUM dan yang keempat ini, bakal dilahirkan di Putrajaya juga tapi kelonggaran diberi pihak hospital untuk meneruskan monthly checkup di klinik panel, memandangkan mereka kekurangan kakitangan kerana semua ibu2 yang bakal melahirkan tahun ini di PPUM di arah ke Putrajaya; due to PPUM's maternity ward's renovation.
checkup di klinik panel, tidak memakan masa yang lama, suami aku pun tidak perlu ambil cuti. berbanding di hospital kerajaan, dua jam menunggu, belum tentu sampai giliran lagi. sewaktu suami menemani dulu, dia sempat melenakan diri lagi. kesian..mmg kesian. mujur kali ke 4 ini tidak perlu membuang waktu menunggu. namun, hilanglah juga peluang untuk berduaan dengan si cinta hati.
kalau diberi pilihan, aku mahu berduaan selalu dengan suami. tapi tuntutan tanggungjawab lain membataskan keinginan itu. namun aku masih merasakan yang kami tetap sehangat dulu. masih berpegangan tangan, masih merangkul pinggang dan masih juga berpelukan. sungguh, aku bersyukur. biarlah apa orang lain nak kata, dia cinta hatiku dan akan kekal begitu. dia mungkin tidak sekacak mana, tidak sehebat sesiapa, tidak berjawatan tinggi namun dialah segalanya untuk aku. aku pun tidak sehebat mana, kan. dan sesungguhnya, dia tetap kacak di mata aku. tetap hebat pada pandangan aku dan anak2. tetap mampu mencurah kasih sayang dan keperluan yang lebih dari cukup untuk kami. tidak mewah, tapi mencukupi. dari segala segi. dia rajin berusaha, berpandangan jauh dan pada aku, berwawasan tinggi. dia adalah yang terbaik (insya Allah) tuhan kurniakan pada aku.
segalanya terlihat selasa lepas. kebetulan di klinik ramai orang dan anak sulung aku tidak bersekolah; sakit mata. selalunya di klinik tersebut, majoriti pesakitnya adalah wanita dan pastinya ibu2 yang mengandung. ada lebih kurang 10 pesakit pd hari itu termasuk aku. dan dengan bangganya aku memberitahu, hanya ada 3 lelaki; para suami yang menemani isteri mereka dan aku tergolong di dalamnya. dengan anak2 yang tiga itu, aku bangga. tidak seperti kebanyakan suami, yang hanya menunggu di kereta atau di luar klinik, di kedai mamak berdekatan, minum teh dan merokok. aku senyum dalam hati. suami aku tidak sebegini. Syukur...
malam tadi, sewaktu berkunjung ke One Utama untuk membeli barang2 keperluan aku dan baby, dia sungguh tenang melayan kerenah anak2. aku dibiarkan dengan selesa membelek, mencari dan memilih apa yang perlu. semalam, hakikatnya dia berada di rumah sepanjang hari. membetulkan basikal anak, ambil dalia balik sekolah, bawa kami makan tengah hari bersama, tengok kereta di workshop dan bermain dengan anak2 (walau sekejap). aku rindu keadaan sebegitu. maklum, dengan ahli keluarga yang semakin bertambah, dia sebetulnya semakin sibuk. dengan kerja tetapnya, kerja sampingan dan kerja2 studio kami.
syukur, aku bersyukur.
pa, ma doakan papa sihat selalu. semoga kita panjang umur, selalu dilimpah rezeki dan kasih sayang. thanks for a shoulder you've lent everytime i need it. i love you.

No comments:
Post a Comment