Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Thursday, April 30, 2009

hari ini aku sedikit bungkam..

aku tak suka marah2 anak orang, sebab aku tak suka orang marah anak2 aku.

itu prinsip aku. kalaupun anak orang lain buat hal, aku akan marah anak aku dulu, baru tegur anak orang tu. but jangan cuba melampau dengan anak2 aku, sebab aku tak takut nak sepak atau tampar orang yang melampau ni. aku warning, JANGAN MARAH ANAK2 AKU ATAS SEBAB YANG REMEH, YANG ORANG DEWASA BOLEH FIKIR LOGIK DAN KANAK2 TIDAK. JANGAN KUTUK JUGA ANAK2 AKU ATAS SEBAB YANG SAMA. AKU AKAN PANDANG KAU TAKDE OTAK!

aku dah buktikan dan aku dah tunjukkan. yaa..memang muka aku kelihatan garang dan amat sombong pd penglihatan mereka yang tidak mengenali aku. malah, muka aku akan jadi lebih annoying pd mereka yang pernah berlaku buruk atau melampau dengan aku, mahupun keluarga aku. even adik beradik atau ipar duai. so, beware!! it happened before and will surely happen again.

aku dah bosan dengan kerenah orang yang kononnya berhak nak marah anak2 aku atas title 'orang dewasa' yang diorang ada. sekolah tinggi2, masuk universiti, ada degree dsb, boleh marah budak2 bawah 5 tahun sebab tegur kau suka tukar channel tv? boleh sound budak2 ni sebab bising2 main2 depan kau yang terkangkang tengok tv? boleh sound anak2 aku yang panggil kau berulang kali sebab nak tanya kau ok ke tak? lama dah aku simpan...one more scene happen in front of my eyes, and i won't hesitate to burst out.

dan pagi tadi, aku marah suami aku sebab marah anak2. dan normally, kalau aku berasa hati dgn suami, bukan sekejap. mungkin sepanjang hari, mungkin esok baru ok. dan biasanya juga, bila aku dah marah, suami akan mula tanya benda2 yang tah apa2. dan tadi dia tanya pasal list barang yang aku nak beli as preparation untuk labour. semalam aku dah tunjuk, sumpah dia tak ambik port sangat pun. hari ni, bila aku dah marah2, baru dia sibuk tanya. sedangkan list tuh bodoh2 duduk kat printer, atas meja komputer ni jugak. aku malas dah nak bising2 komplen macam2 jenis penat yang aku dapat, sebab nanti aku penat sia2. takde pahala duduk dan kemas rumah, takde pahala melahir, menjaga dan membesarkan anak2, serta jaga makan minum keluarga.

tension? hari2 pun tension. cuma aku tak tunjuk. tgk anak dara aku berlari mendapatkan aku masa balik sekolah dengan senyum manis bawah terik matahari, aku jadi sejuk hati. tengok anak kecik aku yang tersengih depan tv sambil tayang gigi yang hampir penuh sebab tak nak aku marah blocking my sight, aku jadi tenang hati. tengok anak lelaki yang banyak buat hal, tapi kemudian tetiba masuk dan tanya aku ok ke tak, sambil peluk dan kemudian urut2 kaki aku, aku jadi senang hati. cumanya aku jadi marah, kalau orang yang tak menjaga dan menghadap kerenah anak2 aku sepanjang hari, senang2 nak marah anak2 aku atas sebab yang minima sekali. no one, nobody has the rights to scold my children, except me. and nobody can pass judgement on them, except me. why? sebab aku yang melahirkan, membesarkan dan menjaga segala hal diorang selama ni, bukan orang lain. jadi, orang lain tak layak untuk kononnya rasa berhak. kalau betul anak aku buat salah, tegur elok2. anak aku bukan anak anjing, boleh diherdik disergah sesuka hati.

tadi on the way balik dari ambil dalia, aku yang memandu cuma 50 km/j diuji dengan kebangsatan pemandu bodoh. memandu sebelah kiri lorong, dengan anak2 yang bertiga dalam jagaan aku, memang aku akan berhati-hati. silap aku sebab tak paksa anak2 pakai talipinggang, dengan alasan sekolah dengan rumah jaraknya cuma 3minit pemanduan. dan silap aku tadi tu membawa kepada 'kemalangan' kecil dalam kereta. si bangsat itu masuk simpang tanpa bagi signal, menyebabkan aku membrek dan anak kecik aku tergolek di belakang. jarak antara aku dan si bangsat itu memang muat 2 kereta lagi tapi sikap aku yang extra careful bila bawa anak2, menyebabkan aku membrek. dan aku tak sempat menahan anak aku dari jatuh. meskipun aku bukan brek mengejut sampai kereta terberhenti, tapi kondisi cengkaman hebat brek Matrix tu menyebabkan situasi itu berlaku. setelah pastikan anak aku ok, dan dengan selingan marah dan pukul anak kecik aku yang tak reti duduk diam, aku nekad cari pemandu bangsat tu tadi. berdarah beb gusi anak aku, darah aku pun jadi menyirap naik la. nasib dia baik sebab aku tak jumpa dia. kalau tak, berbekalkan baseball bat dalam kereta aku ni, sure aku dah pecahkan lampu signal dia yang tak reti nak digunakan tu.

kesimpulannya, hari ni memang hari aku untuk marah. harapnya takde sape buat taik hari ni sebab aku dalam keadaan sangat mudah untuk mengamuk..

sudah, baik zohor dulu.

2 comments:

Anonymous said...

Kalo cikgu sekolah yg marah dan rotan anak2, camner?

eraerzarusli said...

cikgu sekarang mana leh rotan budak2...

besides, anak aku baru 5 tahun beb..

setakat marah, bersebab takde hal..

ce baca betul2, aku akan marah kalau anak2 dimarah tanpa sebab munasabah..

err,,apsal anonymous? sapekah anda?

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online